Fikir risau dan jazbah

Baru-baru ini daku ke Kuala Lumpur. Atas urusan university.

Jadi, terlalu sibuk waktu tersebut, sehingga tidak punya kesempatan untuk menulis di sini.

Alhamdulillah, kini sudah berada di Pulau Pinang. Mungkin esok ingin pulang ke rumah pula.

Beginilah usaha dan gerakanku saban hari. Jarang daku berhenti.

Kadang-kadang rasa macam-macam juga. Terutama sekali, daku bimbang jika ada yang daku buat itu bukannya benar, hanya ikut keinginan sendiri dan hanya membawa kesusahan yang tiada hasil.

 

Entahlah… yang daku tahu ialah hanya terus bergerak sahaja.

 

Antara semangat dan fikir risau

Di Kuala Lumpur, daku sempat bertemu beberapa orang teman seperjuangan. Bersapa, bercerita dan berkenalan, dalam masa yang singkat bagai telah kenal lama dalam kehidupan ini.

Inilah nilai apabila ada fikir dan pembentukan minda serta hati yang pada keinginan yang sama. Dirasakn bagai tiada perbezaan antara kami, walaupun lain tempat, usia dan bidang.

 

Jika semua manusia faham dan menerima akan kelebihan ini, nescaya semua orang untung dan tiada yang rugi. Namun, disebabkan fikir risau akan agamaNya adalah milikNya dan dalam ketentuanNya untuk diberikan kepada sesiapa yang Dia suka, maka daku tak mampu nak berikan kefahaman dan nilai ini kepada orang lain.

Jika niat seseorang itu betul, keinginannya pun betul dan pergerakannya pun betul, nescaya dia mampu memahami dan mengenali akan nilai yang dimaksudkan ini.

 

Ketika pertemua tersebut, dinyatakan akan kemampuan pada seseorang untuk cuba berusaha melakukan sesuatu perkara.

Pertama ialah fikir risau. Fikir ialah bergerak daripada otak. Otak yang berfikir akan membawa kepada pergerakan. Ya, secara lumrahnya otak akan membuatkan tubuh se;ari untuk melakukan. Jika otak sahaja berfikir tanpa melakukan, maka tidak sempurna penciptaan manusia tersebut kerana adanya perbezaan antara lintasan tersebut.

Oleh itu, sepatutnya dengan adanya fikir dan risau, maka makin banyak tugasan dan kerja yang dia perlu lakukan. Tidak cukup satu, dua atau tiga tugasan dia akan lakukan dalam masa yang sama.

 

Perkara kedua ialah jazbah atau semangat.

Semangat datangnya daripada perasaan yang sejahtera. Semangat menjadikaan perasaan ini terasa berkuasa sehingga mudah untuk melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan.

Tetapi, jika tiada semangat, kerja yang mudah pun akan jadi susah. Orang tengok pun pelik. Benda mudah, tapi itu pun tak boleh nak buat. Sebab apa? Tiada semangat. Ringkasnya, malas.

 

Korelasi antara semangat (jazbah) dan fikir risau.

Untuk menjadi maju dalam sesuatu usaha, maka kedua-dua ini perlu wujud dalam diri manusia.

Yang paling utama ialah fikir risau atau otak yang sentiasa berfikir. Otak ini sentiasa memancarkan idea atau memikirkan persoalan berkenaan tugasan yang diberikan.

Seterusnya ialah semangat. Semangat ini bagai pendorong untuk terus bergerak akan apa yang difikirkan. Dengan adanya semangat, benda yang difikirkan itu akan dilakukan sebaik mungkin. Tidak sekadar untuk cepat siap.

 

Bagaimana jika ada semangat tetapi kurang fikir risau?

Maka, jawapannya ialah entah bika kerja yang nak kena buat itu akan siap. Sebab bila ada semangat baru nak buat. Persoalannya, bilakah  semangat itu akan datang? Bolehkah semangat itu kekal berpanjangan?

Kena sedar, semangat itu lebih cepat hilang dari mudah nak datang.

 

Halangan

Antara dua perkara utama yang menggerakkan sesuatu perbuatan, terdapat halangan yang menghalang perbuatan tersebut dari terus dilakukan.

Apakah ia? Halangan tersebut ialah nafsu atau keinginan diri yang diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya.

 

Nafsu ini memang halangan yang terlau sukar untuk dikawal. Dia selalu melancarkan serangan apabila seseorang itu lalai dan leka dalam hidupnya.

Malah, idea serangan nafsu ini pula banyak. Pebagai aspek yang dia boleh jadiakn sebagai batu penghalang, sehinga tugasa yang perlu dilakukan itu tidak mencapai matlamatnya.

 

Jadi, untuk mengatasi masalah nafsu ini, nak tak nak segala benda yang diingini dalm diri seseorang itu, tetapi berada di tempat yang tidak selayaknya, perlu dihindarkan.

Minat main internet? Tutup wayarles, tekan diri sampai habis kerja baru buka.

Minat lihat sesuatu blog? Tutup blog tersebut. Tahan keinginan untuk terus melihat sampai masa yang tak buat kerja

Bencikan sesuatu? Jangan pergi ke tempat yang dibenci itu. Disebabkan tak boleh kawal untuk selalu fikir perkara dibenci, maka elakkan dengan buat atau fikir perkara yang disukai.

Suka sangat pada makanan? Maka kena puasa dan limitkan mulut dan tangan dari gatal cari makan. Bila beli makanan di kedai, beli sekadar untuk waktu tersebut. Dan, beli lebih tetapi niat nak bagi kepada orang lain.

 

Pendek kata, nak tekan dan mengatasi nafsu, memang kena mujahadah buat perkara yang tidak disukainya. Buat sampai perkara itu sebati, dan nafsu itu mengalah tak lagi terdesak nak hal itu semua.

Wallahua’lam.

 

Sungguh… apabila penat dan berada dalam keadaan sukar di atas tugasan yang terpaksa difikir dan dilakukan, maka ketika itu memang terasa,

Semangat atau jazbah atau pendorong amat-amat diperlukan…

 

Doa… moga Allah sentiasa merahmati dan memudahkan urusan…

 

-sepatutnya nak tulis pagi tadi. Tapi… inilah… Nafsu pula menghalang. Sibuk dengan urusan tak penting, tapi terasa seronok sehingga masa dilalaikan.. Nak kena banayk mujahadah sehingga benda0benda macam ini hanya sebagai keperluan, bila diperlukan. InsyaAllah…

(manusia.. bukan malaikat… menajdi sentiasa taat. Tetapi boleh beubah menjadi lebih baik. Tak begitu?)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: