Pekerja Allah.. hikmah di atas medan ini

Hikmah… jalan yang tidak sama

 

Huuhh… satu lepasan jiwa dirasakan.

Lepasan slowly menenangkan keadaan kekusutan yang ada.

Pasti ada jalan yang indah di sebalik belukar atau pokok yang jatuh tumbang di tengah jalan raya..

 

Tempoh hari, alhamdulillah.. selesai untuk diperiksa.

Namun, kata sepakat tidak bersetuju untuk kata lepas daripada pemeriksaan ini. Perlu melakukan suatu perubahan agar kata lepas boleh diberi.

 

Melihat kepada situasi ini,

Daku nak kata berat nak terima, ya sudah tentu berat… Jangka masa yang lama meneliti dan mengkaji, kemudian pencapaian begini untuk hal ini,tak mungkin dapat diterima akan keputusan sebaliknya.

Nak kata ambil ringan atau tak mengapa, daku rasa mustahil pula. Sebab pengorbanan masa menulis dan mengumpul data serta lain-lain, dikira-kira tak mungkin daku nak terima kata sepakat itu dengan mudah pula.

 

Jadi, daku ambil hikmah. Hikmah atau ketentuan itu milik Allah. Dia mengetahui di sebalik dan setiap peristiwa.

 

Hikmah Allah

Mustahil Allah tidak mendengar. Mustahil juga Allah s.w.t itu tidak melihat.

Sudah tentu Allah itu mendengar dan sudah tentu Allah s.w.t itu Maha Melihat.

 

Cuma, dalam ketentuan dan kehendak Dia, Dia ingin menentukan sebaliknya. Sebab….

Allah s.w.t sebaik-baik pemberi, dan Dia juga sebaik-baik yang menentukan.

 

Sebagai manusia yang berkerja denganNya, lagi mustahil Dia tidak mengetahui kehendak dan ketentuan yang terbaik untuk para pekerjaNya. Malah, daku sendiri telah melalui suatu proses tarbiyah yang panjang dan amalan yang berbeza, setelah melalui jalan ini. Tambahan lagi, daku sentiasa sedar jalan yang Allah bina lebih baik daripada jalan yang daku lalui atau rancang sendiri.

Jadi, memang tinggi ujian kali ini. Maka, lebih besar hikmah ketentuan Allah untuk ku ini.

Peristiwa yang berlaku tempoh hari bagai lakonan sahaja. Bukannya daku tidak berusaha, bukan juga daku berserah macam itu sahaja. Ada maksud dan kehendakNya. Sebab daku dan semua orang dah doakan yang terbaik akan daku terima, daripada keputusan kata sepakat pemeriksaan ini.

 

Tetapi,

Kehendak Allah itu berbeza. Dia berkehendak pada ketika itu sebaliknya.

Biarpun seluruh makhluk inginkan daku berjaya, jika Allah berkehendak daku tak berjaya, maka daku tidak berjaya. Biarpun seluruh makhluk berkehendak daku tidak berjaya, jika Allah kata daku berjaya maka daku berjaya.

Daku terima kehendak Allah s.w.t ini. Redha dengan ketentuan dan kata sepakat yang diterima. Redha dengan keadaan ini.

 

Menjadi pekerja Allah

Sebenarnya, menjadi pekerja Allah ini bukanlah suatu tanggapan biasa. Ia perlu dianggap luar daripada biasa.

Pekerja Allah tidak hanya sekadar tanggungjawab untuk berdakwah. Tetapi seluruh hidup itu melambangkan pekerja Allah.

Pekerja Allah telah diambil tanggungjawab oleh Allah akan masa mereka. Bukan sahaja masa, fikir risau, gerakan anggota, niat dan lain-lain menjadi perhatian dan tanggungjawab serta ada kehendak Allah s.w.t.

Selain itu, pekerja Allah juga kena faham suatu istilah. Iaitu, ujian itu suatu lumrah. Tiada atau tak rasa ujian bermaksud ada yang tak kena dengan usaha kerja denganNya.

 

 

Pekerja Allah: medan universiti

Ulama bagitahu,

Daie ini perlu ada dua sifat:

  1. sabar
  2. Tahan diuji

Daku masukkan sifat ketiga, iaitu

Tak putus asa.

 

Daku tak putus asa dengan keputusan ini. Itu hanya suatu keputusan. Banyak keputusan lain yang daku terima, lebih pelik daripada keputusan ini.

Daku tetap ingin meneruskan tapakku di sini. Bukan tapak kaki. Tapi tapak untuk kajian diterima dan dimasukkan dalam standard universiti.

Bagiku,

biarpun ruang universiti ini tak luas dan sedikit, yang tak luas dan sedikit itulah daku pilih. Daku ingin letakkan nama dan kajianku dalam standard ini.
Kerana, ruang yang sempit itu ada nilai. Dan, nilai itu bagiku untuk memberi sumbangan kepada ummat itu tinggi.

 

Daku tak nilai untuk ruang universiti ini sahaja. Tetapi, menilai ruang universiti di seluruh dunia.

Tetapi, Kajianku akan diterima jika universiti ini menerima. Bila universiti ini terima, baru universiti lain akan terima.

Seluruh dunia akan terjemah kajianku.Seluruh dunia kenal nilai yang daku ingin ketengahkan daripada hasil kajianku.

Tetapi, malangnya banyak kekurangan. Perlu diperbaiki. Jadi, tak boleh lepas lagi. Dan sudah tentu kajianku yang tak diterima oleh univerisiti lain, dan gagal memberi sumbangan kepada umat ini.

 

Bukan sekadar kertas! 

Kajian si pekerja ALlah bukan sekadar kertas. Bukan sekadar merangkul kembali sekeping kertas.

Hal ini kerana, sekeping kertas itu suatu yang biasa. Semua orang boleh buat dan semua orang mampu menerima. Sedangkan para pekerja Allah ini memang kena melalui jalan yang luar biasa, dan perlu lakukan sesuatu luar daripada biasa.

Hal yang biasa itu, kadang-kadang banyak yang menjadi sia-sia.

Daku tak berminat untuk perkara yang sia-sia. Buat perkara sia-sia bukan tabiat para pekerja Allah.

 

Kajianku ialah benda yang bermanfaat. Terlalu banyak manfaat.

Dan, manfaat itu daku tak tanam hanya pada diriku sendiri. Daku nak sumbang kepada orang lain.

Jadi, cara menyumbang kepada ahli akademik dalam medan yang sempit tetapi bernilai ini ialah

melalui jalan karya kajianku diterima dan diterbitkan atas nama ilmiah.

 

Daku sahut cabaran ini. Daku ingin kertas itu sangat bermanfaat kerana lahir dari tempat yang sempit yang bernilai tinggi ini.

Sedia untuk perbaiki kekurangan yang ada. Buat apa simpan yang kurang, sedangkan kelak orang lain tak mahu baca dan terima.

 

INsya-Allah.

Dua tahun mencapai kata sepakat itu, bukan suatu ketentuan rasmi. Hanya suatu halangan, kerana Dia berkata dan berkehendak,

“Ada sesuatu yang perlu diperbaiki… Dengan cara yang Aku kehendaki…”

 

 

Kehendak Allah

Tiada siapa yang tahu

Tetapi, itulah yang terbaik

Jika mampu fikir dan tahu

 

-dah ‘masak’…🙂

 

Diri,

Janganlah terlalu gelisah. Jangan terlalu risau.

Daku tak ada apa-apa. Biasa-biasa sahaja.

 

Cuma, daku akui banyak kekurangan pada penulisan tesis terdahulu.

Terlalu banyak. Jika benar ikut standard, daku sendiri akui tak boleh lepas.

 

Tetapi, daku tak tahu pun akan perkara ini dulu. Dalam setiap rujukan yang diperhati, tak terbayang ada yang rosak dan terkurang pada bahagian ini.

Rakan dan teman yang memerhati, juga tidak menyatakan atau koreksi pada bahagian ini.

Tetapi, apabila dibentangkan, perkara ini terlalu jelas sekali.

 

Seperti yang diketahui,

Penyelia sahaja yang pegang tanggungjawab untuk memeriksa kajian itu secara mendalam. Tiada orang lain yang boleh melihat seperti penyelia atau bersedia menyemak seperti penyelia.

 

Bagiku,

Ini masalah besar.

Bagaimana ingin dikenal pasti kekurangan, sekiranya seorang sahaja yang berkuasa untuk menyemak dan memberi masa, sedangkan daku memerlukan lebih seorang untuk melihat jika ada kekurangan yang tidak dikenalpasti di mana-mana.

Malah,

Manusia bukanlah tuhan. Mereka bukanlah sempurna.  Oleh hal demikian, manusia perlu berkerjasama. Tetapi Tuhan tidak memerlukan kerjasama.

 

Mungkin ada yang berkata, dua kepala (pemikiran) lain cita rasa. Benar.. tetapi sekiranya dua kepala ini mampu diraih dan disatukan hati mereka, betapa banyak kejayaan besar boleh dirangkul bersama.

Bukankah raja itu ialah hati? Akal hanyalah menteri.

Jika dapat dirangkul hati, maka menteri akan membantu dan membentuk kerajaan yang lebih baik lagi.

Sebab lain, dalam perjalanan ini, daku akui,

Daku memerlukan guru. Bukan guru untuk membantuku menyiapkan sebuah tesis, tetapi guru yang membantuku mengenal erti sebuah tesis. Bukan guru yang membantuku untuk menghasilkan banyak buku, tetapi guru yang mengajarku erti menghasilkan sebuah buku.

 

Daku bukannya sempurna, boleh meraih dan mengetahui semua perkara. Ada perkara yang beroleh melalui membaca, ada perkara yang memerlukan bantuan guru untuk mengajar akan sesuatu perkara.

Jika boleh, daku memerlukan mereka. Memerlukan perhatian dan tunjuk ajar, agar boleh daku berubah menjadi lebih baik.

 

Jangan terlalu runsing dan sedih ya… nanti memudaratkan kesihatan. Jangan sedih ya…

Senyum sikit.. Nak lihat daku senyum ke?

gambar-lucu-bikin-senyum-dan-ketawa-71

 

Nak ketawa pula?

laughingbaby

 

hehehe🙂

hqdefault

Senyum ya article-2605095-0ECECC4500000578-749_634x326

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: