Sifat mahmudah: sabar, redha, tawakal

 

Hari ini terlintas nak tulis berkenaan tiga sifat mahmudah, iaitu sabar, redha dan tawakal.

Kalau nak ikutkan, memang banyak lagi sifat mahmudah yang lain. Tetapi, untuk kali ini cukup bagiku mengulas akan ketiga-tiga sifat ini, dan memberi hubungan antara satu sama lain.

Pada kali ini, daku memberi tumpuan ketiga-tiga sifat ini pada keadaan kesukaran untu kmenerima suatu ketetapan Allah s.w.t atau dipanggil mujahadah dalam kesusahan. Daku tidak mengulas dalam bentuk mujahadah dalam kenikmatan. Hal ini kerana mujahadah kesusahan ialah tangga pertama seseorang boleh memiliki sifat mahmudah, iaitu sifat yang  mulia.

 

Sabar

Sabar merupakan sifat mahmudah yang paling umum. Hal ini bermaksud sekiranya seseorang itu ingin berusaha memperoleh sifat mahmudah atau ‘diseru’ untuk memiliki sifat mahmudah yang lain, maka sifat sabar ialah sifat yang utama dan pertama kena dimiliki.

Sabar itu wujud untuk menekan keadaan hawa nafsu. Maksudnya, tidak dinamakan sabar sekiranya tidak bersabar menekan hawa nafsu. Nafsu itu wujud pada dua keadaan, keadaan pertama ialah nafsu marah atau keinginan pada kerosakan manakala keadaan kedua ialah nafsu syahwah atau keinginan kepada kenikmatan.

Jadi, sifat mahmudah menekan kedua-dua keadaan ini. Tidak akan dipanggil memiliki sifat sabar sekiranya nafsu marah dan nafsu syahwat tidak ditekan dan dikawal. Sabar pada nafsu marah sahaja tidak boleh, sabar pada nafsu syahwat sahaja pun tidak boleh. Kedua-duanya kena ditekan, barulah memperoleh sifat sabar.

 

Redha

Redha merupakan tingkatan atau maqam atas pada sifat sabar. Hal ini bermaksud orang yang memiliki sifat redha telah memiliki sifat sabar.

Redha maksudnya (lebih kurang) menerima apa sahaja keadaan yang berlaku, tanpa rungutan atau keluhan. Orang yang redha ialah orang yang menerima apa sahaja keadaan yang Allah s.w.t tetapkan untuknya. Dia bersedia dan menerima ketetapan atau takdir Allah, walaupun perkara tersebut tidak diingini di hati atau langsung tiada keinginan padanya.

Dia melakukan semata-mata perintah Allah s.w.t. Itu sahaja.

 

Orang yang redha bukanlah bermaksud dia tidak berusaha. Orang yang redha tetap melakukan usaha, malah usahanya ialah usaha yang terbaik kerana dia buat untuk menerima ketetapan dan perintah Allah s.w.t. Baginya, apa yang kini Allah telah tetapkan, itulah kehendakNya yang terbaik. Maka, dia berusaha memenuhi kehendak dan ketetapan Allah s.w.t. Keputusan di sebalik usahanya, dia meletakkan kepada Allah s.w.t.

Orang yang redha juga telah menafikan kehendak dirinya. Mengapa dia telah menafikan kehendak dirinya? Kerana dia telah menghadapi susah payah bersabar, sehingga tiada lagi keinginan pada dirinya, melainkan keinginan Allah terhadap dirinya untuk melakukan.

 

Tawakal

Tawakal pula merupakan tingkatan yang lebih tinggi daripada sabar dan redha. Hal ini bermaksud sifat tawakal ialah sifat yang diperoleh setelah mendiami atau memiliki sifat sabar dan redha dalam diri.

Maksud Tawakal di sini ialah berserah 100% kepada Allah s.w.t. Bagi orang yang bertawakal, adalah mustahil dan satu pantang larang apabila tidak berserah kepada Allah s.w.t dalam setiap urusannya. Dia berusaha dan setiap usaha yang dilakukan, Allah s.w.t yang menentukan.

 

Tawakal yang lebih baik apabila seseornag bertawakal pada sebelum usaha dilakukan. Maksudnya, sebelum dia bergerak, dia tahu Allah berkehendka untuknya bergerak. Maka, dia bergerak kerana Allah. Dia makan kerana Allah berkehendak untuknya makan, dan dia berkata-kata kerana Allah berkehendak untuknya berkata-kata.

Dia bergerak atau buat aktiviti yang sangat bermanfaat. Dia tidak melakukan sesuatu perkara yang sia-sia, kerana Allah sentiasa menyeru untuk menggunakan masa dengan perkara yang bermanfaat sebaik-baiknya.

 

Dengan keadaan begini, orang yang bertawakal ialah orang yang buat kerana diyakini atau disangka baik Allah berkehendak untuknya melakukan. Jika wujud ada kepentingan nafsu yang harus (seperti makan nasi tambah dua kali –sebab sedap-) maka dia tahu itu ialah kehendak dirinya, bukan kehendak Allah s.w.t. Maka, dia sedar itu kesalahan dirinya dan dia mohon ampun atas lemahnya dia yang Allah diciptakan. Dia cuba berusaha menurut kehendak Allah, menurut kemampuan yang boleh dia melakukan.

 

Orang yang bertawakal berusaha kerana Allah, dan keputusan usahanya dia serahkan kepada Allah s.w.t.

 

Hubungan antara sabar, redha dan tawakal.

Berkenaan hubungan ketiga-tiga sifat mahmudah ini, daku tegaskan di sini bahawa ketiga-tiga sifat ini tidak boleh berkeadaan dimiliki sekaligus. Ia kena melalui suatu laluan mujahadah. Setiap satu sifat ini akan dimiliki setelah sifat pertama dulu telah dimiliki.

Tidak akan jadi sifat redha jika tidak memiliki sifat sabar. Tidak akan jadi orang bertawakal jika tidak ada redha atau sabar. Orang yang bersabar ada potensi memiliki sifat redha, orang redha berpotensi memiliki sifat tawakal dan telah memiliki sifat sabar.

 

Pada suatu keadaan, mungkin seseorang yang memiliki sifat redha merasakan masih tidak sempurna sifat sabar yang wujud pada dirinya. Keadaan itu lumrah akan berlaku dan  Allah s.w.t akan betulkan sifat sabar tersebut dengan memberikan pelbagai ujian, pada ketika yang sama dia sedang berusaha untuk memiliki sifat redha dalam setiap amalan kehidupan.

Wallahua’lam.

 

-satu perkara yang penting di sini, setiap sifat yang dimiliki menunjukkan suatu peristiwa atau sketsa kehidupan telah dilalui. Sifat-sifat yang diceritakan di sini bukan daripada teori atau cerita buku, tetapi atas suatu pengalaman atau ujian yang perlu ditempuhi pada setiap saban waktu.

 

shame article-2605095-0ECECC4500000578-749_634x326smiley. Segala sesuatu, terima kasih. Moga Allah sentiasa bersama, ceria dan dirahmati olehNya sentiasa

 

Minggu ini dan minggu depan daku agak sibuk. Pelbagai perkara nak kena diuruskan.

Agak merisaukan terutama untuk cover present nanti. Jadi, daku kena buat persiapan awal. Hal ini kerana, dalam masa yang sama daku juga nak kena pantau hal lain seperti syarikat, keluarga, dakwah dan lain-lain lagi.

Sukar nak bagi masa utk minggu ini dan minggu depan dengan baik.

 

Doakan daku semuanya dapat diusahakan yang terbaik. Agak terencat dan sukar sikit masa nak buat atas semua perkara ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: