Fikir umat… manakah mereka yang ikhlash?

Daku selalu terfikir… bilakah umat ini akan berubah?

…….

……

……

Entah… tiada jawapan yang munasabah. Tak tahu bilakah umat ini nak berubah.

 

Daku terfikir begini sebab… hari-hari daku buat usaha ke atas umat ini. jadi, apabila hari-hari bagi masa tiada cuti, agak-agak adakah daku tak akan fikir apakah yang sedang diperbuat? Tak terfikir hasil atau dapatan daripada apa-apa yang diperbuat?

 

Perbuatan yang ikhlash.

Ya…. daku sentiasa fikir dan korbankan masa, harta dan tenagaku ini untuk umat,

Sebab ikhlash.

 

Ikhlash lah penggerak usahaku ke atas umat. Ikhlash, daku buat semata-mata kerana Allah, menjadikan daku kuat berusaha ke atas umat, sekalipun seluruh umat ini tidak pernah menghargai apa-apa yang daku perbuat.

 

Daku kuat mengatakan bahawa daku akan teruskan biarpun usaha ini walau seluruh umat tidak melihat dan menghargai apa-apa yang daku buat, sebab Allah sentiasa bersama dan membantuku apabila daku berada dalam keadaan umat yang tak menyebelahiku.

 

Banyak kali bantuan Allah s.w.t kepadaku, kerana daku usaha untuk ikhlash buat ke atas umat. Setiap kali daku buat, sekalipun atas nama syarikat, sentiasa daku lebih keluarkan daripada daku sendiri mendapat pulangan.

Malah, seingatanku, semua pulangan atas nama syarikat daku agih-agihkan pada segenap manusia. Tiada catatan agihan untukku. Hanya mungkin daku beli murah daripada jualan promosi yang dilakukan. Itu sahaja.

Jika bab syarikat yang berikan pulangan mata wang pun daku berikan kepada orang lain, sudah tentu bab dakwah manusia kepada Allah lebih-lebih lagi daku tak ambil sesen pun (kalau ada –kalau ada- sesen pun , lepas itu lagi banyak pula daku berusaha keluarkan. Dengan izin Allah…)

 

Di sebalik ikhlash.

Walaupun dari segi masa, tenaga, dan harta banyak yang daku keluarkan, namun yang paling daku tidak sangka ialah

Tidak pula wang yang keluar itu berkurang, tetapi sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Kiranya, jika diagihkan sesama ahli, wang agihan bulan depan mesti lebih banyak daripada bulan ini.

 

Perkara ini agak pelik. Lebih pelik lagi, daku yang sentiasa sumbangkan dana peribadi (tak adalah banyak sangat) untuk syarikat, tidak pula terasa ada kurangnya duit peribadiku sendiri. Jika ada, top up bulan depan wang tersebut seperti kembali kepada asal pula.

Pelik… seperti dah diatur.. buat macamana sekalipun, rezekiku dan keperluanku sendiri tak pernah berkurang.

 

Semalam… kami buat promosi. Setelah beli, jual dan beli balik, simpanan akaun tunai telah habis. Daku kira, kali ini telah habis dana yang tersimpan tunai untuk syarikat. Kiranya terpaksa beli balik dengan wang peribadi lagi.

Namun, perkara lain pula berlaku. Walaupun wang tersebut telah habis, tetapi ada lagi wang daripada sumber lain, daripada cawangan lain bagi promosi tetapi tak masuk dalam akaun tunai tersebut. Rupanya, masih ada wang tersimpan tetapi tidak bawa ia masa buat promosi dan pembelian balik tersebut.

Dan, mengikut perkiraanku terhadap pembelian balik kali ini, daku tak perlu lagi keluarkan wang peribadi untuk beli seperti dulu. Jika keluarkan, maka ada pertambahan terhadap nilai dan kuantiti barang yang dibeli.

 

Subhanallah…. Maha Suci Allah!

 

Bantuan Allah memang sentiasa bersama dengan orang yang berusaha dengan cara ikhlash. Allah s.w.t tidak sesekali membiarkan mereka dan merugikan mereka. Allah akan simpan dan keluarkan mereka dariapda sebarang masalah daripada jalan yang tidak disangka-sangka.

 

Sungguh hebat kuasa Allah ini… daku sendiri yang buat usaha lagi rasa terlalu hebat dan bertambah yakin dengan kuasa Allah s.w.t, lebih daripada perancangan dan usahaku sendiri.

 

Selain itu, yang lebih hebat,

Usaha atas syarikat ini tidak memerlukan keutamaan pada modal. Entah… memang dirasakan sebegitu.

Tak perlu ada nilai mata wang. Terus bergerak sahaja, wang tersebut akan datang.

 

Kiranya, gerak dulu-walaupun tanpa apa-apa modal, benda lain akan sampai. Tak gerak, tak akan sampai apa-apa.

 

Setelah lebih lima bulan berjalan, macam itu lah yang berlaku. Daku ada usaha nak tetapkan sumbangan peribadi, tetapi macam tak terlalu diperlukan. Cukup sekadar membantu bila diperlukan sahaja. Tak perlu sampai nak kena tetapkan pula.

Sungguh, syarikat ini bergerak tanpa sokongan mata wang! Yang penting, terus bergerak dengan yakin dan usaha kerana Allah s.w.t

(hahahaha… terasa bebas daripada musuh mata wang… rasa lega sangat…. hanya perlukan masa nak agih-agihkan pula :))

 

Hebatnya ikhlash

Inilah impak yang sedikit sahaja daripada ikhlash. Banyak lagi… tapi tak mahu diceritakan di sini.

Yang penting, ikhlash ini memang terasa mencabar dan membebankan. Tak akan menjadi sifat ikhlash pada diri seseorang sekiranya tidak dirasakan diuji, mencabar dan membebankan.

Selain itu, orang ikhlash memang tak boleh menentukan hasil berdasarkan perancangannya. Yang penting merancang, tetapi hasilnya biar Allah s.w.t yang tentukan.

 

Hasilnya, memang tak disangka-sangka. Luar biasa…

 

Allah bersama-sama, Allah berikan keberkatan pada usaha, usaha kekal, bertambah yakin pada Allah, bertambah kenal manusia semata-mata kerana Allah, Allah beri rezeki dari sumber tak disangka-sangka, Allah berikan rezeki yang berterusan dengan kadar yang baik dan tidak melalaikan, Allah tanamkan sifat sabar dan tawakal kepadaNya, dan macam-macam lagi!

 

Terima kasih wahai Allah! Jazakallah khair!

 

Isu: manusia yang ikhlash

Tetapi, yang menjadi isunya kini,

Daku masih tak dapat berjumpa dengan manusia yang terbina yakin dan berusaha untuk ikhlash keranaNya.

 

Ya, di sampingku ada rakan-rakan yang membantu. Tetapi, mereka masih meletakkan pengharapan dan tumpuan kepadaku, bukan keranaNya. Maksudnya, jika daku tidak gerak, mereka tak sepenuhnya berusaha.

Sebegitupun, alhamdulillah… walaupun usaha mereka tidak sepenuhnya untuk ditumpukan kepada Allah s.w.t, mereka sentiasa berikan masa untuk bermesyuarat, bersedia untuk ambil tanggungjawab dan sudi berikan fikir risau bersama-sama.

 

Cuma, mungkin sebab daku sentiasa buat usaha, daku ingin mereka boleh bergerak sendiri, apabila ketiadaanku untuk pelbagai urusan ini.

Hajatku, daku ada waris atau pembantu untuk segenap usahaku untuk umat ini. Mereka akan sambung kerjaku semasa ketiadaanku untuk pelbagai urusan yang tidak dapat dielakkan.

 

Pandangan Allah akan semakin dekat dan ditunjukkan jalan bagi orang yang sentiasa ada keinginan. Namun, jika hati sudah tidak berkeinginan, maka pandangan Allah tidak memerlukan mereka. Allah s.w.t akan memandang dan memandu kepada hambaNya yang lain.

 

Dia tidak pernah bergantung kepada manusia. Tetapi memang manusia itu yang perlu bergantung kepada Dia.

-ujian untuk dapatkan manusia lagi payah daripada nak dapatkan hasil makhluk yang tidak bernyawa…

 

Pandangan Allah akan semakin dekat dan ditunjukkan jalan bagi orang yang sentiasa ada keinginan. Namun, jika hati sudah tidak berkeinginan, maka pandangan Allah tidak memerlukan mereka. Allah s.w.t akan memandang dan memandu kepada hambaNya yang lain.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: