Ketetapan Allah…

Telah menjadi ketetapanNya.

Ingin dipunggir, rasanya menjadi tidak kena.

Cuma, menjadi harapan, biarlah perkara yang telah di dalam takdir dan kehendakNya, mampu untukku uruskan dengan beroleh hasil yang sebaik-baiknya.

Setelah masa yang diriku ada, diberikan kepadaNya,

Daku sedar banyak tugasan dan tanggungjawab tanpa dijangka yang datang secara tiba-tiba.

Lebih daripada yang dijangka. Rancang sebegini tetapi yang berlaku sebegini.

 

Mungkin orang lain boleh meletakkan cadangan itu ini, atau berikan usul sebegini,

Tetapi jika Allah berkehendak sebaliknya, maka usul itu tidak akan menjadi.

 

Sebagai manusia, bukannya daku tidak ingin meletakkan perancangan yang memberi kemudahan, selesa dan rasa relaks. Sentiasa di hati ini berhajat kepada keadaan tersebut.

Tetapi, ada dua perkara yang menjadi halangan untukku rasa lebih senang meraih perkara tersebut.

Pertama, keinginan di hati.

Kedua, tujuan melakukan sesuatu perkara.

 

Tujuan hati

Hati atau jantung ialah pusat bagi semua urusan badan. Hati juga menjadi ketua yang menyatakan kehendak seterusnya menghasilkan keputusan. Keputusan hati tidak semuanya tepat dan terbaik. Kerana ia ada pengaruh nafsu atau bisikan-bisikan.

Kerana itu keputusan hati ini berbolak balik. Tidak tetap.

 

Tetapi, hati yang telah ada Allah, maka Allah akan ambil tanggungjawab untuk tetapkan keputusan hati. Hati yang berbolak balik tetap wujud, tetapi kehendak Allah melawan ke’bolak balik’an hati tersebut.

Hati kata ingin pergi jalan B, tetapi dengan kehendak Allah, jalan B tidak dapat pergi sebab sakit, musibah atau lain-lain perkara yang menghalang, sehingga dia terpaksa pergi ke jalan A.

 

Dalam memahami kehendak dan tujuan hati, ia bukan perkara yang mudah.

Mujahadah menekan nafsu, menekan keinginan diri, melalui jalan Allah,

Allah memancarkan petunjuk untukku meraih tujuan hati.

 

Apabila tujuan hati menjadi tujuan Allah,

Maka Allah mengambil masa si hamba dan meletakkan tanggungjawab yang dikehendaki olehNya.

Perkara yang di luar kehendak dan perancangan manusia, menjadi perkara yang perlu dilakukan olehnya. Beban untuk sesama manusia dan agamaNya, menjadi motif atau misi utama.

 

Oleh hal demikian, hati ini telah meletakkan tujuan untuk Allah s.w.t. Maka, nak tak nak, diri ini terpaksa bersedia dengan sebarang tanggungjawab yang dibebankan olehNya. Walaupun nampak dan rasa berat, tetapi tanggungjawab itu sebenarnya ialah menurut kemampuanku. Tidak akan dibebankan dengan sesuatu, melainkan menurut kemampuan orang tersebut.

Ujian…. sudah tentu terasa berat dan terbeban.

 

Tujuan melakukan sesuatu perkara

Tujuan di sini menjelaskan matlamat sesuatu perkara itu dilakukan.

Misalnya begini. Seseorang bekerja sudah tentu untuk dapat gaji. Mana ada orang yang bekerja dan bagi masa semata-mata kerana majikan, tidak mahu apa-apa elaun atau imbuhan.

Maka, matlamat dan tujuan kerja untuk gaji atau imbuhan.

 

Begitu juga bagiku. Setelah mengenali jalan dan tujuan hati,

Maka tujuan setiap perkara telah dilakukan keranaNya.

Walaupun perkara itu sudah tentu tidak melebihi atau memberi kelebihan kepadaku, sekiranya ini kehendak Allah, maka daku sanggup melakukan walaupun keadaan itu sukar dan payah.

Walaupun nampak di mata kasar kehendak Allah itu hanya suatu beban tiada keuntungan, tetapi sebenarnya di situlah pertolongan dan bantuan Allah. Dalam bebanan tersebut, wujud pertolonganNya, di saat yang daku dalam keadaan benar-benar memerlukan.

 

Jadi, nak tak nak, daku kena banyak bersabar untuk melakukan sesuatu perkara. Kelak, insya-Allah pertolongan Allah sentiasa datang.

Doakan yang terbaik dan kelapangan untukku. Moga Allah memudahkan setiap urusan.

Insya-Allah…

 

(Bagaimana dikenali itu kehendak Allah? Sesuatu perkara itu dikenali kehendak Allah apabila didoakan. Jika Allah ingin kebaikan, maka sudah tentu perkara itu berterusan. Jika bukan kehendakNya, maka dia akan menghalang dengan pelbagai perkara sehingga perkara itu terputus daripada terus dilakukan.)

 

-baru-baru ini seorang kenalan telah pun meninggal dunia. Baru semalam. Al-Fatihah untuk beliau. Moga Allah berikan yang terbaik untuk beliau di sana. Moga bantuan Allah sentiasa merahmati ahli keluarganya.

-sebahagian urusan telah ada bantuan. Alhamdulillah…

 

-tak sempat nak menulis. Banyak perkara nak kena handle. Satu persatu nak kena selia.

Baru balik dari kulaa lumpur. Sana ada perhimpunan jemaah. Dorongan ulama atas maksud untuk tingkatkan usaha dalam Malaysia.

 

-Serabut kepala ini.. Macam-macma kena uruskan. Moga Allah mudahkan urusan…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: