Pengorbanan dan ujian suatu lumrah

Hari ini sebenarnya tiada niat untuk menulis. Tetapi entah…. Tak apalah luangkan sikit masa dan ringankan juga tangan untuk membait aksara ms word di sini.

 

Menyelusuri perjalanan dan kembara masa kehidupanku ini,

Daku sentiasa berusaha untuk menilai keadaan diri sendiri. Hal ini kerana pelbagai peristiwa, rasa dan keadaan sedar atau tidak telah dilalui. Ada baik dan buruk, ada juga seronok dan bersedih hati.

Paling ketara, perubahan yang paling berharga,

Apabila daku mengenali hakikat diri dan Allah s.w.t.  Perkara ini benar-benar bernilai tinggi sehinggakan sekiranya daku tidak mengenali keyakinan dan kekuasaan Allah, dan kerendahan dan kelemahan diriku ini,

Nescaya daku tidak terasa kehidupan ini bernilai untuk terus diusahakan (tak boleh buang masa) terutama nilai yang boleh dibawa dalam kehidupan selepas mati.

(Antar perubahan yang lain ialah untuk teruskan menulis di sini. Bukan mudah untuk terus ikhlas menulis  di sini saban minggu tanpa taufik Ilahi)

 

Yang lebih khusus lagi, pada pengenalan Allah dan kelemahan diri ini,

Ialah perubanan dalam pelbagai keadaan diriku dalam kehidupan ini sehingga hari ini. Begitu banyak perubahan yang tidak disangka-sangka, pelbagai jalan yang ditemui bukan dalam jangkaan dan perancanganku, pelbagai hakikat dan sifat baru diselami sepanjang daku melalui jalan ini.

Alhamdulillah…

 

PIlihan dan kehendak Allah

Sebegitupun banyak perubahan yang telah berlaku,

Daku tetap sedar ini semuanya pilihanNya dan kehendakNya. Dia berkehendak untuk daku melalui sesuatu peristiwa dan melakukan sesuatu perkara.

Tetapi, setiap peristiwa yang dilalui, pasti perlu melalui pelbagai jenis ujian dan pengorbanan. Pengorbanan… bukan sekadar beberapa aksara tulisan di sini. Terlalu drastik dan besar bak batu besar tiba-tiba menghempap ke atas kepada ini. Terlalu mberasa Allah ingin mengujiku ini.

Ujian itu demi kebaikan dan menjana suatu perubahan. Dengan adanya ujian, daku kena berusaha menekan nafsu, ego, kehendak diri dan kepentingan diri sendiri, demi mengangkat kehendak Allah sebagai terutama, serta bertujuan akhirat semata-mata.

Pengorbanan menekan nafsu dan kepentingan diri ini, memang sulit jika tanpa taufik dariNya. Alhamdulillah, sehingga kini, segala pengorbanan dan ujian yang menimpa diriku, mampu dilalui berkata pertolongan Ilahi.

 

Perngobanan demi perubahan dan kebaikan

Benar, selepas hujan ada sinar mentari dan pelangi. Setelah ujian dan pengorbanan yang dilakukan, daku sentiasa dapat lihat dan merasakan pelbagai kesan positif daripada pengorbanan yang telah dilakukan.

 

Inilah hikmah ujian. Mengekar dan menguatkan hati untuk melakukan sesuatu urusan tanpa berharap kepada sebarang asbab musabab. Hanya kepada Dia setiap perkara dilalui dan kepada Dia segalanya akan kembali.

 

Perubahan ke arah lebih baik,

Kena sedar dan hadapi,

Ujian dan pengorbanan sebagai lumrah dalam kehidupan ini

Wallahu’alam.

 

(Setelah melalui pengorbanan ini, Baru disedari, betapa sulit dan kritisnya Allah s.w.t untuk mengangkat seorang nabi dan RAsul, apatah lagi menjadi seorang Rasul Ulul Azmi.)

 

-sekarang ada di kampung halaman. Tak lama lagi nak pulang ke tempat belajar. Dah dekat nak present last tesis. Doakan terbaik dan dipermudahkan ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: