Kerinduan itu fitrah

Perjalanan ini sudah berada di pertengahan. Bagai tidak disangka, begitu pantas masa ini berlalu. Lagi tidak sangka, rupanya telah separuh masaku telah diberikan di jalan Allah s.w.t.

Dulu, pertama kali daku melalui jalan ini, kembara ini memang terasa sukar dan halangan yang diterima memang tidak terduga. Berada di tanah negara orang lain, terlalu sukar bagi kami-rakyat Malaysia- berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada.

Disebabkan perkara ini, maka banyaklah ujian yang dirasakan berat untuk menerima. Sakit itu bagai perkara biasa. Benda yang tidak boleh makan juga agak banyak, sehingga terpaksa beli rempah paket siap sebelum berada di sana.

(Ada yang sampai muntah dan sakit kuning sebab tidak biasa makan makanan di sana. Dan mungkin disebabkan kurang terjaga dari aspek kebersihan seperti di Malaysia. Namun, disebabkan agama, mereka tetap sanggup meneruskan. Ada yang berkata, jika bukan kerana agama Allah, dah lama pulang ke rumah.)

Kini, mujahadah itu tetap wujud. Cuma mungkin keadaan sahaja yang berbeza. Namun, alah tegar bisa biasa. Perkara yang dulu berat untuk menerima, kini biarpun tetap berat,  telah mempunyai taufik daripada Allah dan kemampuan untuk menerima.

Begitulah juga kembara yang daku lalui ini dan kembara yang lain lagi. Walaupun berbeza keadaan dan segalanya, namun perkara mujahadah itu bagai menjadi lumrah untuk kami hadapinya. Dengan mujahadah inilah semakin maju kefahaman dan penghayatan dalam amalan, setelah mujahadah itu berakhir. Tanpa mujahadah, nescaya tidak terasa nilai amalan yang dilakukan, dan tidak terasa bertambah kefahaman akan agama Allah s.w.t.

—————————

Dalam langkauan masa, perubahan masa, manusia juga akan mengalami perubahan yang sama.

Dari segi umur, makin lama makin bertambah. Dari segi tumbesaran, makin lama makin bertambah. Dari segi kenalan, makin lama ada yang pergi dan ada yang bertambah. Dari segi kehidupan, makin lama makin banyak berubah.

Perubahan juga tidak semua menjadi lebih baik. Ada juga sebaliknya. Kadang-kadang baik dan kadang-kadang buruk itu pun menjadi perkara biasa.

 

Begitu juga apabila dinyatakan tentang perasaan. Perasaan juga pasti akan wujud tangga perubahan.

Malah, yang paling senang berubah ialah perasaan. Mengapa?

Sebab perasaan ini abstrak. Subjektif. Ia tiada bentuk atau rupa. Ia boleh membentuk keadaan yang berbeza-beza, berdasarkan peribadi empunya dirinya.

Sayang , marah, cinta, benci, rindu, tidak suka, gembira, sedih dan lain-lain. Semua ini tidak akan sama keadaan sentiasa. Akan wujud satu masa gembira, pada masa lain bersedih. Satu masa suka, satu masa yang lain berduka cita.

Ia berubah mengikut situasi. Berubah kerana keadaan yang dihadapi.

 

Begitu juga apabila dinyatakan pada perasaan rindu.

Rindu ialah permulaan pada perasaan cinta. Rindu ialah selepas perasaan sayang. Maksudnya, antara sayang dan cinta, rindu ialah perasan yang berada di antara kedua-dua perasaan ini.

 

Tahukah kenapa ada perasaan rindu?

Pertama, rindu wujud apabila telah mencintai sesuatu perkara. Namun, disebabkan benda yang dicintai atau disukai itu tidak diperoleh, maka keinginan itu memperoleh itu akan sentiasa bertambah. Bertambah untuk mendapatkannya itulah digelar sebagai rindu.

Kedua, rindu berlaku disebabkan benda yang wujud telah hilang atau pergi. Kehilangan itu sebelum ini tidak dirasai, namun apabila ia pergi dengan tiba-tiba, maka perasaan rindu itu wujud pada perkara yang pergi tersebut.

Tetapi, jika sesuatu perkara itu pergi, tetapi tidak terasa rindu, maka hal itu bermaksud seseorang itu hanya pegang pada tanggungjawab luaran, tetapi tidak diletakkan di hatinya.

Jika seseorang itu meletakkan sesuatu perkara itu di hati, pasti dia akan terasa kehilangan akan perkara tersebut dan terus wujud rindu di hatinya, walaupun kerinduan itu tidak pernah diminta sebelum ini.

 

Ketiga, rindu itu berlaku sebab terlepas akan apa-apa yang dihajatkan.

Berbeza pada perkara pertama dan kedua, perkara pertama ialah untuk manusia yang memang tak dapat apa-apa yang dihajatkan. Maka, dia rindu sebab benda itu tidak diperolehnya.

Perkara kedua, benda yang ada terlepas daripada genggamannya, sama ada pada keadaan sementara atau selama-lamanya. Jika perkara itu sementara, maka kerinduan itu hanyalah sementara sehingga perkara itu kembali. Tetapi jika selama-lamanya, juga rindu itu menjadi sementara dan pudar setelah berlaku perubahan disebabkan perkara itu dan ini.

Bagi perkara ketiga ini, rindu disebabkan dulu benda itu diperoleh. Tetapi, sekian-sekian waktu, benda diperoleh itu terlepas daripada genggamannya. Bila terlepas sama ada dipaksa atau tidak, maka rindu untuk mendapatkan semula benda yang hilang itu sentiasa wujud di hati. Dengan keinginan itulah, maka rindu ini wujud dalam peribadi.

 

Halal atau haram?

Apa-apa sekalipun, bicara soal hati tidak boleh diletakkan hukum, sehingga seseorang itu melaksanakan perbuatan terhadap perkara yang dihajatkan.

Jika tempat betul dan cara betul, maka ia adalah halal. Jika tempat salah dan cara pun salah, maka menjadi haram dan berdosa.

Dosa dan pahala itu berkaitan dengan kesan. Jika perkara dosa maka kesan buruk kepada seseorang. Jika pahala, maka kesan baik akan diterima pada peribadi yang melakukan.

Begitu juga bila disoalkan akan perkara rindu ini. Jika rindu itu hanya wujud di hati, maka dosa tidak akan dikira walaupun kerinduan itu pada perkara yang salah.

Selagi rindu hanya dia dan Allah yang tahu, maka dosa tidak akan dicatat kepadanya, walau pun kerinduan itu pada perkara yang salah. Biarlah dia berdoa akan perkara yang dirinduinya itu, walaupun pada keadaan yang bersalahan pada tempat dan cara, maka perbuatan itu masih tidak dikira sebagai dosa dan salah.

Bagi orang yang berada di jalan yang betul, tempat dan cara yang betul, maka pahala akan diterima jika kerinduan itu dilakukan olehnya. Hal ini kerana rindu pada cara dan tempat yang betul, dikira berbuat perkara yang baik. Maka, setiap perkara yang baik akan dikira sebagai pahala dan kesan yang baik akan diperolehnya.

 

Ia penyakit!

Sebegitupun, rindu ialah perasaan yang berbentuk penyakit. Ia penyakit yang berjangkit dan merebak.Jika terus dibiarkan, pasti akan memudaratkan kepada orang yang mengalami. Malah, rindu ialah penyakit yang doktor perubatan tiada ubat untuk mencegah atau mengubahnya.

Sampai ada yang demam, buat benda tak logik dan lain-lain lagi, tetapi masih tiada doktor boleh ubati.

 

Tetapi,  rindu tetap dapat diubati dengan satu cara yang paling berkesan. Iaitu, dengan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t terhadap perkara yang dirindukan.

Mengadu pada Allah kerana kelemahan diri untuk menguasai dan mengawal perasaan, itu ialah perkara yang biasa. Maka, adulah kerana memang diri manusia itu sangat lemah untuk menguasai dan menentukan segala-galanya.

Berceritalah kepadanya akan apakah bicara di hati. Hanya Dia sahaja yang mampu mengubati, kerana rindu itu ialah perasaan, yang Dia menciptakan untuk hamba-Nya di dunia ini.

 

Wallahua’lam.

 

Doakan kami mampu meneruskan, dalam kekangan dan ujian yang ada. Semoga Allah s.w.t bersama dan merahmati diri dan lain-lain di sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: