Pengorbanan melahirkan tanggungjawab dan kepuasan

Pengorbanan ke atas sesuatu perkara itu mendatangkan perasaan bernilai terhadap perkara yang dikorbankan. Sebagai contoh, seseorang yang berpeluh di bawah terik matahari kerana duit upah bekerja, maka wang diterima tersebut terlalu berharga untuknya, disebabkan pengorbanan yang telah dilakukan. Seorang yang berbulan-bulan kumpul wang ringgit untuk beli kereta, maka kereta tersebut terlalu berharga untuknya kerana pengorbanan yang telah diberikan, seorang ayah yang siang malam berusaha untuk mencari nafkah demi anak isterinya, maka keluarganya itu terlalu berharga untuknya. Seorang pelajar yang gigih berusaha siang malam demi pelajarannya, maka terlalu bernilai result peperiksaan akhir tahun untuknya, dan seorang petani yang berusaha ke atas tanamannya, maka terlalu bernilai hasil pertanian untuknya.

Oleh itu, setiap pengorbanan yang dilakukan pasti ada tujuan dan susah payah yang perlu terlebih dahulu dilakukan. Dengan susah payah tersebut, barulah hasil yang ingin dicapai diperoleh.

Susah payah untuk mendapatkan hasil membuatkan hasil yang diperoleh itu menjadi terlalu bernilai. Jika ada yang mengganggu atau menghalang, pasti timbul kemarahan dan keadaan yang tidak diduga akan dilakukan olehnya.

Agama: lebih memerlukan pengorbanan!

Begitu juga terhadap agama Allah s.w.t. Pengorbanan dan nilainya itu sangat diajar dalam agama. Bagai selari dan serasi, kefahaman agama tidak akan datang tanpa pengorbanan perlu dilakukan.

Agama tidak datang terus ke muka bumi dan umat Nabi. Agama ini, Allah s.w.t yang menyeru, memilih dan melantik nabi, kemudian nabi dan rasul ini kena sampaikan, susah payah menyampaikan, adanya pengikut dan penentang, akhirnya agama itu terus kekal wujud atau mati (diganti dengan umat yang baharu).

Pengorbanan yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul demi menegakkan agama dan umat ini kepada Allah s.w.t, maka nilai yang wujud dalam agama itu menjadi sesuatu yang bernilai kepada para Nabi dan Rasul. Jika agama itu diterus demi keadaan dan keselamatan umat, maka umat ini menjadi sesuatu yang bernilai kepada para nabi dan Rasul tersebut.

Tiada agama, tiada tujuan!

Tambahan lagi, dalam banyak-banyak pengorbanan (demi kehendak, ehwal duniawi atau agama), nescaya agama itu lebih utama untuk diberi pengorbanan dan meniti titian susah payah.

Mengapa?

Pertama, kerana hidup tanpa agama ibarat hidup tanpa tujuan. Jadi, orang yang hidup tak peduli kenapa, bagaimana dan perlunya penjagaan ibadah, ibarat hidup tanpa tujuan. Hidup dengan foya-foya, tiada lebih daripada memenuhi kehendak mengumpulkan pusaka demi anak dan rakan tetangga, mengeluarkan bahan kumuh daripada perut, dan membuang masa dengan bersembang lama di kedai makan atau layari internet, smartfone, laptop dan lain-lain lagi.

Mengapa dikatakan tiada tujuan?

Baik, apakah yang kita akan dapat sembang lama-lama di kedai kopi? Dapat hadiah? Sedekah? Wang ringgit? Menjadi intelek?

Atau hanya buang masa? Buang duit? Tak ada kerja?

Apakah pula yang akan dapat daripada lama-lama melayari internet, smartfone dan laptop? Dapat hadiah first class? Pulangan wang berganda-ganda?

Atau hanya membazir eletrik? Kena bayar bil elektrik yang meningkat? Kena bayar kerosakan itu ini? Buang masa?

Ada orang kata, mendapat kepuasan. Puas hati sebab beroleh itu ini di sebalik minum dan sembang, atau melayari internet.

Benarkah itu dinamakan kepuasan? Kalau puas sudah tentu tidak akan buat lagi sebab dah dapat apa yang dihajati (di sebalik banyak rugi aka tiada untung). Sebenarnya bukan mendapat kepuasan, tetapi kelalaian. Lalai (ghaplah) dengan perbuatan tersebut, sehingga menimpa banyak rugi, tetapi terus nak buat lagi.

Jadi, apakah sebenarnya kepuasan?

Kepuasan ialah beroleh keuntungan. Beroleh keuntungan di sebalik masa yang diberikan. Jika lebih banyak bagi masa daripada dapat hasil, itu buang masa dan melalaikan. Rasa dapat sesuatu, hakikatnya tiada apa-apa yang dapat.

Inilah sebenarnya kepuasan. Selain daripada perkara ini, sebenarnya mereka tidak beroleh apa-apa pun.

Dan, kepuasan sebenar itu hanya terdapat dalam agama, sedangkan kepuasan pada pengorbanan duniawi hanyalah sementara (nak benda yang lebih baik lagi, atau benda yang diharpakan itu akan rosak pada bila-bila masa yang tak diketahui).

Kepuasan untuk berzikir dan membaca al-Quran, membuatkan jiwa menjadi tenang untuk melakukan urusan kehidupan. Kepuasan untuk dakwah, membuatkan fikir risau terhadap agama bertambah, iman meningkat dan tumpuan pada Allah serta agamaNya menjadi betul dan bertambah. Kepuasan dalam solah menyebabkan lahirnya ketenangan dan keseronokan melakukan ibadah (berdiri depan Allah). Kepuasan dalam puasa, dapat menahan nafsu dan keinginan dalam jiwa, kepuasan zakat dan sedekah boleh berkongsi harta dan melihat orang miskin dan susah bergembira, kepuasan mengerjakan haji, umrah,dan keluar jalan Allah ialah beroleh rasa rahmat Allah, merasai dan terkesan dengan kebesaran Allah serta mampu memperbaiki ibadah dan tumpuan hati lebih baik.

Tetapi, kalau tak rasa puas dalam pelbagai amalan agama, dikhuatiri sebenarnya dia tidak pernah melakukan apa-apa amalan agama. Dia hanya berlakon, berpura-pura melakukan, padahal tak pernah melakukan apa-apa.

Itu untuk keadaan duniawi. Keadaan akhirat lebih teruk lagi, jika tak ada rahmat Allah s.w.t.

Kepuasan: hanya berjaya dalam pengorbanan.

Untuk merasai kepuasan dalam agama ini, tidak dapat tidak, ia memerlukan pengorbanan. Tanpa perngorbanan dalam dakwah, solah, sedekah, zakat  dan lain-lain, maka kepuasan itu tidak akan berhasil. Buat sahaja tiada kesan. Perlu tekan keinginan barulah dapat kesan dan rasa kepuasan.

Namun, untuk berkorban demi agama, ternyata amat payah dan tak serupa dengan pengorbanan demi dunia. Jauh sama sekali.

Mengapa?

Pertama, agama ini milik Allah. Jadi Allah yang memilih dan mengkehendaki, barulah sesuatu perkara boleh terjadi. Kedua, berkorban demi agama, berlawan dengan kehendak nafsu. Ketiga, agama ini bersifat abstrak, bukan materilistik. Keempat, ganjaran utama agama di akhirat, dunia tetap dapat hasil tetapi sedikit. Akhir tetapi bukan yang terakhir, agama tak boleh dicapai dengan mengunakan akal, tetapi kena turuti wahyu.

Jika mampu berusaha kepada keadaan tersebut, barulah seseorang itu beroleh kepuasan dalam amalan agamanya sehingga kini.

Kemunduran umat: sakit kepala dan hatiku…

Disebabkan ehwal ini, dengan kepuasan yang daku terima terhadap pergorbanan usaha atas agama Allah ini, membuatkan daku rasa mencintai dan sangat kuat fikir ke atasnya. Selain itu, timbul perasaan tanggungjawab agar agama ini terus diamalkan, khususnya pada diriku dan orang terdekatku.

Namun, sebaliknya berlaku. Umat ini tidak seperti laluanku. Oleh hal demikian, maka ramai yang rasa tak puas dalam agama yang dilakukan. Wajah mereka membayangkan agama itu suatu bebanan. Biar buat sekadar cukup syarat, cepat habis dan lekas siap. Tak peduli apa yang dapat. Ada atau tidak kelebihan dalam amalan agama, tidak dipeduli lagi.

Perkara ini menjadikan jiwaku sakit. Sakit melihat gelagat manusia yang buat agama ini seperti kain buruk yang tiada nilai untuk dilakukan. Yang lebih teruk, bagai suatu benda yang sia-sia melakukan amalan agama. Tak perlu nak bagi tumpuan atau lain-lain lagi.

Jika berlaku di surau atau masjid orang lain, daku tidak kisah. Kerana itu urusan dan tanggungjawab sesama ahli karyah tersebut. Tetapi, perkara ini berlaku di surau yang daku setiap hari bagi masa untuk imarahkan, ajak orang lain, ziarah dan lain-lain lagi. Daripada tiada orang nak usahakan, sehingga ada lah orang yang wujud kesedaran dan cuba berusaha untuk amalkan.

Dah seperti rumahku sahaja surau ini. Tetapi, tiba-tiba ada segelintir orang dan sekelompok masyarakat yang datang untuk melaksanakan ibadah di sini, buat seperti surau dia sorang –sorang. Ikut ‘dan’ dia bila nak kerjakan ibadah. Jika ibadah yang dilakukan sorang-sorang, daku tak kisah sangat, tetapi ini time nak ibadah secara berjemaah.

Kalau nak beribadah secara berjemaah, perhatikanlah keadaan orang lain. Terutama sekali pandanglah pada orang yang hari-hari bagi masa dan tanggungjawab demi surau ini. Bukan sebab dia ini lebih baik, tetapi sebab dia dah banyak meletakkan pengorbanan, lebih tua, lebih menjaga etika beragama, dan lebih duduk lama di surau daripada orang lain.

Yang lebih teruk, tergambar di wajah para pengerja ibadah ini langsung tiada perubahan terhadap ibadah yang dilakukan. Sombong, ego dan fikir di tempat lain lebih terbayang di wajah-wajah mereka. Tiada langsung menunjukkan ibadah itu menjana perubahan. Tiada sinar cahaya ibadah. Jika bermula daripada wuduk itu boleh berubah keadaan wajah, ini lepas solah pun masih tiada perubahan.

Siapa salah?

Keadaan ini betul-betul buat daku sakit hati dan sakit kepala. Rungsing otak ini fikir keadaan umat yang tak peduli runtuh bangun agama Allah dan RasulNya.

Jadi, adakah daku nak salahkan mereka?

… pertama kali fikir, ya. Memang mereka bersalah. Tetapi kali kedua fikir dan sabar dengan keadaan umat ini, daku rasa daku yang bersalah.

Mengapa? Sebab daku tak pernah bagitahu mereka. Sedangkan mereka itu sikit pun tak sedar nilai, kepuasan, pengorbanan dan lain-lain dalam agama. Agama yang banyak kaedah yang disampaikan kini hanya terletak di kepala, bukan di hati dan amalan (terletak di kepala maksudnya nak tunjuk pandai). Umat kini jahil daripada amalan dan penghayatan agama. Tak akan lah orang yang jahil dan lemah nak berubah melainkan orang yang berilmu dan kuat membantu mereka.

Penyelesaian

Nak harap mereka berubah sikit untuk cara mengamalkan agama, nak tak nak daku yang kena bagitahu mereka. Sikit sikit tetapi berterusan. Terus sampaikan pada waktu tertentu setelah solah.

Sampaikan dengan cara hikmah, bukan marah. Kalau marah, daku rasa (mungkin) puas hati (sebab melepaskan apa-apa yang tersimpan di dada), tetapi mereka tak puas hati (sebab mereka bukan faham pun apa yang daku faham). Impaknya, mereka buat tak peduli apa-apa yang daku sampaikan dan tak berminat nak melakukan perubahan.

Kalau sampaikan dengan hikmah, daku puas hati (sebab dah cuba cara terbaik nak bagitahu), dan mereka akan sedar dan tak terasa kecil hati. Jadi, boleh lagi daku terus menyampaikan dari semasa ke semasa agar umat ini pandai lah sikit nak jaga ibadah dan penghayatannya.

Daku bukan nak orang ikut kata-kataku. Tetapi, daku tak mahu orang jahil menunggang balikkan amalan agama Allah ini sedangkan masih ada orang lain yang lebih berilmu dan sangat menjaga etikanya.

Semoga Allah memudahkan segala urusan dan menjana perubahan kepada umat ini.

Sabar itu lebih berharga daripada tergesa-gesa.

Dengan bersabar, manusiaitu sedar Allah lebih berkuasa daripada dia.

Bersabar bukan bermaksud tak buat kerja. Tetapi buat kerja kena pada tempat dan keadaannya.

Yang lebih penting, bersabar dalam usaha,

Lebih mengharap pertolongan Allah daripada yakin pada keupayaan dirinya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: