Kelapangan itu satu ujian

Akhirnya dapat juga menyelesaikan kekusutan pada ehwal yang berlaku. ­­­

Setelah hampir sebulan bergelumang dengan pelbagai maslahat duniawi yang berkunjung tanpa henti-henti, akhirnya dapat juga melihat jalan yang lurus.

Ini semua taufik daripada Allah s.w.t. Allah telah menunjukkan jalan yang benar membantu pada orang yang benar-benar memerlukan petunjuk daripadaNya.

Terima kasih ya Allah. Daku bersyukur dengan nikmatMu ini.

 

Kelapangan itu bukan tujuan

Daku akui, setelah melalui proses yang panjang kerana terikat dengan kehendak pada ehwal duniawi, baru kini daku dapat melepaskan ikatan dan rantai ini.

Nampak seperti dunia itu dipermudahkan kepadaku untuk daku terima. Hakikatnya, tidak sedemikian. Tambah lagi menyusahkan dan pelbagai musibah lain pula yang mendatang.

Hanya, dirasakan ada kelapangan di fikiran nak lakukan itu sahaja. Berkenaan hasilnya, tetap sama. Tak bawa ke mana.

Lagi banyak perabih masa daripada ada manfaatnya. Ingat boleh selesai suatu isu dengan 30 minit, tetapi berlarutan sampai berjam-jam dan berrhari-hari lamanya.

Rosak masa dan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk diusahakan.

 

Pilihan setelah ajaran

Rupay-rupanya, kelapangan itu ialah pilihan yang Allah berikan kepadaku. Ingin dipilih pada jalan yang baik atau jalan yang buruk. Jalan yang baik akan membawa kepada situasi yang lebih baik. Sebaliknya, jalan yang buruk akan membawa kepada salah jalan, tidak kemana, dan patah balik ke belakang.

Walaupun daku diberikan pilihan (lapang pada fikiran untuk pilih dan buat: akhirat atau dunia), teapi takdir Allah tetap tidak berubah. Maksudnya, jika takdir Allah akhirat itu terbaik pada seseorang, maka usaha dunianya walaupun berpulun tidak akan mendatangkan manfaat adan hasil yang diharapkan. Tetapi, apabila akhirat yang diusahakan, ehwal dunianya jadi mudah, keperluannya pula dipenuhi.

Begitu juga pada orang yang takdir Allah usaha dunia lebih baik daripada usaha akhirat. Usaha dunia yang ditumpukan memberikan kemudahan untuknya berada di jalan akhirat. Tetapi, jika dia buat akhirat saja dan tinggalkan usaha dunia, maka dia akan jadi susah dan mendatangkan fitnah terhadap Allah dan agamaNya.

 

Dengan muhasabah dan petunjuk yang Allah sampaikan kepadaku ini,

Daku sedari takdir Allah berkehendak kepadaku untuk memberi tumpuan pada akhirat sahaja. Niat, usaha dan tujuan semata-mata untuk perkara akhirat. Tiada langsung maksud kepentingan duniawi (wang, harta, pangkat, sokongan dan lain-lain). Apabila daku melalui laluan ini, maka ehwal dunaiwiku akan jadi mudah. Jika daku berbalik pada jalan duniawi, bukan sahaja duniaku jadi payah, malah akhirat pun tak boleh berikan tumpuan dan bahagikan masa.

Ini semua kehendak Allah s.w.t. Dia lebih mengetahui mana-mana yang terbaik untuk hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

 

Takdir dan bantuan Allah.

Sebegitupun, kelapangan atau kebolehan untuk membuat pilihan itu juga merupakan ujian daripada Allah s.w.t.

Setelah Dia memberikan petunjuk, ajaran dan bimbingan, Allah membebaskan daku untuk buat pilihan. Maksudnya, jika buat salah tak dirasakan hukuman seperti dulu.

 

Pertama kali buat salah tak kena, tak apa lagi. Tetapi setelah banyak kali buat salah  dan masih tidak kena, baruku sedar rupanya Allah ingin mengujiku agar daku pandai memilih dan berdikari.

Allah hanya memberi tunjuk ajar yang terbaik, Dia membimbing jalan yang terbaik. Setelah melalui proses bimbingan dan ajaran, telah sampai masa untuk daku sendiri berdiri di atas kaki sendiri. Allah s.w.t hanya akan memerhati dan memantau tindakanku. Jika daku sentiasa berharap kepadaNya, maka Dia akan membantu. Jika tidak, maka takdir yang akan mendahului setiap perbuatan dan tindakanku.

(bantuan Allah bukannya takdir. Takdir bermaksud ketetapan Allah. Ia adalah perkara yang telah ditetapkan akan terjadi. Bantuan Allah atau nusrah Allah ialah pertolongan Allah. Allah menolong hambaNya yang berharap dan berhajat kepadaNya.

Misalnya, takdir Ahmad dia akan jatuh motorsikal. Ya, takdir tetap akan berlaku untuk dia jatuh motorsikal. Tetapi, disebabkan ada bantuan Allah, maka motorsikal yang jatuh tak banyak rosak dan perlu diperbaiki. Dia pula tidak cedera parah, hanya luka kecil-kecil.

Tetapi, tanpa bantuan Allah, maka dia akan terjatuh berguling-guling, entah patah riuk atau macam-macam kes terjadi.

Takdir dengan bantuan Allah ibarat jatuh bangunan ada tilam, tetapi takdir tanpa bantuan Allah ibarat  jatuh bangunan tak ada apa-apa yang menyambutnya).

Polis dan traffic light.

Ketika melalui proses muhasabah ini, daku melihat benarkah Allah tidak bersama denganku seperti dulu?

 

Maka, satu kes terpampang di depan mata dan realiti kehidupanku. Daku perlu berfikir dan menarik pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.

Sedang menaiki motorsikal, traffic light warna merah. Bagiku, warna merah untuk jalan ini, boleh pusing ikut jalan lain untuk pergi ke arah depan.

Maka, daku pun pusing ikut jalan lain. Begitulah yang berlaku selama tiga kali lampu merah di atas jalan.

 

Tetapi, untuk kali keempat, tiba-tiba ada polis traffic berhenti menunggu lampu hijau di atas jalan yang sama. Disebabkan ada polis traffic, maka daku pun turut berhenti. Lagipun, tiada jalan untukku buat pusingan.

 

Hal ini menyebabkan daku berfikir. Jika ada polis traffic daku boleh berhenti, apakah yang sukar sangat untukku berhenti jika tiada polis traffic.

Walaupun tak ada yang melihat dan menahanku, tetapi tidak bermaksud lampu itu dibuat dan tidak paayh polis traffic buat kerja. Mereka tetap ada, cuma tak tahu di mana.

 

Maka, begitulah juga Allah. Perintah dan larangan telah terbina. Banyak kitab (terutama al-Quran dan as-Sunnah) yang boleh dijadikan rujukan atas perkara ini. Namun, adakah disebabkan buku tersebut boleh dijadikan rujukan, bermaksud Allah tidak menjalankan kerjaNya (nauzubulillah…)

 

Hakikatnya, walaupun kelapangan itu diberikan, Dia tetap berada di mana-mana. Dia sentiasa memerhatikan hambaNya. Rujukan itu sebagai panduan yang berterusan. Dia akan datang menolong apabila hambaNya tiada kemampuan dan perlukan pertolongan.

Wallahua’lam.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: