Kisah Rumah, tukang kayu dan pemuda (2)  

Telah lama kisah ini tidak dibicarakan. Bukan seminggu atau sebulan dua, sudah hampir bertahun-tahun lamanya.

Jadi, untuk hari yang baik dalam pandangan memoriku, daku terasa ingin baitkan kembali kisah ini di sini.

Kisah yang bersambung daripada kisah terdahulu. Mempunyai kisah dan peristiwa yang berbeza daripada terdahulu.

 

 

************

Saban waktu terus berlalu. Rumah dan tukang kayu semakin bertambah akrab. Mereka bertambah mesra dan ramah.

Tiada yang kekal melainkan Dia. Maka, waktu yang terus berlalu menyaksikan pelbagai perubahan pada rumah yang dibina oleh tukang kayu. Tak lepas daripada kerosakan, maka akan segera si tukang kayu memperbaik pulih kerosakan tersebut dan menggantikan peralatan yang baru.

 

Waktu terus berlalu. Lama sudah pemuda itu tidak kembali ke rumah tersebut. Suatu ketika, si tukang kayu menyampaikan suatu pesanan kepada rumah.

“Wahai rumah, kelak tak lama lagi pemuda yang menghuni rumah ini akan kembali. Persiapkanlah perhiasan dan kemudahan dalam dirimu.”

 

Rumah terkedu. Lama dia tidak bersua dengan pemuda itu. Tak tahu nak kata apa. Bingung.

Dia terimbau peristiwa lalu. Terimbau kenangan pahit daripada manis, cuka daripada kismis.

 

Tukang kayu sedar dan tahu apa yang difikirkan oleh rumah. Dia tersenyum.

“Wahai rumah, aku tahu yang engkau rasa dan fikirkan. Janganlah terlalu ambil kisah tentang perkara yang telah lepas. Lupakanlah. Cerita itu sudah lama berlalu, bukan? Malah, betul bukan apa yang aku katakan kepadamu, dengan kehadiran dan peristiwa antara kamu dan pemuda itu, menjadikan hubungan kita bertambah erat?”

 

Rumah tunduk ke bumi. Ya, dia akui kata-kata si tukang kayu. Dia menjadi semakin rapat dengan tukang kayu kerana pemuda tersebut. Banyak perubahan hubungannya dengan tukang kayu, makin mengenali dan gembira dengan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.

“Janganlah terlalu ambil hati. Biarlah yang lepas itu berlalu pergi. Hari ini masih ada. Yang pasti, sudah tentu hari ini dan hari seterusnya tidak akan sama dengan hari yang telah berlalu tersebut.”

“Percayalah wahai rumah, aku sendiri pun sudah lihat ada perbezaan pada pemuda itu. Mungkin kali ini lebih baik bicara dan keadaannya berbanding dulu.”

 

Berkelip-kelip mata si rumah. Benarkah?

Tukang kayu hanya tersenyum. Seketika kemudian, dia berlalu pergi.

 

Kedatangan pemuda

Maka, kerana rasa kebaikan dan kemuliaan tukang kayu, rumah itu akur untuk menerima kunjungan dan kedatangan penghuni tetapnya, iaitu si pemuda. Dipersiapkan segala peralatan, persediaan, dan perhiasan. Halaman rumah dibersihkan dan wangi-wangian ditabur sekitar kawasan dalam dan luar diri rumah.

Biar apa-apa pun yang akan berlaku, rumah akan tetap akur dan taat pada pesanan tukang kayu. Kata-kata si tukang kayu benar-benar menusuk dalam jiwa si rumah. Dia memang tidak pernah menipu dan kata-katanya benar-benar berlaku. Paling ketara, hubungan antara rumah dengan tukang kayu makin erat dan rapat. Bertambah mesra kasih sayang antara mereka.

Jadi, biar apa-apa pun keadaan yang akan berlaku, dia terima dan reda. Baginya, tukang kayu lebih daripada segala-galanya. Lebih dia suka dan sayang daripada diri rumah itu sendiri.

 

Akhirnya, si pemuda itu pun kembali. Nampak jauh berjalan. Diperhatikan dari jauh. Dibiarkan sahaja lewat kedatangan pemuda itu menghampiri. Gusar dan terfikir-fikir apakah yang akan berlaku nanti…

 

3 hari telah berlalu.

Sudah seminggu berlalu.

Sudah dua bulan berlalu.

 

Pemuda itu sering kelihatan di sekitar rumah itu. Hari-hari yang berlalu sentiasa dia tersenyum ceria dan ringan tangan mengemas rumah yang dihuninya.

Kadang-kadang dia bercerita kisah burung dan menyanyi-nyanyi dalam rumah. Kadang-kadang ditukar peralatan yang telah rosak dan diganti baru. Jika masih boleh diperbaik, dia akan lakukannya sendiri-sendiri.

 

Dia sering mengemas luar dan dalam rumah. Tak suka dia melihat keadaan rumah yang kotor. Ada saja sampah atau bendasing segera dia membasuh atau menyucinya. Serangga pemusnah turut tidak dibiarkan. Pelbagai racun akan digunakan untuk memusnahkan si perosak daripada merosakkan keadaan rumah.

 

Rumah begitu seronok melihat reaksi baru si pemuda. Terlalu berbeza. Dengan keadaan yang serba baru itu, rumah tidak lekang daripada menghasilkan keceriaan dan kegembiraan kepada pemuda tersebut. Ada sahaja hiburan dan cerita yang disampaikan. Ada sahaja perhiasan dan bunyi-bunyian baru yang direka cipta bagi suasana sentiasa menghiburkan.

Keceriaan dan kegembiraan mereka terjalin. Erat dan kasih sayang antara mereka bagai tak berpisah lagi.

 

Namun, masa terus berganjak. Ada ketika pemuda itu pergi. Dan pemergian pemuda itu memang tak disangka-sangka oleh rumah. Tiada berita disampaikan.

Memang pemuda itu akan kembali setelah tempoh pemergiannya. Tetapi, pemergian itu menyakit perasaan rumah. Mengapa dirasakan kesakitan ini? Dia menduga dan berfikir. Rupanya keinginan dan pengharapan pada pemuda telahbertambah. Bukan macam dulu lagi. Tidak lagi benci dan pahit. Tetapi, kerana suka dan gembira dengan kehadiran dan tindak tanduk si pemuda.

Kata orang, melepaskan yang pahit itu lebih mudah daripada yang disukai. Inilah yang dirasakan oleh rumah, dan rumah terasa sukar untuk menerima kenyataan ini.

 

Pesanan Tukang kayu  

Di kala pemuda itu pergi, dia berasa sepi. Sepi dan sayu. Hilang punca dan kata-kata kerana pemergian pemuda itu.

Kadang kala, tukang kayu akan datang melihat-lihat keadaan rumah. Apabila dilihat si rumah bermuram dan sugul, tukang kayu melontarkan pertanyaan.

“Kenapa berwajah sugul wahai rumah? Apakah yang terjadi?”

Diam sahaja rumah.

 

“Apakah dirimu dirosakkan dan perkara buruk berlaku kepada dirimu?”

Tidak. Rumah menggeleng.

“Habis?”

Rumah masih membisu. Tidak berkata dan menjawab pertanyaan di tukang kayu.

 

Tukang kayu terus memerhati rumah. Dilihat luar dan dalam. Tiada apa-apa yang kurang. Nampak cantik, bersih dan menceriakan.

Lama berfikir, maka tukang kayu faham.

 

“Oh… kamu fikirkan si pemuda, bukan?”

Mata rumah terbuka. Terkedip-kedip. Macamana tukang kayu tahu?

 

Tukang kayu tersenyum. Dia tahu apa yang diharapkan oleh rumah. Kemudian, tukang kayu berkata kepada rumah tersebut.

“Wahai rumah, telah berlalu masa yang panjang. Aku sentiasa memerhatikan perubahan pada dirimu. Aku dapat melihat pelbagai senyuman dan kegembiraan di wajahmu, dengan kehadiran pemuda itu. Aku juga melihat kegusaran dan pudar pada wajahmu, apabila si pemuda itu berlalu pergi.”

“Aku tahu akan perasaan dan harapan. Dan aku juga tahu keinginan dan harapan pemuda itu kepadamu, sebagai tempat yang sentiasa dihuni.”

 

“Wahai rumah, dengarlah pesananku ini. Pemuda itu bukanlah pemuda biasa yang aku temui. Ada kisah dan sesuatu yang aku ketahui dan engaku tidak mengetahui akan pemuda ini. Peninggalan pemuda itu ada maksud tertentu. Dan maksud itu hanya aku yang ketahui.”

“Malah, renggang masa perpisahan antara engkau dan pemuda, agar hubungan kita tidak dilupakan. Masakan tidak! Ramai orang yang aku temui bila sayangkan sesuatu mereka lupakan orang terdahulu. Maka, aku tidak mahu perkara itu berlaku antara kita. Biar kita berterusan mesra dan erat seperti dulu atau lebih baik lagi. Malah, kehadiran dan perubahan yang berlaku antara engkau dengan penghunimu-yakni pemuda- juga untuk semakin menambahkan erat hubungan kita.”

“Oleh itu, kedatangan dan perubahan pada pemuda itu, lihatlah kepada aku, iaitu orang yang menciptakan kamu. Jangan engkau lupakan aku. Kedatangannya mengingatkan kepadaku, pemergiannya juga mengingatkan akan kewujduanku. Aku yang menemukan engaku dan pemuda, aku juga yang mengetahui buruk baik, kini dan masa akan datang antara engkau, wahai rumah dengan si pemuda”.

“Aku juga yang mengajak dan menemukan pemuda itu dengan engkau. Aku juga yang menceritakn kelebihan dan kemudahan yang dia akan peroleh apabila engkau dihuni olehnya.”

“Oleh itu, apabila dia datang dan pergi, sewajarnya makin kuat hubungan dan ingatanmu kepadaku. Sewajarnya engkau sentiasa bertambah terima kasih kerana kurniaanku ini, lebih banyak dan berterima kasih lagi kerana aku memilihmu akan pemuda ini sebagai penghuni.”

 

Terkesima mendengar hujah dan kata-kata si tukang kayu. Tidak dapat dinafikan, dan benar perkara itu yang sebaiknya dan patut dilakukan olehnya dengan si tukang kayu.

Rumah akur dengan pesanan si tukang kayu. Tukang kayu memang seorang yang bijaksana dan lebih hebat dalam segala perkara. Rumah menerima dengan hati terbuka pemergian si pemuda. Kerana, dia tahu. Tukang kayu inginkan terbaik buat dirinya dan hubungan antara mereka. Kedatangan pemuda untuk semakin kuat hubungan dan ingatannya pada tukang kayu, pemergian pemuda membolehkan dia kembali mesra dan menerima perbaik pulih peralatan, kerosakan dan lain-lain yang berlaku dalam dan luar diri si rumah.

———————–

 

Dua versi: jiwa dan jasad.

Kisah rumah, tukang kayu dan pemuda ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua versi. Satu versi ialah jiwa dan satu versi lagi ialah jasad.

Jiwa bermaksud juga yang tersirat daripada kisah. Dan jiwa tidak bergantung pada keadaan realiti, iaitu keadaan jasad. Manakala jasad pula bermaksud yang tersurat daripada kisah. Memerlukan realiti untuk menyatakan kebenaran sesuatu keadaan.

 

Oleh hal demikian, untuk pengajaran kisah yang mempunyai nilai tersendiri ini, daku melihat dan berpegang pada keadaan jiwa. Hal ini kerana tarbiyah Allah s.w.t kepadaku pada keadaan jiwa, bukannya terletak pada keadaan jasad.

 

Semoga kisah ini memberi nilai dan penghayatan pada hari yang baik ini.

 

-:) Selamat ulang tahun kelahiran. Semoga sentiasa dirahmati Allah, sihat dan ceria. Kehadiran, keriuhan dan pelbagai ragam anak-anak menambah kata-kata, luahan emosi gembira dan penambah meriah dalam kehidupan harian.

Jika terlalu sibuk dengan urusan kerjaya atau urusan lain, jangan sampai terganggu dan memudaratkan kesihatan. Sibuk pada kerjaya tidak ke mana. Akan datang lagi lain kali tanpa diduga. Tak akan habis.

Tetapi, kesihatan itu penting. Banyak isu dan urusan hidup tak boleh buat kerana tak sihat.

Memperoleh kesihatan terbaik? Jaga amal (hubungan dengan Allah dan sesama manusia) dan makanan. Insya-Allah akan beroleh kesihatan terbaik.

 

Kuatkan dan sentiasa letakkan keyakinan kepada Allah s.w.t. Walau di mana pun berada, Allah s.w.t sentiasa wujud, memerhatikan dan memelihara hamba-hambaNya. Tanda wujud yakin pada Allah s.w.t ialah sentiasa bersangka baik pada Allah s.w.t. Sentiasa bersangka baik pada Allah, walau ketika ini menghadapi sukar dan payah.

Selain itu, orang yang yakin pada Allah s.w.t juga sentiasa berdoa kepadaNya. Berdoalah ketika senang dan susah. Syukur dan ucapkanlah “Alhamdulillah…” ketika memperoleh sesuatu nikmat dariNya.

Berdoalah juga yang baik-baik buat saudara-saudara yang berjauhan (khususnya kepadaku :)). Doa yang baik untuk orang lain malaikat akan aminkan dan doa itu makbul kembali untuk diri orang yang mendoakan. Biiznillah…

 

Doaku juga,walau di mana pun berada, semoga menjadi hamba Allah mukminah yang baik dan bertakwa. Menjadi orang ikhlash, dan mengasihi semua.

-Kebaikan, kemuliaan itu adalah daripada Allah. Allah meletakkan kemuliaan jika hambanya sentiasa bangun tahajud, bersabar dan menjaga hubungan baik sesama manusia selagi mereka ialah mahram, kaum sejantina dan kerabat kita.

Selamat ulang tahun kelahiran. Tiada noktah hidup, bukan sekadar bilangan masa dan perubahan keadaan.

diri-aka-kebaikan_707ab92a    fui

Kebaikan  memancarkan sinar cahaya.

Cahaya memadam kegelapan.

Kebaikan wujud daripada Allah.

Pencipta cahaya orang yang  melakukan kebaikan.

Kegelapan wujud kerana berpaling daripada cahaya

 Si pemilik cahaya, Allah s.w.t.

(Tak minat kek ising. Banyak sangat gula. Kek Coklat sedap…)

 

-Sekarang ada di usm🙂

– Kebaikan🙂 , terima kasih🙂🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: