Coretan sahaja….

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah… hari ini ada sikit kesempatan untuk menulis. Banyak kekangan masa dan kemudahan, disebabkan terlalu banyak bergerak, tugasan dan berada di tempat yang berbeza.

Bersyukur banyak kerana Allah s.w.t masih member keizinan dan kelapangan untuk gerakkan hati dan tangan menulis di sini. Bersyukur Allah pilih untuk meneruskan, tanda ada usaha yang diterima di sebalik penulisan ini. Insya-Allah…

(Masakan tidak? Setiap minggu bagi masa untuk create idea dan menulis, untuk perkara yang mudah? Jika tanpa pertolongan Allah, nescaya daku tetap hamba yang lemah dan tidak terdaya).

Rasanya… daku tidak ada apa-apa yang nak dicerita. Cuma, mungkin sekadar berkongsi. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

 

Pertama: keadaan kini…

Memang tidak dijangka! Keadaan kini atau penglibatan aktivitiku telah berbeza dan berubah lagi.

Dulu, banyak masaku diberi di sekitar dalam negeri Mutiara. Sekarang, telah berubah lagi. Nak kena bagi masa di negeri-negeri yang berbeza.

Perubahan ini bukannya aturanku. Ini memang kehendak dan perancangan Allah. Dia mengaturkan dan meletakkan ketentuan. JIka tidak, mana daku ada kekuatan nak pergi ke tempat berbeza sentiasa demi keperluan yang dirancangNya dan tujuan menyampaikan agamaNya.

Satu perkara, aturan Allah ini boleh dikenal tandanya. Pertama, aturanNya menjadi tetap, tetapi untuk dunia ketetapan itu sementara. Kedua, aturanNya akan dirasakan beban atas agama. Ketiga, aturanNya terasa bagai diuji. Keempat, aturanNya dirasakan bukan perancangan si manusia. Kelima, aturanNya membuatkan si orang tersebut terasa dekat dan nak berhubung dengan Allah s.w.t sentiasa.

Banyak lagi. Tapi cukup setakat ini.

 

Maka, keadaan ini telah berbeza daripada dulu. Walaupun sukar dan banyak benda nak buat, satu sahaja keyakinanku. Apabila ini kehendak Allah, maka Allah juga yang menguasai masaku, dan Dia juga yang akan menyelesaikan keperluanku. Yang penting, pada sesuatu masa yang ditetapkan, daku akan bagi masa untuk agamaNya dan dakwah.

 

Kedua: dakwah.

Kali ini, skop dakwah menjadi semakin luas. Jika dulu skop dakwah hanya para pelajar, kini tidak lagi terhad kepada pelajar. Banyak juga ruang dakwah untuk orang awam atau pelbagai golongan.

Skop dakwah yang berbeza, tetapi niat dan perkara yang disampaikan ialah sama. Maka sesuatu nilai perlu wujud dalam diri. Apakah ia?Itulah hikmah.

Dengan keadaan yang berbeza, pemikiran berbeza, kedudukan berbeza, dan usia berbeza, satu kebijaksanaan dan sifat kena wujud. Kalau tidak, sukar nak jumpa. Tak sabar dan putus asa untuk meneruskan.

 

Alhamdulillah, setakat ini daku dapat terus bergerak menyampaikan agamaNya. Walaupun anggap seperti burung pipit nak baling air untuk selamatkan Nabi Ibrahim a.s, tetapi daku tetap berusaha untuk menyumbangkan syiarkan agamaNya, di kala manusia mula makin meninggalkan dan pentingkan urusan peribadi sahaja.

 

Ketiga: niat dan pendirian.

Tentang perkara ini, ia sangat-sangat penting.

Dengan wujudnya ketegasan pendirian terhadap sesuatu perkara, barulah perkara tersebut boleh dilaksanakan dengan berterusan dan beroleh kejayaan.

 

Dalam semua aspek, perlu dua perkara ini, iaitu niat dan pendirian (belum masuk bab perbuatan).

Niat telah daku bicarakan dalam artikel terdahulu. Tetapi pendirian rasanya belum lagi.

 

Pendirian ini senada dengan keazaman. Azam ialah lebih daripada 70% untuk jadi berusaha setelah berniat. Sebelum azam digelar syak atau was-was. Maksudnya, niat tak tetap, berubah-ubah.

Maka, pendirian ialah ketegasan atas niat. Iaitu, nak buat juga walau apa-apa jenis keadaan.

 

Impak pendirian, menjadikan seseorang itu kuat dan terus berusaha. Selain itu, orang lain akan terkesan dan sedar akan keinginan atua kemahuannya. Mereka bersedia untuk membantu terhadap perkara yang ditegaskan, setelah dilihat pelbagai perubahan dan perbaikan apabila benda yang ingin dilakukan it uterus dilakukan.

 

Perkara ini menjelaskan atas beberapa golongan yang mana mereka gagal untuk meneruskan usaha dunia. Khusus lagi untuk terus berusaha dalam usaha agama.

Mereka ini ada niat. Tetapi tidak kuat pendirian.

Yakin pada janji Allah dan kerja yang dilakukan bagi manfaat masih kurang. Tidak sanggup meneruskan setelah ada ujian lain yang mendatang.

Kelemahan ini menjadi asbab usaha ini tidak mampu istiqamah meneruskan. Tetapi jika betul niat dan pendirian, insya-Allah setiap halangan, ujian dan cabaran mampu ditempuhi sehingga melayakkan dia sebagai calon untuk menjadi seorang Daie. Model dan teladan kepada ummah.

 

Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: