Pasca keluar jalan Allah

 

Daku akui, perkara yang paling besar memberi cabaran dan halangan pada diriku sehingga hari ini ialah

Nafsu yang berada dalam diriku sendiri.

Bukannya syaitan, tetapi nafsu yang sentiasa bergerak dan menyatakan keinginan (khususnya keinginan pada perkara yang sia-sia, tiada manfaat atau pun menuju ke arah kemaksiatan).

Nafsu ini amat susah untuk dikawal dan dikuasai. Sekali menguasai, esok lusa belum tentu lagi.

Sekiranya syaitan  boleh ditewas dengan ayat al-Quran, ruqyah dan lain-lain, tetapi tidak pada nafsu. Bagilah apa-apa ayat atau apa-apa kaedah, pasti dan pasti nafsu itu tetap nak juga apa yang dikehendakkan. Nak juga walaupun hanya mendatangkan satu pembaziran dan lain-lain kesan yang tidak baik.

Kesan ikut telunjuk nafsu, tentu sahaja orang tersebut akan menjadi rugi. Mungkin dia rasa untung kerana dapat benda yang diinginkan, tetapi bukannya lama rasa untung tersebut. Lepas itu, pasti nak benda yang lain yang lebih baik atau lain-lain lagi. Kesannya, dia terpaksa belanja duit lebih, bagi masa dan perabih tenaga lagi untu kdapatkan benda tersebut.

Yang lebih rugi, bila dia terperangkap dengan nafsu cinta pada hidup dunia dan lupa pada mati dan akhirat. Ini sangat teruk dan membinasakan. Kerana apa? Kerana bila dia mati, dia tak sedia untuk kehidupan selepas mati. Maka, pasti dan pasti dia akan jadi seperti pengemis atau gelandangan kerana tak ada tempat tinggal. Paling dahsyat lagi, akan menjadi bahan bakaran kerana banyaknya dosa dan kesalahan.

Moga Allah pelihara kita semua. Amin…

 

(Tetapi, kalau keinginan nafsu itukena pada pada tempatnya, itu tiada masalah. Tetapi, nak kena pada tempat itu yang paling susah. Ramai orang yang gagal pada perkara ini. Lagi susah, bila nafsu itu kena ikut dan tempat yang mana ada petunjuk dan kehendak Allah s.w.t

Nak tekan nafsu pada kehendak Allah… ya memang payah. Sangat payah. Tetapi kelak akan mendatangkan kesan yang sangat baik dan terbaik. Bukan sahaja untu kehidupan kini, tetapi berterusan untuk akhirat nanti. InsyaAllah.)

 

Pasca keluar jalan Allah

Ya… perkara ini bermain-main di fikiranku. Tempoh hari, setelah tangguh daripada kembara di jalan Allah, daku berehat sementara di rumah. Tengah rehat itu daku lihat kotak fikiran, cari rencana dan perkara untuk diuruskan.

Malangnya, tiada. Mungkin kerana berada di tempat yang tidak kena dengan suasana fikiran, sehingga menyebabkan pemikiranku terbantut.

Akhirnya, kini daku berada kembali di tempat daku mengenal kehidupan. Di mana?

 

Ya, tepat sekali. Di lembah pembelajaranku. Yang mana… bukan sahaja di sini daku belajar, tetapi di sinilah segala-galanya bermula.

Daripada budak tak kenal dunia, sehingga tak peduli ehwal dunia melainkan untuk akhirat. Daripada sibuk fikir kerja sehingga fikir untuk agama. Daripada ralik dan leka dengan dunia lihat manusia, sehingga fikir dan risau akan manusia yang makin hilang punca dan tak peduli nilai ketinggian agama.

Bukan itu sahaja. Di sinilah tempat daku berubah menjadi lebih matang dan dewasa. Berubah dari pentingkan diri sendiri kepada pentingnya hidup bersama. Berkerja untuk Allah dan bukan bekerja untuk manusia. Belajar untuk agama Allah, bukan untuk keuntungan dunia.

Di sinilah daku mengenal erti sahabat. Erti pentingnya ibu bapa dalam kehidupanku. Dan mengenal seseorang sehingga menjana pelbagai perubahan.

 

Sungguhpun begitu,

Daku sangat yakin dan faham,

Ini kehendak Allah. Ini pilihan Allah. Allah memilihku untuk melaksanakan sehingga ke peringkat ini. Sebab apa? Hanya Dia yang mengetahui.

Kemudian, Dia melepaskan daku untuk melakukan pilihan (dengan wujud bimbinganNya). Pilihan untuk menjadi lebih baik atau hanya berada di tahap yang telah dicapai.

 

Maka,

Daku memilih untuk meneruskan. Pilihan untuk meneruskan bermakna pelbagai cabaran, ujian dan lain-lain terus meneruskan berada bersamaku. Tetapi pelbagai perubahan dapat dirasai, terutama pada kedekatan dengan Ilahi dan keyakinan pada akhirat di hati ini.

Sehinggalah kini. Pasca di jalan Allah s.w.t ini.

 

 

Pasca kembara di jalan Allah ini…. mungkin pelbagai perubahan lagi akan dilalui. Walaupun sukar dan payah, tetpai smeuanya sebenarnya amat mengesankan dan memberi terbaik buat diriku sendiri.

Mungkin di satu tempat dirasai kekurangan. Tetapi, setelah pelbagai masa dilalui, ternyata kekurangan yang diterima tidak seberapa berbanding kemudahan dan keuntungan yang diterima.

Terima kasih Allah di atas pemberian dan pilihanMu ini. Tiada bimbingan yang terbaik melainkan bimbinganMU. Tiada yang lebih bermakna bagi kehidupanku melainkan sentiasa merasai dan beramal keranaMu.

Amin.

 

 

-Dah cuba. Terima kasih. Minat betul ya dengan benda berkaitan gadjet macam ini…

Tak berapa nak pandai. Takpa, nanti pelan-pelan cuba. Mungkin berguna untuk aplikasi terutama bila nak bentang nanti. Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: