DUnia… susah lah…

Jika manusia itu boleh melihat dengan kaca mata yang paling benar,

Pasti dia menyedari yang kehidupan ini hakikatnya penuh dengan ujian dan pancaroba.

Pelbagai perkara silih berganti akan bergantung. Kehidupan dulu tidak sama dengan kehidupan sekarang. Kehidupan sekarang yang ditempuhi ternyata berbeza dan tidak sama dengan  kehidupan yang telah lalu.

Hal kehidupan ini, sentiasa terbayang dan bermain di fikiranku.

Mengapa? Sebenarnya ada beberapa perkara. Pertama, daku ini seorang yang kuat menggerakkan enjin akal fikiran. Jadi, jarang orang yang suka berfikir tidak pandai untuk bercerita nilai kehidupan.

Tetapi lihat juga apa yang sentiasa difikirkan. Jika fikir banyak ehwal dunia, tak mungkin boleh masuk fikir apakah nilai dan tujuan hidup. Hal ini kerana orang yang sentiasa fikir ehwal dunia, jiwa dan akalnya akan menjadi raplah (lalai). Lalai mengejar suatu nikmat tetapi belum pasti dia dapat. Lihat orang lain buat perkara itu dapat, jadi dia pun nak buat. Malangnya, bila dia buat tak seperti yang diharapkan (macam orang yang dia tengok itu dapat). Banyak pula masalah berlaku, sehingga menjadi putus asa dan banyak pula menanggung rugi.

Itu hal pertama. Perkara kedua ialah kerana keadaan masa dan kelapangan yang daku ada.

 

Alhamdulillah, waktu kini (setelah tamat kembara di jalan Allah) daku sebenarnya ada banyak kelapangan. Namun, bila banyak lapang, ada benda lain juga diusahakan. Cuma, usaha yang senda gurau, tak ada yang terlalu penting atau amat bermanfaat.

Apabila banyak kelapangan, maka bolehlah nilai keadaan atau muhasabah. Muhasabah melihat kemampuan diri sendiri seterusnya tujuan kehidupan ini direncanakan.

 

Ketiga, kerana sedar yang dalam keadaan ralik atau lalai dengan urusan duniawi.

Jadi, apabila daku mula menulis, sebenarnya nak betulkan keadaan diri sendiri. Jika tak, terus dok ralik dengan masa free, tak diisi dengan pekrara lebih baik atau merancang lebih untuk pembangunan umat ini.

 

Bantuan itu penting!

Entahlah, setelah daku tamat kembara di jalan Allah ini, terasa seperti tak tahu nak buat apa yang sepatutnya. Kepala ini tak terjana motor fikiran untuk bergerak. Rasa seperti tiada yang terlalu mustahak untuk diselenggarakan.

Sedangkan aktiviti pada waktu ini dan sebelum ini tiada bezanya. Sama sahaja. Tetapi,entah rasa seperti tiada perancangan yang tertentu perlu penting diusahakan.

Mungkin sebab student tak ramai sehingga dirasakan begini. Bila ramai barulah banyak yang perlu diambil tahu dan sentiasa difikirkan.

Wallahua’lam.

 

Sekalipun begitu, masa yang berlalu tanpa menunggu ini tetap kena rancang dan sesuatu kena lakukan. Jika tidak, tiada orang yang perlu dipersalahkan, dan daku sendiri yang akan mengalami kerugian.

 

………… bila keadaan macam ini berlaku, daku mula terasa perlukan sokongan dan bantuan. Bantuan untuk sama-sama fikir dan risau, menjana penggerak otak ini dan jangan ralik lagi.

 

Tak boleh nak gerak sendiri. tiada kekuatan lah…. memerlukan teman taulan untuk membantu sama-sama fikir dan gerak untuk pelbagai perkara dan maslahat yang perlu diselesaikan.

Doa…

 

-ujian paling berat ialah ujian duniawi (kesenangan memperoleh perkara-perkara dunia). Jika Allah membiarkan sahaja hambaNya ikut catur dunia,  maksudnya hamba itu akan binasa. Tak akan selamat satu orang yang ikut perubahn atau caturan dunia. Mereka akan leka dan tak sedar menghampiri pintu kefakiran dan kebinasaan.

-terasa diuji dengan ehwal keduniaan. Membuatkan diri sendiri rasa lemah dan tiada tujuan…

 

 

-apa-apapun, tahniah! Multiple intelligent. Multivision aspect. Nanti boleh buat software sendiri gabung kelima-lima teknik ini. Khusus untuk P&P. bukan komersial design (untuk pertingkatkan inovasi pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi, bukan untuk jual produk-business minded).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: