Sabar (4)

 

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Semoga sihat walafiat dan ceria sentiasa.

 

Sebenarnya, daku sendiri pun dah tak ingat berapa kali menulis berkenaan perkara ini. Mungkin 4 kali, dan mungkin lebih daripada itu.

Apa-apa sekalipun, Alhamdulillah syukur daku masih dikurniakan taufik untuk terus menulis. Ya, ini semua taufik dan kehendak Allah s.w.t. Daku tidak kekuatan dan kemampuan untuk terus melakukan ini semua.

Mengapa?

Kerana dalam nukilanku yang saban minggu ini, sebenarnya banyak perkara yang terjadi (tetapi tidak daku menukilkan di sini). Pelbagai peristiwa, perasaan, emosi, keinginan dan lain-lain lagi cabaran yang berlaku, telah banyak kali juga mematahkan semangatku untuk teruskan menulis.

 

Tetapi, kehendak Allah s.w.t itu berbeza. Dia inginkan daku untuk terus menulis dan menghasilkan karya.

Mengapa?

Entah. Ini dalam pengetahuan, kehendak dan rahsia Allah. Mungkin boleh jadi sumber hidayat, motivasi, peransang, kekuatan dan lain-lain lagi kepada para pemerhati di laman ini.

Selain itu, daku sendiri juga mendapat manfaaatnya. Kerana daku tidak menulis begitu sahaja. Banyak pemikiran, pandangan dan perasaanku dibait di sini. Dengan menghasilkan tulisan di sini juga, ada ilham yang turut Allah s.w.t salurkan kepadaku.

Wallahua’lam.

 

____________

Walaupun telah banyak kali daku berusaha membaitkan perkara sabar  ini, lagi dan lagi akan terus disampaikan di sini.

Hal ini kerana peringatan perlu sentiasa disampaikan. Sangat sukar apabila sekali diperingat, terus dapat ingat dan berubah. Jadi, peringatan itu penting dan perlu sentiasa disampaikan, mengikut pada masa dan keadaan.

 

Begitulah berkenaan perkara sabar ini. Tambahan lagi, hidup hari ini benar-benar menduga kesabaran dan mudah menentang sifat kesabaran.

 

Sabar atas dua perkara

Seperti yang diketahui, sabar itu banyak jenis. Antaranya dua perkara besar ini, iaitu sabar menahan marah, dan sabar menahan hawa nafsu.

 

Mungkin ramai biasa akui mudah dan perlu bersabar ketika menahan marah. Perkara ini mudah disedari kerana ketika selepas marah, banyak keadaan yang berubah. Jika marah pada orang, maka orang yang dimarahi akan tak suka, kecil hati, menangis, kecewa dan lain-lain. Marah akan mengubah emosi orang yang dimarahi. Jika marah pada barang, barang itu dirosakkan. Jika marah pada pemerintah, berlaku penentangan dan pemberontakan. Jika marah kepada rakyat, dizalimi dan rakyat akan ditekan (sebab pemerintah berkuasa). Jika marah kepada kucing, kucing itu disepaknya. Jika marah pada pokok, pokok pun habis ditebang dan dipotong oleh si pemarah.

Marah pasti akan mengubah sesuatu keadaan. Jadi, sabar diperlukan agar rasional untuk bertindak. Wajar atau tidak mereka ini untuk kena marah, dan apakah tindakan yang sewajarnya patut dikenakan ke atas mereka.

Hal ini supaya tindakan tidak menjadi melulu, marah itu bertempat dan perubahan yang dilakukan memang selayaknya dilakukan.

Inilah kepentingan sabar ketika marah.

 

Sabar menahan keinginan.

Aspek kedua ialah sabar menahan hawa nafsu (keinginan).

Berkenaan perkara ini, memang ramai orang yang FAIL. Sangat teruk FAILNYA sehingga ramai yang kena kemudaratan kerana tidak bersabar menahan hawa nafsunya.

Hawa nafsu atau keinginan manusia itu bermacam-macam. Keinginan itu fitrah tetapi masalahnya keinginan yang menjadi berlebihan dan mendatangkan mudarat yang lebih panjang.

Sebagai contoh, orang tak sabar pada makanan. Hari-hari dan setiap masa isi perut pada makanan. Kesan tak sabar pada menahan nafsu makan, maka perut dia buncit, jadi gemuk, diabetis, sakit jantung, koronori disease dan lain-lain penyakit datang. Orang yang tak sabar nafsu nak beli barang, maka habis satu rumah penuh barang yang dibeli tetapi bukannya penting pun. Menjadi pembaziran, kerana bukannya perlu dan nak digunakan. Nafsu sahaja yang seronok nak beli. Bukan sahaja membazir, duit pun habis sekelip mata. Misla lain ialah tak tahan nafsu nak tengok perempuan. Maka semua tempat yang ada perempuan dilihatnya. Jika tak dikawal, berlakulah kes maksiat, sumbang mahram, anak luar nikah, pemerkosaan dan lain-lain. Lagi, tak tahan nafsu dengan internet dan games, habis masa digunakan padahal bukannya mendatangkan perkara yang bermanfaat dan boleh buat urusan yang lebih baik.

 

Inilah antara kebodohan dan kedangkalan yang akan berlaku apabila manusia itu ikut nafsu syahwat. Ia benar-benar mencakna kerosakan secara sedar atau tidak. Malah, tak sabar dengan syahwat lagi bahaya daripada nafsu marah. Sebab syahwat yang tidak dikekang akan berlarutan sedangkan nafsu marah hanya berkaitan sesetengah tempat dan keadaan.

 

Mungkin suatu kenyataan

Apa-apa sekalipun, kesabaran amat diperlukan dalam pelbagai keadaan. Dengan kesabaran, benda yang tidak disukai atau disukai, berterusan bersama dalam suatu jangka masa yang panjang.

Bersabar dengan kerenah pekerja, dengan asbab tunjuk ajar dan kesabaran, pekerja yang rosak itu akhirnya mampu berubah dan menjadi pekerja terbaik. Bersabar untuk makan sesetengah daripada pelbagai jenis makanan, maka boleh terus untuk makan ketika orang lain telah mengadu penyakit. Bersabar dengan kerenah keluarga, dengan berkat sabar untuk terus mendidik maka lahir keluarga yang bahagia dan biah yang soleh.

 

Bersabar juga bukan bermaksud tidak marah atau menyatakan keinginan. Perkara marah atau keinginna boleh untuk terus melakukan, tetapi perlu bersabar supaya jangan sampai marah dan syahwat itu berlebihan.

Wallahua’lam.

 

-Hari ini masih di ingatan. Tempoh masa ini boleh kata setiap tahun berusaha meraikan.

Selamat hari kelahiran Ziyad. Anak muda yang makin meningkat remaja. Moga karismamu terserlah dalam didikan dan pegangan pemuda yang beriman.

Mungkin anjakan masa kini sukar bagimu menatapi suasana kebaikan, tetapi yakinlah, walau dunia ini rosak dan penuh sifat kerosakan, Allah tetap memelihara keadaan dan tempat mewujudkan tempat yang penuh kebaikan. Dia akan ambil tanggungjawab memelihara mereka, ketika manusia lain berada di jalan kebinasaan.

 

Tiada apa harapanku di sini, melainkan Ziyad dan lain-lain sentiasa dirahmati, dipelihara dan menjadi harapan keluarga dan agama.

Harapan melihat kejayaan  Ziyad pada perkara duniawi, sifatnya sementara. Biarlah sentiasa berusaha kekal kejayaan ukhrawi, membawa syafaat dan pahala berterusan di akhirat sana.

Ambil dunia ini agar tidak disusahkan. Menjadi bekalan harian dan masa depan untuk sentiasa kekal beribadah dan boleh terus melakukan kebaikan.

 

Ziyad

-next: second nice day in my memory…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: