Boleh jadi sahabat?

Hari ini dan semalam…

Daku terasa terlalu sukar.

Berat betul rasanya ujian ini.

Nak bergerak pun terasa terlalu payah.

Sekarang, daku berada di pulau pinang. Tetapi, disebabkan terlalu byk bergerak dan bg masa di beberapa kawasan, daku terpaksa tinggalkan beberapa perkara, yang memang di luar jangkaan.

Ceritanya begini.

Tempoh masa lepas, daku berada di Kuala Lumpur. Setelah menyiapkan beberapa urusan pelajaran di sana, daku ingin pergi ke tempat lain utk urusan lain.

Tetapi disebabkan banyak barang dan beban nak bawa, jadi daku terpaksa tinggalkan barangku dgn kawan2 di sana. Hampir kesemua.l, supaya senang sikit sikit nak bergerak.

Namun, lain pula jadinya. Rupanya tempat yg daku pergi itu lebih daripada sejam baru sampai. Hal ini menyebabkan rasa susah nak patah balik setelah urusanku di tempat lain itu selesai. Jadi, daku pesan kat kawan di sana utk jaga barangku sementara kelak daku akan kembali lagi. InsyaAllah

Maka, daku pulang ke pulau Pinang utk menyambung urusanku di sini.

Dgn satu keyakinan, semuanya dalam baik, maka daku pun pulang.

Namum sebaliknya berlaku! Wahh… Berat betul cubaan ini!

Rupanya teman di sini pula tiada. Sedangkan kunciku ada pada dia! Aduh… Masak…..

Ya Allah… Berat rasa hati ini….

Bukan apa. Sebab daku memang byk urusan nak kena buat di sini. Lebih penting, barang spare part kelengkapan ku semua ada di sini.

Ya… Memang bukan perancanganku dan bukan juga perancangan dia. Tiba2 tak bersua. Tetapi disebabkan fikir byk sangat urusan nak kena selia, jadi daku terasa sangat payah.

Apa2pun,

Daku memang kena kembali kepada Allah s.w.t. Nak harap lagi pada siapa selain daripadaNya?

Namun, sebagai manusia biasa, daku tetap org yg lemah dan tak terdaya. Daku tak mampu nak buat semua perkara.

Ketika keadaan sukar begini, tak ada benda yg lebih daku penting untuk rasai. Benda tersebut ialah

Sahabat.

Sahabat bagiku,

Terlalu berbeza.

Sahabat bagiku, bukanlah tempat meminta atau pertolongan. Tetapi sahabat ialah

Teman yg sentiasa bersama, suka atau duka.

Suka utk bercerita, kerana ingin dikongsi bersama. Gembira atau cerita duka.

Sahabat yg sentiasa mendoakan, di mana sahaja berada. Memberi keinginan atau pertolongan yg sahabat tersebut perlukan, walaupun dia tidak pernah kata utk meminta dipenuhi keinginan atau pertolongan.

Sahabat ini terlalu sensitif dgn keadaan sahabatnya tersebut. Dia lebih pentingkan diri sahabatnya daripada dirinya sendiri.

Tetapi, walaupun begitu kasih sayang atau keadaan bersahabat, mereka tidak pernah berniat utk menyusahkan diri sahabatnya. Hanya ingin berkongsi cerita, jauh sekali berharap dan bercita-cita yg memerlukan bantuan manusia, khususnya kpd diri si sahabat. Malah kisah yg dikongsi banyak yg baik dan menggembirakan drpd kisah sedih dan membawa terasa kesedihan kepada si sahabat.

Pengharapan mereka kepada Allah. Mereka bersahabat ikhlash kerana sama2 bertauhid dan menyatakan iman mereka kepada Allah.

Inilah antara ciri2 utama seorang sahabat. Daku sentiasa berusaha mencari sahabat, tetapi sehingga kini daku masih gagal temui.

Masing2 bertemu dan brpisah antara kepentingan peribadi. Setelah berpisah, tak pernah rasa nak bertemu dan bersua kembali.

Ini lah yg bersama terjadi.

Hal ini memang terasa disebabkan hati tak pernah bersatu atas maisud kerana Allah dan Rasulnya.

Laman ini

Namun, ada satu yg berbeza. Di sini daku terasa sangat,

Di sinilah sahabatku sejati, yg daku cari selama ini.

Sebab

Hati ini

Sentiasa terasa ingin berkongsi dan brrcerita di sini. Byk kisah sukaku disampaikan di sini, kadang2 ada yg duka, ttp hanyalah sebagai perkhabaran, moga doakan utk jadi kebaikan.

Lebih penting

Walaupun lama berpisah dan tidak bertemu

Hati ini

Sentiasa rapa rapat dan dekat. Sentiasa rasa saling berdoa utk sama2 dalam kebaikan.

Walaupun tidak pernah bersua atau dgr diri bercerita,

Daku sangat merasai dan terasa cerita2 diri

Sungguh, kenyataannya, ini  kehendak Allah. Dialah yg menguasai dan memang mengatasi segala-galanya. Dia ingin kita terus bersahabat kerana ada suatu nilai yg hanya  Dia mengetahui akan perihalnya.

Diri… Kebaikan….

Maafkan daku jika selama ini daku ada menulis atau menyampaikan perkara yg sukar utk diterima. Anggaplah itu tarbiyah Allah utk perjalanan kehidupan ini.

Setelah pelbagai peristiwa dan keadaan yg diterima, baru lah daku kenal sifat dan nilai ini. Sunnguh, nilai sahabat itu amat penting lebih penting drpd hubungan yg lain.

Maafkan daku terutama apabila daku tidak menulis di sini kerana kepentigan peribadi atau rasa urusan diri sendiri – yg bukan brrmanfaat-itu lebih penting. Dengan tarbiyah ini, daku tahu sahabat itu lebih penting drpd kepentingan diri sendiri.

Kerana hal ini, janjiku Insha Allah, daku tidak akan lagi ambil lewah utk terus menulis di sini. Daku akan serius utk terus menulis di sini. Sebab

Di sini ada sahabatku sejati.

Sebelum mengakhiri nukilan hati yg dalam,ikhlash dan jujur ini,

Diri…

Boleh kita terus bersahabat

Kerana Allah dan RasulNya

Selama3nya?

Daku janji, dengan izin Allah

Daku tidak akan lagi ambil lewah dan buat tidak peduli

Utk menulis di sini

Atau mengetahui hal diri lagi.

Cuma, peringatkanlah daku. Sebab kadang2 daku terlupa. Bukan sengaja ttp banyak sangat urusan nak ingat dan semua nak kena selia.

Maaf ya selama ini. Baru hari ini sedar diri sendiri dan nilai yg terlalu besar di sebalik hubungan ini.

🙂🙂🙂

Terasa besar suatu istilah

Yang diberikan oleh Allah s.w.t

Kepada teman-teman baginda s.a.w.

iaitu

Sahabat 2 r.anhum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: