Pekerja Allah model ummah

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 

Pada hari ini, alhamdulillah, Allah s.w.t memberikan daku sedikit kelapangan untuk menulis di sini. Sempena hari yang baik ini, amat baik daku menulis dan terbitkan di laman ini.

Tambahan lagi, esok sudah tentu daku tak akan boleh langsung nak menulis di sini. Beban dan tumpuan kepada VIVA, membuatkan daku tak mampu untuk melihat, apatah lagi  menulis di sini.

Rasanya tak ada apa-apa fokus isu atau topik tertentu nak menulis di sini. Sekadar berkongsi dan renungan bersama sahaja.

Minggu ini dan minggu lepas, jadual dan masa yang daku ada agak padat. Pelbagai ehwal nak kena selia, sehingga daku tak dapat bagi masa untuk terus menulis. Ketiadaan kesempatan waktu itu memang terasa bebanannya, sehingga terasa sangat rugi jika tiba-tiba tertidur atau buat urusan yang buat sepatutunya.

Sebegitupun, daku sedar yang daku kena menerima hakikat ini. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t telah membuat pilihan untuk menjadikan seseorang itu atas laluan para pekerjaNya, atau DaieNya, maka bebanan tanggungjawab dan keadaan yang diterima pasti berbeza daripada orang lain.

 

Masa mereka sentiasa terisi. Kehidupan mereka seperti kehidupan para Nabi. Sibuk dengan agama, sibuk dengan fikir atas agamaNya, dan fikir risau atas orang lain disebabkan agamaNya.

Mereka inilah golongan yang pasti untuk mencintai atau mengasihi seseorang itu kerana Allah s.w.t, dan membenci seseorang itu kerana Allah s.w.t. Sebab apa? Kerana hari-hari sibuk atau berjumpa manusia kerana Allah. Mereka yang suka atau inginkan petunjukNya, maka pada pekerjaNya lagi suka untuk berjumpa atau memberikan panduan kepada hamba Allah ini. Sebaliknya, orang yang hanya suka nak berdebat atau nak bertegang urat tentang perkara agamaNya, mereka berusaha untuk hindarkan kerana hanya salah satu perbuatan yang sia-sia. Bukan mereka mampu ubah persepsi orang itu pun. Bertegang urat bukan mencari jalan penyelesaian, hanya satu luahan emosi atau pandangan yang kosong daripada penyelesaian.

 

Alhamdulillah, sehingga kini, Allah s.w.t memilihku melalui jalan ini. Kepada orang yang tidak melalui, mungkin mereka tidak perasan atau kenal apakah perbezaan seorang yang berkerja keranaNya dengan orang lain atau sesuatu pertubuhan bergerak membawa mesej Islam.

Perbezaan pekerja Allah (bekerja untuk Allah) dengan berkerja utnuk manusia atau bekerja untuk kepentingan peribadi terlalu berbeza. Perbezaan paling ketara, mereka fikir dan yakin hanya untuk Allah. Harta dan masa mereka banyak dihabiskan untuk ibadah (pelbagai ibadah) dan di jalanNya. Cakap mereka cakap Allah, Nabi dan agamaNYa. Mereka tak pandai buat perkara sia-sia atau buang masa. Matlamat hidup bukan mengumpul harta, manusia, dan orang, tetapi mengumpul manusia beriman dan bertauhid benar kepadaNYa.

 

Walaupun sibuk dengan tugas dan  kerja untuk Allah, mereka tetap hidup dan berkeadan seperti orang lain. Ada yang berkerja, ada yang berkeluarga, ada yang berkenderaan, ada yang menjadi usahawan.

Seperti para Nabi a.s. Bukan hanya berdakwah sehingga tiada keluarga, kerjaya dan lain-lain.

 

Hal ini kerana dalam ketetapan Allah, para pekerjaNya ialah teladan atau model kepada ummah. Ummah akan berubah apabila adanya pekerja Allah yang terus berkerja untukNya. Mereka ibarat suis utama. Jika suis utama tak hidup, maka lampu, kipas, tv, komputer dan lain-lain tak boleh dihidupkan. Apabila suis utama hidup, barulah benda-benda yang lain dapat dihidupkan.

Apabila telah menjadi model kepada ummah, maka ummah akan buat seperti mana mereka lakukan. Mereka tetap berusaha atas keperluan duniawi, tetapi maksudnya untuk ukhrawi. Mereka mengajak seluruh ummah fikir risau dan terlibat sekali. Belajar bagaimana untuk perkara dunia untuk akhirat, bukannya perkara agama untuk dunia. Mereka akan bimbing ummat ini kembali atas jalan yang diredhaiNya dan sunnah NabiNya, bukannya jalan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan duniawi.

 

Mereka berusaha supaya ummah ini berubah, kenal Allah dan terselamat daripada hiruk pikuk di akhirat kelak. Oleh hal demikian, sudah pasti tugas dan masa para Daie Allah itu padat. Sekalipun padat dengan pelbagai aktiviti nak kena handle demi seluruh bentuk dan keadaan ummat, Allah tetap memberikan keberkatan dalam urusan kehidupan. Anak dipelihara, keluarga baik dan bahagia, kesihatan terjamin, dan keperluan dipenuhi.

Allah memelihara keadaan yang mereka tidak mampu untuk uruskan. Para pekerja Allah melakukan apa yang termampu, Allah melakukan keadaan yang mereka tidak mampu.

 

-Selamat hari lahir Irfan. Sudah empat tahun genap kelahiranmu. Pelbagai kisah dan ragam sehingga kini, moga menjadi tarbiyah buatmu menjadi anak yang soleh.

Walaupun tak pernah berjumpa, semoga Allah memelihara dirimu dan kehidupanmu, berbeza dan jauh dari angan-angan yang akan binasa. Belajar menyebut Allah dan al-Quran, yang sebutannya kekal dari buaian sehingga liang lahad untuk keseorangan.

 Untitled

 

-Esok VIVA pukul 11 pagi di IPS. Doakan ya… Doa moga Allah s.w.t bagi kemudahan, lulus cemerlang dan lancar percakapan dan menambah kefahaman. Amin..

-Daku sudah dan cuba berusaha apa yang termampu. Berharap untuk esok yang terbaik dapat daku lakukan.Dua tahun lebih telah melalui jalan ini. Jalan yang panjang untuk belajar, menelaah, mengkaji, dan berkembang sehingga mampu sampaikan kepada orang lain kini.

Ya Allah… permudahkan dan kurniakan kecemerlangan kepadaku atau ujianmu ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: