Ikhlash itu bersama Allah!

Daku terdengar satu sedutan kuliah. Habis dengar, terasa kadang-kadang ada ustaz yang agak keras melontarkan padangan. Mungkin disebabkan diberi peluang untuk bercakap. Jadi, habis dilontarkan emosi dalam mesej penyampaiannya.

Mungkin betul dan mungkin tidak dengan pandangan tersebut. Tetapi tak akanlah sehingga tidak nampak ruang berkata lembut dan rasional di depan orang ramai.

Ini merupakan pandangan orang yang mendengar. Tetapi hakikatnya, kebiasaan orang yang bercakap jarang berfikir dan berhati-hati. Sebab  mulut itu tiada tulang, lembut dan lebih pantas gerakannya daripada anggota badan.

Moga Allah melimpahkan taufik dan hidayat khususnya pada diriku untuk berhati-hati dan tidak melulu ketika melontarkan kata-kata dan pandangan.

—————————-

Orang kata… orang ikhlas ini selalu kena buli dan serba kekurangan daripada orang lain.

Betul ke? Apa pendapat anda?

 

Ini memang terjadi dan pandangan orang rata-rata hari ini. Mereka semua bagai setuju jadi orang ikhlas mesti kena buli orang lain punya.

Ini beberapa contoh yang mudah. Satu orang itu dia ikhlas mengajar kuliah. Tak kena sebarang bayaran. Tetapi disebabkan dia tak terima bayaran, dia dikatakan kena buli sebab dia kena ajara kuliah itu ini dan tiada orang bagi imbuhan kepadanya.

Contoh satu lagi ialah orang yang mengajar agama juga. Tetapi dia tak suka ada jawatan di masjid dan lain-lain keuntungan duniawi. Disebabkan perkara ini, dia kena pegang banyak tanggungjawab dan banyak orang lepas tanggungjawab kepada dia ini.

 

Rasanya cukup dua contoh itu. Dua contoh ini memang biasa diperdebatkan orang hari ini. Iaitu ikhlas ke tidak untuk menyampaikan ilmu agama.

 

Apakah itu ikhlash?

Sebelum daku rungkai perkara ikhlash ini, ingin diperjelaskan apakah itu ikhlash. Di manakah terletaknya keikhlashan yang sebenar.

Ikhlash ialah melakukan sesuatu perbuatan kerana Allah s.w.t. tidak meletakkan sebarang harapan atau permintaan kepada selain daripada Allah.

Disebabkan harapan dan permintaan hanya kepada Allah, maka sebarang perkara yang wujud sebagai kekurangan yang dihadapi kerana keikhlasan yang dikerjakan akan diadukan kepada Allah.

Maka, orang ikhlash ialah orang yang kenal Allah. Hal ini kerana untuk ikhlash ia perlu wujud di hati dan tidak perlu kepada sebarang bentuk perbuatan.

Jika ada perbuatan, Alhamdulillah. Jika tiada bentuk kepada perbuatan pun tiada masalah.

 

Ringkasnya, maksud ikhlash yang hakiki ialah melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t dan meninggalkan sesuatu kerana Allah s.w.t.

 

Apakah kelebihan dan kekurangan ikhlash?

Tentang perkara ini, bagi orang yang benar-benar ikhlash sebenarnya dia tidak menghadapi sebarang jenis kekurangan. Sentiasa ada kelebihan daripada orang lain, sentiasa wujud kelapangan dan kebaikan dalam setiap perbuatan yang dilaksanakan.

Mengapa perkara ini berlaku?

Kerana pada orang ikhlash, bersama-sama dengan perbuatannya ialah ALLAH S.W.T. pemilik dan penguasa segala kerajaan dan pemerintahan. Yang Maha Hidup dan tidak akan mati. Penguasa segala rezeki dan Maha Kaya tidak memerlukan sebarang sekutu untuk bersama dan membantu-Nya.

 

Maka, adalah mustahil bagi orang yang Allah bersama dengannya akan menghadapi kekurangan dan kenistaan. Dia sentiasa dalam pemerhatian dan bantuan Allah. Dia sentiasa dibantu oleh Allah apabila kekurangan menimpa pada dirinya. Dia tidak pernah berseorangan dalam setiap niat dan usaha yang dilakukan.

Pelbagai tanggungjawab yang dipegang membuatkan masyarakat makin mengenali dan menyanjunginya. Sifat dan tindakannya yang tidak berharap pada manusia menyebabkan manusia hormat dan segan kepadanya. Telah menjadi ketetapan Allah, Dialah yang memberikan rezeki dan bukan manusia. Ada manusia yang menghulurkan sumbangan dan hadiah walaupun dia tidak meminta. Disebabkan orang ikhlash sedar dia buat kerana Allah dan bukan kerana harta benda, maka benda yang diterima digunakan untuk keperluannya (kerana dirasakan itu pemberian daripada untuk memenuhi keperluannya) dan keluarganya (yang menjadi tanggungjawabnya). Selain daripada itu, dia berikan kepada pihak lain atau orang yang lebih memerlukan.

 

Tetapi, mengapa ada orang ikhlash yang seperti kena  buli?

Mungkin dalam sesuatu keadaan, tergambar di pemikiran manusia melihat orang yang tak kisah pada harta benda dan sebagainya ini seperti kena buli.

Benarkah kenyataan berlaku sedemikian?

Bagi orang tersebut, sebenarnya dia kena buli kerana dia sendiri tidak ikhlash. Dia masih  mengharap kepada manusia, dan sentiasa berharap pada apa-apa yang dimiliki oleh manusia hari ini.

Apakah dia? Iaitu wang ringgit dan harta benda. Tanpa duit dan harta, susah nak bekerja, bagi ceramah, menulis dan lain-lain.

Jadi, jika tak dapat apakah benda yang diharapkan, tentu sahaja dia terasa kena buli. Penat dia bercakap dan berkata-kata, sedikit habuan pun tidak diterima. Bukankah itu berat sebelah (menguntungkan satu pihak) dan pihak dia terasa diperkena?

 

Oleh itu, memang patut orang yang tidak ikhlash atau pura-pura (macam tahu) tentang ikhlash terasa bagai dia kena buli. Memang patut dirasakan begitu kerana mereka sebenarnya bekerja seoran diri, bukan bekerja bersama dan untuk Allah. Tiada bantuan Allah dan tiada kebersamaan Allah dalam niat dan tindakannya.

Tetapi, bagi orang yang ikhlash, Allah sentiasa memenuhi keperluan dan kehendaknya. Disebabkan dia tidak beroleh daripada orang yang dia bekerja atau ceramah yang disampaikan, maka Allah sendiri akan bagi orang ini kepada tempat yang lebih baik, di mana tempat ini dia ialah raja, dan orang yang dia perlu bekerja bagai hamba yang perlu bayar kedatangannya. Dia bebas untuk bekerja dan menyampaikan, dan orang lain yang jadi majikan, bekerja atau mendengar ajarannya akan terkesan dengan tindakan dan ajaran yang disampaikan.

 

Orang iklash memang nampak oleh orang lain terkurang dari segi duniawi, tetapi hakikatnya mereka sendiri tak pernah terasa kekurangan, dan keperluan mereka sentiasa dipenuhi. Makin dekat hubungnnya dengan Allah, makin tinggi takwa dan tawakalnya, makin kasih saying pada Allah dan hari akhirat.

Kata-kata dan tindakan mereka memberikan kesan, selain diri mereka bebas melakukan tanpa ada batasan dan kekangan daripada pihak lain.

Wallahu’alam.

 

-Satu lagi contoh, ialah keikhlasan ibu bapa untuk anak-anaknya. Jika ibu bapa ini ikhlash mendidik dan memenuhi keperluan keluarga berdasarkan kehendak Allah dan RAsulNya, nescaya Allah akan pelihara ahli keluarga ini daripada fitnah akhir zaman. Tetapi jika ibu bapa tidak pernah mendidik kelaurga mengikut kehendak Allah dan teladan Nabi s.a.w, buat ibadah seorang diri, tak didik bersama-sama ahli keluarga melakukan ibadah, nescaya tiada bantuan Allah, dan tidak musykil jika terkena musibah fitnah di akhir zaman.

Allah sentiasa bersama dan memelihara orang-orang yang ikhlash. Bukan sahaja untuk fitnah, malah syaitan dan iblis tak dapat menyesatkan mereka ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: