usaha dunia dan akhirat

 

Allah s.w.t telah menentukan bahawa Manusia ini diciptakan dengan mempunyai kelemahan dan kelebihan. Kelemahan dan kelebihan pada diri manusia itu berbeza, untuk menjelaskan kepada setiap makhlukNya untuk pandai bersikap ambil tahu dan saling membantu terhadap masalah atau kekurangan yang dihadapi sesama insan.

Tidak boleh bersikap tinggi diri  dan mementingkan diri sendiri. Sikap ini menonjolkan peribadi yang negatif, dan membawa impak negatif kepada hubungan insan dan hubungan dengan Ilahi.

 

Oleh itu, toleransi amat penting dan komunikasi berkesan sesama insan amat penting dititik beratkan. Jangan suka menilai keupayaan diri sendiri sahaja, sehingga tidak menghiraukan kelemahan orang lain dalam meneladani gaya kehidupannya.

Yang penting, jika sesuatu perkara itu dinilai baik untuk sama-sama ambil tanggungjawab, maka mulakanlah daripada bawah. Jangan terus bawa orang yang bersama terus berada di atas. Ia memerlukan masa dan kefahaman, barulah maju setapak demi setapak ke peringkat seterusnya.

Sepertimana dulu diri sendiri tidak mengetahui. Lama kelamaan dengan mujahadah dan pengorbanan serta doa berterusan, maka Allah membuka banyak jalan kebaikan, kefahaman dan lain-lain lagi.  Maka, begitulah juga dalam mendidik atau toleransi dengan insan yang lain. Perlukan masa dan lain-lain. Insya-Allah, lama kelamaan akan dibuka juga jalan kebaikan itu dan dikurniakan kefahaman daripada Ilahi.

Yang penting, jangan putus, bersabar dan teruskan mendidik. Insya-Allah, akan nampak perubahan dan nilai didikan itu dalam kehidupan.

 

 

Dalam banyak perkara, setiap manusia sebenarnya perlu menilai antara kehidupan dunia dan akhirat. Yang manakah yang lebih menguntungkan, dan yang manakah yang lebih baik diusahakan.

Ya, memang perkara akhirat itu tidak nampak oleh mata kasar. Jika nampak, tidak perlu rukun iman dan mengusahakan perkara iman. Terus sahaja orang tahu dan faham, dan akan pandai-pandai sendiri usahakan.

Tetapi, inilah ujian Allah. Nak melihat siapakah yang lebih tinggi keinginan kepada akhirat, dan siapakah yang mengharapkannya. Dengan keinginan dan harapan itu tentu sahaja akan menggerakkan. Dengan kesabaran untuk bergerak, maka Allah gembira untuk mencampakkan keyakinan pada perkara akhirat.

 

Apabila seseorang sudah jelas yakin pada akhirat, maka dunia dan usaha atas perkara duniawi ini sudah menjadi tidak ada nilai baginya. Nak usaha pun takpa, tak usaha pun tidak mengapa.

Yang utama, usaha atas perkara akhirat sentiasa berusaha untuk dilakukan.

 

Usaha atas akhirat.

Satu perkara yang perlu faham ialah untuk mengusahakan perkara akhirat, bukanlah hanya menunaikan amal ibadat. Ini tidak tepat dan salah sama sekali.

Usaha atas perkara akhirat ialah usaha seluruh kehidupan ini untuk akhirat. Maksudnya, makan untuk akhirat, tidur untuk akhirat, bersafar untuk akhirat, belajar untuk akhirat, bekerja untuk akhirat dan berada di tandas pun untuk akhirat.

Hatta, ketika bersama isteri pun untuk akhirat.

Maka, seluruh kehidupan itu tujuannya untuk akhirat. Bukan hanya khusus pada ibadah, tilawah, zikir dan lain-lain. Itu semua memang dah kena buat.

Hakikatnya, ibadah atau tidak, semua kena buat untukNya dan nikmat di akhirat kelak. Jika tidak, tiada penilaian untuk hisab bagi sekalian nikmat yang Allah pinjamkan di dunia ini.

 

Cara mengusahakan.

Oleh itu, untuk mengusahakan atas perkara dan tujuan akhirat, perlu jelas cara atau kaedah untuk mengusahakan.

Bagaimana? Ada dua perkara.

 

Pertama ialah niat. Kedua ialah kaedah nak lakukan.

Pada niat, perlu niat kerana Allah. Kehendak Allah. Tiada niat yang lain.

Pada kaedah, perlu lakukan menuruti kaedah sunnah baginda s.a.w. Apabila sunnah atau tatacara hidup baginda s.a.w dijadikan landasan kehidupan, maka orang yang melakukan tersebut tidak akan sesat lagi selama-lamanya di dunia dan akhirat. Jelas, setiap amalan sunnah itu memang ada kejayaan, di dunia dan akhirat.

 

Itu sahaja kaedah yang diperlukan. Jika masih tak tahu mulakan daripada mana, pertama kena banyak doa moga Allah s.w.t berikan taufik dan petunjuk untuk melakukan. Kedua, jangan putus mengamalkan walau satu ilmu tentang sunnah atau tatacara hidup nabi s.a.w.

Apabila sudah istiqamah, nescaya Allah akan sentiasa menghulurkan lagi bantuan dan kemampuan untuk melakukan banyak lagi secara berterusan.

Insya-Allah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: