Takdir: manifestasi kehidupan

Entahlah. Daku rasa daku tak pandai lah nak becerita atau menyamgpaikan di laman ini perkara selain daripada topik yang dinyatakan.

Bukan sebab dah biasa, tetapi sebab dalam kepala ini benda-benda inilah yang sentiasa difikirkan.

Daku bukan menulis di sini mengambil masa yang lama. Hanya dalam tempoh sejam, daku sudah mampu siapkan satu artikel. Insya-Allah

Maka, sukar untukku ‘set’kan menulis satu artikel mengambi masa yang lama. Kerana banyak tugasa lain yang daku nak usahakan. Pelbagai… hanya dalam aspek menulis ada dua tiga perkara yang perlu diselia dalam sehari.

Cuma, tak adalah semua benda yang ditulis tersebut disampaikan di sini.

 

Ok lah… untukku kali ini sekadar renungan bersama. Renungan rohani.

Dalam jangka waktu manusia hidup di dunia ini,

Banyak manusia yang lupa akan perihal takdir. Bagaimana ia bertindak dan apakah yang perlu diyakini di sebalik istilah takdir.

Disebabkan takdir itu adalah urusan mutlak milik Allah, maka manusia hanya boleh membuat andaian pada takdir berdasarkan ilmu dan kefahaman yang dimiliki.

Nak kata semua yang dikatakan tentang takdir itu betul pun tidak. Nak dikatakan semua itu salah pun tidak. Sebab urusan takdir setiap manusia tidak sama. Hanya pemilik sahaja yang sama.

 

Jadi, di sini daku ingin memberi penjelasan pada bab takdir sekadar yang daku fahami. Insya-Allah

  1. Takdir ini ialah ketentuan. Maksudnya, Allah yang telah meletakkan ketentuan. Apabila Allah telah meletakkan ketentuan, maka manusia tidak dapat mengatasinya.
  2. Takdir itu dalam rahsia Allah. Manusia hanya boleh membuat andaian atau ramalan, tetapi tiada siapa pun tahu kebenarannya. Seperti urusan kiamat. Mana ada manusia tahu bilakah akan berlakunya
  3. Manusia hanya merancang. Takdir atau ketentuan Allah yang menentukan. Perancangan manusia pun dalam takdir Allah. Hanya dalam ketetapan Allah, manusia itu ada pilihan. Jika manusia piih pilihan yang baik, maka perancangannya yang dalam takdir Allah akan menjadi baik. Jika manusia pilih pilihan buruk, maka perancangannya yang dalam pengetahuan dan takdir akan menjadi buruk.
  4. Takdir tidak menentukan niat. Niat inilah yang menyebabkan manusia itu dihisab. Jika manusia tidak ada niat, maka manusia tidak dihisab.

Tentang perkara niat sehingga ke perbuatan, ulama menjelaskan ada tujuh atau lima (lupa) peringkat.

Pertama, lintasan. Sekadar lintasan maka amal tersebut  tidak dihisab. Kedua ialah nafs atau keinginan. Dengan keinginan niat akan mula dihisab. Ketiga fikiran. Fikiran itu menjelaskan erti merancang. Keempat ialah syak, iaitu 50% niat akan dijadikan amalan. Kelima iltizam, iaitu lebih 50% perkara tersebut menjadi amalan. Akhir (mungkin ada sebelum itu, terlupa) sekali ialah amalan.

Jadi, takdir tak menentukan niat. Niat datang dari dalam diri sendiri. Sebab itulah manusia akan dihisab sebab mereka ada niat. Niat yang melebihi tahap lintasan. Kalau tak silap, niat pada peringkat kedua sudah direkod sebagai dosa. Wallahua’lam.

5. Ada dua jenis manusia dalam urusan takdir Allah. Pertama manusia yang takdir Allah di hadapannya. Maksudnya, dia bergerak atas takdir. Dia tiada pilihan untuk melawan takdir. Kedua, manusia yang bergerak seiring dengan ketentuan takdir. Maksudnya, pilihan ia ada, dan takdir bersama dengan pilihannya.

Sebegitupun, kedua-dua golongan ini tetap akan dihisab, disebabkan niat yang mereka ada, luar dalam pentadbiran takdir Allah. Namun, orang pertama jika amalannya lawan takdir yang berada di hadapannya, maka mereka akan gagal dan tak dapat hasil. Jika ikut, maka mereka akan dapat hasil. Orang kedua, gagal atau berjaya bersama pilihan mereka. Takdir berjalan bersama usaha dan perancangan mereka.

 

Wallahua’lam. Minta maaf  jika pening kepala baca artikel beyond of knowledge ini.

 

 

-Kebaikan🙂,  Terima kasih ya🙂🙂🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: