Kepentingan tawajuh (tumpuan) kepada Allah.

 Huh… pelbagai isu berbangkit. Pelbagai perkara perlu dihadapi.

Dengan masa yang begitu mengejar untuk pergi, apalah kemampuanku untuk melakukan sebaik mungkin akan setiap perkara yang perlu diuruskan. Sebegitupun, setiap urusan yang datang tetap kena lakukan, dan tanggungjawab yang dipegang perlu dipikul.

Masa yang singkat ini menuntut diri ini perlu sentiasa manfaatkan ia. Fikir perlu kritis dan rehat hanya pada masa yang perlu sahaja.

(Kebanyakan masa rehatku ketika keluar di jalan Allah. Selain daripada itu, banyak melakukan pelbagai tugas dan kerja)

Namun, perlu disedari dalam diri ini, sesungguhnya setiap perkara yang datang dan pergi daripada diri ini ialah dalam ketentuan Ilahi.

Ya, semua dalam ketetapan Allah. Semua dalam perancangan Allah. Tiada satu perkara yang datang tanpa perancanganNya. Apabila Dia berkehendak akan sesuatu perkara, pasti akan berlaku sekelip mata.

Oleh hal demikian, perkara yang wujud kini semuanya dalam perancangan Allah, hakikatnya. Dia sengaja meletakkan setiap isu (baik @buruk, nikmat @musibah, sedar @tidak) agar daku tetap meletakkan hati ini kepadaNya.

Tawajuh waktu sukar

Meneliti kemampuan dan tawajuh yang daku berikan, memang agak mudah bagiku untuk menumpukan perhatian dan harapan ini kepada Allah ketika waktu payah.

Waktu sempit dan sulit, pasti terasa tiada yang mampu mengatasi segala hal atau menyelesaikan masalah yang dihadapi melainkan Allah s.w.t. Mengenali akan kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri, siapa yang nak dijadikan tali berpaut selain daripada Dia?

Ketika waktu sukar dihadapi, semua daya dan fikiran melihat pada kewujudan dan keagunganNya. Mengharapkan Dia sentiasa membantu dan menghulurkan bantuan di saat yang memerlukan.

Jika tidak 100%, 80-90% memandang dan mengharap kepadaNya. Tumpuan penuh diberikan, dan setiap penyelesaian terasa Allah yang menyelesaikan. Daku lemah dan hanya mampu buat sekadar yang ada.

Tawajuh waktu senang

Tetapi, ternyata berlainan ketika dalam kemudahan. Terasa tak sedar yang mudah atau nikmat itu datang daripada Allah, dan sebenarnya juga ujian daripadaNya.

Di sini baru terasa tawajuh itu diuji. Di mana penglihatan kepada Allah di waktu dirasai nikmat itu dikecapi.

Bagi seorang yang mengenali hakikat diri dan penciptaNya, sepatutnya tidak boleh bagi dirinya lari dari sentiasa tawajuh atau menumpukan perhatian kepada Allah s.w.t.

Apa beza pada nikmat dan kesukaran? Dua-dua daripada Allah. Bukan satu manusia berhak tentukan, dan satu lagi Dia yang menentukan.

Jadi, bagi diri orang tersebut, tidak wajar dia melihat pada nikmat dia yang tentukan keadaan dan penyelesaiannya. Hilang tumpuan yang selama ini diberikan kepada Rabb yang Maha Esa. Malah, sangat berat kesalahan ini. Perlu bertaubat dan banyak istighfar kepada Allah, memohon ampun akan kelemahan yang berlaku ini.

Kembalikan tawajuh itu kepada Allah

Biar apa-apapun keadaan yang berlaku, isu, masalah, dan penyelesaian itu tetap daripadaNya. Dia yang merancang dan menetapkan segala kejadian. Hanya bezanya pada keadaan yang menimpa, itu sahaja.

Sekiranya waktu susah, ada usaha yang dilakukan dan hati tidak lupa tawajuh kepadaNya, begitu juga pada waktu senang. Ada usaha yang dilakukan dan hati tetap tidak berpaling dari menumpukan perhatian kepadaNya.

Biar rasa sedih,kesal, gembira dan seronok di hati. Hanya membangkitkan kepada nafsu dan syahwat menguasai diri. Apabila nafsu dan syahwat menguasai diri, nescaya hakikatnya tawajuh pada Allah telah berpaling daripada diri.

Contohnya,

Makanan enak dan lazat. Makan sekadar diperlukan, menambah jika perut kosong dan berhenti apabila berasa berat perut/ kenyang, bermaksud menikmati makanan kerana Allah. Tidak mengapa dan tidak lari tawajuh kepadaNya. Hal ini tidak tercela dan fitrah bagi manusia pada makanan.

Tetapi, makan secara berlebihan, kenyang tambah lagi, berterusan makan dan membazir, inilah yang dilarang bagi orang yang mengenali hakikat diri dan penciptanya. Perbuatan ini amatlah tercela dan mendatangkan kemudaratan yang besar pada tawajuh Allah s.w.t. Orang ini kini bukan tawajuh kepada Allah, tetapi tawajuh kepada makanan.

Begitu juga pada nikmat yang lain. Antaranya beli kereta baru, pilihan rumah baru, wang yang digunakan, dan nikmat bersama isteri. Jika berlebihan melihat dan mengharap pada perkara ini bermakna menumpukan perhatian kepada kebesaran perkara tersebut. Tetapi jika menggunakan sekadar fitrah dan keadaan yang memerlukan, maka penumpuan perhatian atau tawajuh kepada kebesaran yang menciptakan (Allah s.w.t).

Kesannya…

Berkenaan kesan tawajuh ini,

Huh…. terlalu banyak! Bukan sekadar ketetapan pada hati, tetapi lebih daripada itu lagi.

Satu orang yang benar melihat, tawajuh, dan mengharap pada Allah,

Sebenarnya kewujudannya ibarat sinar di muka bumi. Tanpanya, hidupan bumi ini mati dan tidak bermaya untuk meneruskan hidup lagi. Kehidupan mereka tertakluk kepada manusia ini.

Oleh itu, orang yang benar tawajuh kepada Allah, bukan sahaja dia dapat kesan dalam kehidupannya. Tetapi orang sekelilingnya, jiran tetangga, orang Islam dan bukan Islam, malah perubahan keadaan alam sekitar turut menerima impak daripadanya. Apabila hilang sahaja tawajuh tersebut, maka mereka turut menerima kesan yang sama.

Yang paling terkesan ialah alam ini. Kenapa? Kerana alam ini manusia itu diutuskan. Kerana alam ini manusia itu diturunkan dari syurga ke dunia.

Alam ini tiada dosa seperti mana manusia. Maka, benda yang putih mudah terkena bintikan hitam apabila tiada yang menjaga ia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: