Jiwa rohani  

Tak ramai orang nak bicara tentang perkara ini. Sebab bukan orang kenal dan nampak pun.

Di samping itu, perkara ini sangat susah untuk dikenal pasti. Macam-macam pada keadaan dan suasana hari ini menyebabkan pembukaan jiwa rohani itu menjadi sukar.

 

Namun, jiwa rohani itu tetap wujud. Hanya, ia seperti terselindung disebabkan banyak sangat maksiat dan kemungkaran yang berlaku. Hal ini menyebabkan jiwa menjadi kotor dan materialisme membangun dengan pesat dan unlimited.

Sebegitupun, mustahil jiwa rohani pada sesetengah manusia itu tidak wujud lagi. Jika tidak wujud lagi jiwa rohani, maka sudah pasti kiamat dunia ini. Hal ini kerana jiwa rohani sangat berkait rapat dengan agama Allah. Sedangkan agama Allah ialah tulang belakang yang menjadikan dunia terus dapat berputar dan beredar pada paksinya. Maka, orang yang berpegang agama Allah betul-betul, nescaya wujud jiwa rohani pada diri mereka. Rohani yang bersih. Barulah nilai agama itu dapat dirasai dan benar-benar dipegang. Cuma sedar atau tidak tentang ehwal rohani, itu sahaja.

 

Daku pun tidak mahu terlalu bicara mendalam akan hal ini. Sebab ia sukar difahami dengan penulisan. Ia hanya dapat difahami melalui rasa (zouk) dan mukasyafah (pembukaan). Ia berdasarkan kata-kata Imam al-Ghazali rah., lebih kurang.

Hari ini, pembukaan jiwa rohani sekadar zikir sebenarnya tidak cukup. Zikir cukup untuk pembukaan rohani yang berterusan jika mereka tidak bergaul dengan umat. Duduk dalam kelompok mereka sendiri tak apa lah. Tetapi, jika seseorang itu rela atau terpaksa bergaul dengan umat, maka zikir adalah faktor yang lemah untuk rohani itu terus dibuka. Mereka kena tambah satu lagi, iaitu fikir risau yang sentiasa untuk agama Allah s.w.t.

Hal ini menjelaskan keadaaan dan penerimaan pembukaan jiwa rohani bagi para Nabi dan Rasul a.s. Nabi dan Rasul ialah manusia yang sama ada rela atau terpaksa, kena bergaul dengan umat. Sebegitupun, rohani mereka tetap dalam keadaan bersih. Barulah wahyu dapat diterima dan malaikat boleh menjadi teman dan rakan. Rohani yang kotor dengan dosa dan maksiat, menyebabkan wahyu tidak dapat disampaikan, dan malaikat tidak boleh nak berkawan dengannya.

Wahyu dan malaikat bukan sahaja bersih, tetapi suci. Apabila dikatakan suci, ia lebih sensitif dan bertambah melepak daripada perkataan ‘putih’. Hal ini menjelaskan mengapa para Nabi dan Rasul tidak melakukan dosa, hanyalah kesalahan yang azali sebagai manusia biasa yang diciptakan dengan sifat kelemahan (dhaif).

 

Maka, untuk para Nabi dan Rasul a.s, waktu zikir yang khusus bagi mereka tidak dilakukan ketika waktu bersama umat. Ketika bersama umat, fikir risau yang dijana dan berterusan. Manakala zikir dihayati dan dilafazkan secara sirr dalam hati secara berterusan, agar kerosakan umat yang terpampang, tidak memberi kesan terhadap rohani mereka. Para nabi dan Rasul a.s mempunyai waktu dan zikir secara tetap, iaitu pada waktu pagi dan petang, serta pada waktu 2/3, 1/3 atau separuh malam.

Oleh itu, senjata utama para Nabi untuk menangkis rohani umat yang rosak daripada mempengaruhi rohani mereka ialah doa dan fikir risau sentiasa. Manakala pelindung untuk mengelakkan rohani mereka dirosakkan ialah zikir jihr dan khusus pada waktu tertentu dan zikir sirr dan umum pada waktu bersama ummat.

 

Kini….

Keroskan umat bertambah. Zahir dan batin. Hal ini membuktikan kerosakan rohani itu terlalu banyak. Tak dapat dikawal lagi.

Maka, dapat dikenal pasti untuk manusia berubah atau diislahkan adalah terlalu sukar. Sekiranya tiada zikir sebagai pelindung dan fikir untuk menangkis serangan rohani rosak di merata tempat, umat ini berterusan bergelumang dalam dosa dan maksiat.

Kerisauan atas keadaan umat yang berlaku menyebabkan ulama’ yang hak sangat tegas untuk menyatakan setiap orang mesti berusaha mengimarahkan masjid dan surau. Untuk rasa petnting dan nilai mengimarahkan masjid dan musollah, tidak dapat tidak mereka sudah belajar dan menghayati ketika berada di jalan Allah. Barulah rohani mereka dapat diperbaik dan menjadi individu yang lebih baik kemudian hari.

 

Daku, usaha agama dan jiwa rohani

Bagiku, tertib ulama’ bagi itu sangat baik dan boleh dikatakan sempurna. Di waktu kebejatan umat ini, tiada cara lain manusia untuk berubah melainkan cara ini.

Banyak madrasah, masjid, surau dan lain-lain berkembang dengan usaha ini. Mereka pula terus bergerak tanpa bayaran dan ganjaran, melainkan dari poket dan wang sendiri untuk diinfakkan demi agama Allah s.w.t.

 

Namun, untuk mendatangkan umat ke arah usaha ini yang makin sukar. Dalam dan luar tidak lepas daripada ujian. Dulu daku telah dibuka dan difahamkan akan ujian ini. Boleh rujuk kembali tulisanku berkenaan ujian dalam mengusahakan agama Allah.

 

Berkenaan pembukaan jiwa rohani pula, daku sangat meminta maaf sekiranya ada yang tersalah. Hal ini daku sendiri tidak dapat nak buat apa-apa. Kerana suasana yang rosak telah merosakkan kesucian rohani tersebut. Menyukarkan penerimaan dan kebersihannya, sehingga kadang-kadang terlencong entah ke mana.

Mungkin ramai orang yang tidak faham tentang nilai dan kedudukan rohani, tetapi bagiku, sebagai seorang yang mempelajari tentang isu ini, perkara ini begitu ketara dan berat sekali.

Wallahua’lam. Maafkan daku jika berpandangan salah, disebabkan suasana dan kerosakan umat ini bertambah. Selain daripada orang yang lemah, fikir, doa dan zikir yang entah ke mana….

(Impak selain dari nukilan ini ialah tajuk terkini. Makanan bukan lagi terhadap islah diri, tetapi lebih khusus nak islahkan rohani. Mantapp…)

 

– sabar dan redha berada  dalam suasana ujian. Ujian yang menyentap rasa dan keinginan.

– Suatu pemberian yang boleh dilakukan, kena bersyukur. Walaupun sedang memberi bukan menerima. Sebab bukan semua orang itu mampu memberi, malah ramai yang tak mampu nak bagi. Tambahan lagi, apabila orang yang menerima itu sangat menghargai pemberian yang diberikan.

Maka, syukur perlu wujud dalam memberi. Bersyukur kerana Allah berikan taufik untuk memberi.

Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: