Tanda kerosakan umat

Dulu, daku bukanlah satu orang yang mempunyai kemampuan untuk terus bersifat sabar.

Seringkali terkandas. Atas beberapa alasan yang tidak perlu rasanya diutarakan.

Namun, Allah s.w.t telah mengubah kelemahanku ini. Walaupun ada juga perkara yang tak dapat membendung kesabaran, namun hanya sementara. Tidak terlalu kritis sehingga tak mahu bertegur atau bersapa lagi.

Alhamdulillah, terima kasih kepadaMu atas sabarNya diriMu mendidik hambaMu yang lemah ini.

 

************

…….. hari ini sebenarnya masih tiada idea untuk menulis di sini.

Semalam baru pulang dari Terengganu. Menziarahi sanak saudara di sana. Pagi ini baru sampai di tempat belajar untuk meneruskan usaha di sini.

Tambahan lagi, dah makin dekat dengan present VIVA ini, rasa makin kecut perut pula. Sebab dah terlalu lama ditinggalkan bahan bacaan. Tak baca dan fikirkan tentang perkara tesis ini. Mana taknya perut ini rasa makin kecut….

Jadi, tanpa berlengah, daku terus pulang ke sini. Cadang nak buka buku dan but slide. Tetapi, dari pagi sampai sekarang, idea dan tangan ini masih gagal melakukan sebarang pergerakan.

Terasa terganggu minda dan emosi. Entahlah…

 

Oleh itu, daku menulis lah di sini. Saja.

Daku buat apa-apa yang mampu. Kalau satu tak boleh, satu lagi boleh. Tak mahu buang banyak masa.

Jadi, ambil sikit sahaja kesempatan untuk menulis di sini.

 

Hari ini menulis hanya suatu coretan. Tiada satu isu, tiada yang penting untuk disampaikan. (Tadi ada terfikir, tetapi masa tak menginzinkan. Mungkin lain kali, insyaAllah).

 

Umat ini,

Di ambang kerosakan.

Mungkin orang lain tidak perasan akan kerosakan yang berlaku. Sebab mereka tak peduli dan perhatikan terdapat kerosakan yang berlaku tanpa disedari.

Kerosakan ini hanya dapat dikenal pasti sekiranya seseorang itu melihat dengan hati yang bercahaya dengan cahaya Ilahi.

 

Di manakah tanda kerosakan umat ini?

Senang sahaja. Kita ambnil ibrah dari orang yang dikasihi Allah, berdasarkan hadith qudsi ini.

Nabi s.a.w bersabda:

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda : “Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman: “Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya. HambaKu tidak mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang paling Aku sukai dari pada sesuatu yang Aku fardhukan atasnya. HambaKu senantiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnat-sunnat sampai Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku menjadi pandangan yang untuk mendengarnya, penglihatan yang untuk melihatnya, tangan yang untuk menamparnya dan kaki yang untuk berjalan olehnya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar¬benat memberinya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar-benar melindunginya. Dan Aku tidak bimbang terhadap sesuatu yang Aku iakukan seperti kebimbanganKu terhadap jiwa hambaKu yang beriman yang mana ia tidak senang mati sedang Aku tidak senang berbuat buruk terhadapnya”. [Hadits ditakhrij oleh Bukhari].

 

Jadi, tanda kerosakan umat ini dapat dikenal pasti berdasarkan tiga tanda ini.

Pertama: apabila umat ini mula meninggalkan keinginan dan perbuatan yang fardhu. Apakah amalan yang fardhu yang khusus?

  1. Solat. Solat fardhu bukan bermaksud sekadar buat, tetapi buat dengan khusyuk, di awal waktu, tempat diazankan dan secara berjemaah. Sekadar solat orang tak ada iman pun boleh buat.
  2. Amr ma’ruf nahi munkar. Di manakah manusia yang sanggup menyinsing lengan buat perkara ini semata-mata ini perintah Allah dan jalan Nabi s.a.w? Jika ada teringin daku bersama-sama mereka. (Amr ma’ruf nahi munkar… seperti terbyang gambaran tak elok dan pedih. Inilah keadaan kerosakan umat. Sepatutnya gambaran yang diterima ialah seronok dan menimbulkan perasaan belas kasihan dan kasih sayang terhadap orang lain, bukan nak kena cerca dan lain-lain)
  3. Infakkan harta. Orang hanya pandang zakat. Tetapi tak pandang orang yang sepatutnya terima zakat. Zakat hari ini semua orang berikan kepada amil. Ada tak orang yang suka beri terus kepada yang sepatutnya terima zakat, tak perlu kepada wakil atau amil?
  4. Puasa. Hari ni orang puasa bulan Ramadhan sahaja. Tetapi ada oran yang puas makan minum dan nafsu nak makan di bulan Ramadhan sehingga seronok mengerjakan ibadah tambahan seperti tarawikh?
  5. Menunaikan haji. Haji dibuat bila ada kemampuan, sepatutnya amalan dan ibrah haji dah suka buat di saat tiada kemampuan.

 

Kedua: amalan sunat.

Bab amalan sunat ini, nyata dah tak ramai yang sedia nak lakukan. Sibuk pada urusan duniawi, sehingga sunat ini hanya dianggap menambah pahala sahaja. Bukan perbuatan dan keinginan yang tinggi daripada pihak Nabi s.a.w dan para sahabat r.anhum.

Tambah lagi, macam ramai yang nak kata, “Alah, pahala sahaja pun. Bukan ada apa-apa nilai pun.”

Memang dasar tak memahami kepentingan iman dan amal yang soleh.

 

Ketiga:

Tidak pernah mengenali satu sama lain.

Ya…. bab ini antara paling drastik telah berlaku pada umat akhir zaman ini. Nak kenal orang lain macam cakap dengna tunggul besi atau kayu. Pandang pun tidak.

Apatah lagi nak bagi salam kenapa orang yang tidak atau baru dikenali. Sehingga para peniaga (majoriti semua peniaga) dah payah nak kata, “Assalamualaikum”, lebih senang nak kata, “Ya, nak beli apa?”

Memang sukar nak buat bab ais pecah ini. macam-macam rasa dalam diri. Bukannya perkara yang mustahil pun. Sebab dalam facebook, wassup, dan lain-lain sosial internet, banyak kawan yang tidak dikenali.

Ini semua kerana tangan itu lebih cepat menekan laman maya (aka penipu realiti atau dunia fantasi) sehingga takut nak berdepan manusia yang realiti.

 

Hah… ini sikit sahaja hikmah daripada hadith nabi s.a.w untuk tatapan umat akhir zaman. Entah macam mana kalau semua hadith menjadi tatapan dan hikmah umat ini…

 

“Ya Allah… janganlah jadikan kami tergolong dengan golongan kerosakan umat ini. selamat dan lindungilah kami wahai Allah. Kuatkanlah kami untuk terus kekal dalam hidayahMu dan menyampaikan agamaMu.”

Amin.

 

-sabar itu separuh daripada iman. Sabar dengan pelbagai keadaan sebenarnya ada hikmah yang terbaik ingin diberikan hari kemudian. berdoalah. Hati yang berkata Allah itu Maha Mendengar kata-kata…

-Tiada yang melainkan apa-apa yang diketahui olehNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: