Punca kekuatan: antara orang biasa dan orang beriman.

Dalam mengharungi kehidupan ini,

Kekuatan amat diperlukan.

Kebiasaannya, manusia akan menjadi kuat apabila ada punca kekuatan. Punca kepada kekuatan itu berlaku pada dua tiga keadaan. Keadaan pertama kekuatan daripada Allah. Kedua punca daripada kemampuan dan semangat diri sendiri. ketiga, punca kekuatan daripada orang lain.

Para keadaan manusia pula, terdaapt dua jenis manusia yang dikategorikan di sini. Pertama ialah  manusia biasa @ umum. Kedua ialah manusia yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t.

Pada manusia yang dalam kategori biasa,  mereka akan menjadi kebiasaan untuk  sentiasa melihat kepada punca kekuatan yang wujud pada dirinya dan orang lain yang terdekat. Hal ini bermakna jika dirinya terasa lemah dan tidak terdaya, sudah tiada kekuatan dan semangat, maka orang lain yang terdekat (seperti sahabat, rakan rapat, jiran yang baik, suami atau isteri, anak-anak, ibu atau ayah) akan dijadikan sandaran untuk beroleh kekuatan.

Bila diri terasa lemah, orang lain akan menjadi pendorong untuk teruskan bergerak dan menjadi kuat.

 

Manusia beriman

Tetapi, bagi manusia yang sentiasa beriman dan berusaha ke arah taqwa, maka kekuatannya tidak berdasarkan kemampuan orang lain. Jarang orang yagn beriman melihat ke arah orang lain (atau lebih specifik kepada makhluk) untuk beroleh kekuatan.

Hal ini kerana orang beriman telah mengenali root of strength, iaitu Allah s.w.t. jadi, apabila telah dikenali dan menjadi pegangan, maka mereka sedar di situlah letaknya segala punca kekuatan. Dia yang Maha Kuat, dan Dia tidak memerlukan sesiapa untuk menguasai sekalian makhlukNya. Demikian keadaan dan sifat orang yang beriman. Mereka kuat kerana benar amalan dan keyakinan mereka kepada Allah s.w.t. Tetapi, jika amalan menjadi tidak betul atau keyakinan itu terganggu, maka mereka akan menjadi lemah dan tidak terdaya.

Pada waktu ini, orang beriman perlu kembali kepada amalan dan keyakinan yang benar seperti dulu. Namun, mereka juga lemah (kerana mereka manusia biasa, yang diciptakan serba kelemahan). Maka orang lain tetap mempunyai peranan untuk membantu membantu menguatkan mereka. Mereka tidak sentiasa kuat dan bersemangat. Perkara ini adalah mustahil. Hanya menjadi sifat Allah itu yang sentiasa kuat dan berkuasa, bukannya manusia.

Orang beriman ada masalah?

Oleh hal demikian, orang beriman ini kekuatannya hanya pada satu sumber, iaitu hanya pada Allah s.w.t. Maka, untuk mendepani dan menyelesaikan masalah yang diterima oleh manusia kategori ini, maka orang lain yang terdekat boleh membantu mereka dengan mengingatkan usaha dan tarbiyah Allah s.w.t ke atas mereka. Dengan peringatan dan usaha ini, serta merta kekuatan mereka akan kembali dan bertambah. Kekusutan terdahulu dapat diselesaikan dan semangat yang jatuh akan pudar dan hilang.

 

Demikian sifat orang beriman. Jika orang biasa kuat sebab orang lain menguatkan dia, orang beriman kuat apabila Allah bersama dengannya. Tetapi, disebabkan orang beriman ini pun manusia biasa, sentiasa wujud lemah dan saling memerlukan, maka tetap diperlukan orang terdekat membantu mereka apabila mereka dalam kesulitan. Cuma, bantuannya berbeza daripada orang biasa. Jika orang biasa kuat sebab orang terdekat bersama mereka, mendorong dan memberi kata perangsang akan isu kehidupan harian, kekuatan orang beriman terletak pada Allah dan peringatan mereka kepada Allah s.w.t. Orang beriman hanya akan menjadi kuat dan bersemangat apabila diri sendiri dan orang terdekat mengingatkan mereka kepada Allah s.w.t.

 

Konklusinya, apabila suami, isteri, sahabat terdekat itu benar kewajaran mereka pada keimanan pada Allah, maka apabila mereka dilihat dalam keadaan lemah, ingatkanlah dan berbicaralah mereka tentang yakin dan kekuatan yang wujud pada Allah s.w.t. Insya-Allah, kekuatan mereka akan pulih dan semangat mereka akan kembali.

Apa-apa sahaja situasi. Tidak sekadar urusan zahiriah, malah urusan hati dan perkara batiniah juga mereka dirawat dengan keadaan dan keyakinan ini.

Wallahua’lam.

 

(Jika tak betul keimanan, turun naik atau keluar masuk, jangan dicuba. Nanti bawa bencana. Musibah makin menimpa dan kerosakan lain pula bertambah. Note: hanya untuk orang yang benar-benar beriman…)

 

Sedikit hikmah:

Wujud sedikit perbezaan pada keadaan semangat dan kekuatan antara jantina, iaitu lelaki dan wanita yang beriman. Bagi wanita yang beriman, semangat mereka tetap memerlukan orang lain untuk bersama membantu mereka mengingatkan pada Allah s.w.t. Jarang wanita yang beriman boleh sendiri-sendiri mengingati Allah s.w.t dengan kuasa maksima (sepenuhnya).

Tetapi bagi lelaki beriman, mereka mampu untuk mengingati Allah ketika berseorangan. Namun, jika wujud orang terdekat membantu mereka (berikan pertolongan dan ingatkan kepada Allah s.w.t) , lagi bertambah kuasa dan kekuatan mereka. Lagi banyak kemampuan untuk terus bergerak, lagi kuat dan semangat mereka melakukan setiap urusan.

Memang telah menjadi ketetapan Allah s.w.t. akan keadaan sebegitu. Hal ini menunjukkan manusia memang saling memerlukan. Apabila saling membantu, maka kekuatan akan kembali atau lebih berganda lagi.

 

-Alhamdulillah… terima kasih🙂. Sangat-sangat menghargai. Cuma, jangan terlalu berlebihan, sebab terasa sedikit terganggu terutama ketika beribadah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: