Siapa kata jadi manusia itu mudah?

Antara amalan, pahala dan kesan.

Dalam menunaikan sesuatu amalan agama, terdapat dua perkara yang diperoleh tetapi berbeza antara satu sama lain.

Satu orang menunaikan amalan tersebut beroleh pahala. Satu orang lagi menunaikan suatu amalan dan dia memperoleh kesannya. Apabila beroleh kesan, maka pahala sudah tentu diterima.

Mengapa orang pertama hanya boleh pahala tetapi tiada kesan, sedangkan orang kedua beroleh kedua-dua?

Hal ini kerana orang pertama melakukan amalan tersebut dalam tiga keadaan.

  • Tidak istiqamah
  • Kerana telah menjadi kewajipan
  • Hanya zahir yang lakukan, tetapi batin tidak. Yakin pada amalan pun tidak.

Bagi orang kedua pula, dia melakukan amalan tersebut dengan tidak keadaan.

  • Istiqamah melakukan
  • Yang fardhu memang dah wajib. Yang sunat diangkat martabat dianggap menjadi wajib. Maksudnya, yang sunat wajib kena buat.
  • Setiap amalan dilakukan dengan zahir dan batin. Yakin pada amalan sentiasa wujud. Jika ditimpa sesuatu masalah, maka kembali betulkan amalan yang telah salah dilakukan.

Oleh itu, untuk memperoleh kesan amalan agama dalam kehidupan, seseorang perlu berusaha menjadi orang kedua. Orang kedua meletakkan agama di hadapannya, dan urusan duniawi mengikuti agama yang dibawa. Sedangkan orang pertama melakukan sebaliknya.

 

Tahajud, tanda kemuliaan orang mukmin.

Bagi seseorang yang cuba istiqamah dalam amalan, selepas istiqamah amalan fardhu, tahajud merupakan perkara pertama yang perlu dijaga untuk melakukan.

Tahajud merupakan kewajipan kepada para nabi, amalan tetap para solehin. Tahajud mengandungi pelbagai keistimewaan dan kebaikan. Cubalah lakukan secara istiqamah, tentu akan disedari banyak manfaat tahajud dalam kehidupan.

 

Sebenarnya, susah jadi manusia ni…

Bagi sesiapa yang kenal dia sebagai manusia –yang diciptakan, ada tanggungjawab, dan ada pencipta dirinya-, pasti dia akan kata, susah jadi manusia.

Lebih baik menjadi lembu, kambing, itik, ayam, pokok dan selain daripada manusia.

 

Mengapa?

Pertama, manusia ini pasti kena hisab. Bukan macam makhluk lain, tak perlu dihisab.

Kedua, hidup manusia ini dua kali. Pertama kat sini, kedua lepas mati. Jika kat sini boleh lepas, kat sana dah tentu tak boleh punya. Nak tak nak, hidup kat sana perlu lebih baik daripada sini. Caranya ialah sentiasa tahan nafsu dalam diri.

Ketiga, hidup ini bukan dirinya sendiri boleh tentukan. Dah ada yang menetapkan, hanya dia yang merancang apa yang nak buat ketika masa yang ditetapkan. Kalau dia buang masa, maka dia sendiri yang rugi. Kalau guna sebaik-baiknya, dia untung hanya banyak beban sana sini.

Dalam bebanan itu banyak kebaikan, tetapi perlu tinggi kesabaran untuk melakukan. Tetapi dalam masa lapang itu banyak kerugian, tetapi tak ramai orang sedar dan nak lakukan perubahan.

Ya, hidup sebagai manusia itu sebenarnya payah, hanya pada orang yang sedar diri sendiri dan kuasa Ilahi.

 

-alhamdulillah… telah selesai berada di jalan Allah. Tempoh masa yang banyak diberikan itu menambah baik kefahamn dalam agamaNya dan nilai yakin akan iman dan amal yang sempuna untuk sentiasa diusahakan.

mungkin hari ini telah sempat untuk sembang panajng akan perkara ini. Tetapi insya-Allah, sedikit demi sedikit akan perihal ini akan diupdate pada post yang berlainan dalam artikel yang akan datang.

Insya-Allah.

 

Apa-apapun, alhamdulillah semuanya telah sempurna. Tetapi, perlu terus berusaha kerana iman itu tidak pernah tetap, dan amal tidak pernah sempurna.

 

-Lama tak update blog ya….🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: