Mengenali hati manusia.

Hari ini nak cakap isu agak berat. Tapi, insya Allah mudah difahami. Kerana bahasa nukilanku simple, mudah dan tak ada lah meleret sangat. Hanya kadang-kadang melepasi batasan pemikiran manusia biasa.

Beyond of knowledge, kata orang putih.

Isu tersebut berkenaan hati manusia. Bukan hati zahir (jantung), tetapi hati yang batin. Hati yang sentiasa memendam perasaan, emosi dan keinginan, yang kadang-kadang diluahkan dan kadang-kadang tidak diluahkan.

Hati batin ini nilainya terlalu besar. Kebesaran nilainya sehingga Allah sahaja mengetahui akannya, tidak kepada makhluk yang lain.

Dari hati inilah Allah menilik keinginan dan perancangan mereka. Keinginan yang baik, serta peribadi yang soleh Allah akan memudahkan kepadanya untuk melakukan atau menerima apa-apa yang diinginkan. Tetapi hati yang busuk dan mengandungi perancangan kerosakan, mereka ini ditutup dari pintu perubahan dan tipu daya mereka dibawah perancangan Allah s.w.t.

Hati lelaki dan wanita.

Dalam hati seorang lelaki, terdapat pelbagai perkara yang diinginkan. Dalam hati seorang wanita, terdapat perkara yang sama berputar-putar menyatakan keinginan.

Hati seorang lelaki mempunyai minda yang sentiasa berfikir. Maka, fikiran pada minda sedikit sebanyak sangat mempengaruhi keinginan pada hati lelaki. Kerana itu lelaki ada macam-macam keinginan, dari yang baik sehingga yang buruk. Pelik-pelik dan macam-macam. Tak sama punya pada setiap lelaki tentang keinginan pada hati mereka.

Tetapi tidak pada wanita. Keinginan di hati mereka kebiasaannya pada perkara yang sama. Mereka ini sukar nak merencanakan perubahan. Benda yang sama sentiasa difikirkan, dan benda yang sama juga bermain di akal fikiran.

Kerana itu lelaki kebanyakannya kurang sifat sabar dalam buat sesuatu pekerjaan. Mengapa? Kerana banyak benda nak buat dalam kepala. Sehingga baju berlonggok dalam bilik boleh buat tak nampak sahaja. Tetapi tidak bagi para wanita. Mereka jarang fikir banyak perkara, tetapi sentiasa fikir pada perkara yang sama. Oleh itu, mereka mempunyai kesabaran yang berganda untuk membuat pada perkara yang sama pada setiap masa.

Cuba lihat pada tamsilan ini. Dalam satu keluarga ada satu orang ibu, satu orang ayah, dan tiga orang anak. Berapa kali si ayah berjumpa anak berbanding si ibu. Berapa kali si ayah akan cakap dan tegur anak berbanding ibu? Dan berapa kali si ayah bermain dengan anak berbanding dengan ibu? Jawapannya tentu ibu kan? Kerana ibu tak banyak benda nak buat dan fikir merepek macam lelaki. Jadi, benda yang sama sahaja selalu ambil tahu dan beri tumpuan berbanding lelaki.

Bagaimana jika merasai isi hati?

Oh… sekiranya manusia boleh merasai isi hati, tentu akan binasa.

Hal ini kerana isi hati tak perlukan perkataan. Maka, sikit kata-kata atau banyak tiada sesiapa boleh argue atau pedulikan. Lantaklah… hati aku, bukan hati orang lain.

Tetapi tidak bagi Allah. Allah sangat ambil peduli akan apa yang berkata di hati setiap insan. Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, hati orang soleh sangat dipeduli, hati orang toleh Allah menguasai. Bagi hati orang soleh, Allah berkehendak tiada sesuatu pun selain daripadaNya. Hanya Dia di hati, untuk diharap dan dipinta.

Jika ada selain dariNya, Allah akan mendatangkan ujian semata-mata untuk membina hati kepadaNya. Dengan ujian ini, makin rapat hati tersebut kepada Allah, maka kekar hati itu meletakkan cinta dan harap kepada Allah.

Oleh itu, bab hati Allah sahaja yang sangat mengetahui dan menguasai. Kecuali pada perkara yang berlaku selain daripada itu. Maksudnya, ada kehendak Allah sehingga orang lain tahu apa yang wujud pada hati orang lain.

Walaupun ada orang tertentu boleh merasai hati orang lain, itu semua berlaku dalam kehendakNya. Ada sesuatu yang Dia rancangkan, yang tidak diketahui oleh sesiapa. Sebab, orang tersebut hanya merasai hati orang tertentu, bukan hati semua orang. Hal ini bermaksud Allah berkehendak untuk tahu pada hati orang tertentu, demi suatu rancanganNya yang mungkin untuk mengubah sesuatu pada diri hambaNya atau dunia ini.

Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: