Agenda Syarikat Iman Ikhlash

Alhamdulillah…. bersyukur kepada Allah s.w.t

Hari ini terasa baik kepadaku. Lebih baik daripada semalam.

Yang terutama sekali, kerana daku telah menemui temanku yang berada di sini. Dan, daku boleh kembali berada di bilikku sendiri. Alhamdulillah… syukur sangat-sangat.

Sebenarnya, dalam benak fikiranku, bukannya terlalu penting untuk masuk ke bilik ini. Tetapi disebabkan banyak benda yang berada dalam bilik ini, maka daku runsing sebab tak boleh nak buat banyak perkara bila tak masuk bilik. Jika benda yang nak buat itu ada di luar bilik, daku tak kisah sangat nak enter to this room.

Apa-apapun, bersyukur Allah s.w.t izinkan daku berada di sini dan sambung urusan di sini. Tambahan lagi, hari ini nak kena jumpa penyelia untuk buat rundingan tentang tesisku. Nak tak nak, ada persediaan perlu dilakukan di sini. Insya-Allah…

Terima kasih tolong doa untuk dimudahkan urusan. Terima kasih🙂

Sehingga kini kebiasaannya, bila daku berada di Pulau Pinang, daku akan adakan meeting dengan temanku di sini untuk usaha sama syarikat.

Jadi, setiap minggu kami akan sekali bermesyuarat. Untuk mantapkan agenda dan aktiviti syarikat.

Ada tiga agenda. Pertama ialah untuk bagi rundingan atau talk atau ceramah atau seminar atau bengkel, khusus berkenaan sunnah terutama dalam aspek makanan.

Apabila kami bagi rundingan ini, kami tak melalut, sehingga menonjolkan kehebatan peribadi kami daripada peribadi sunnah Nabi s.a.w. Maka, kami tak target yang kami kena pandai bercakap dan orang terpegun dengan apa-apa yang kami ucap, seperti buat jenaka dan lain-lain. Yang kami target ialah kesedaran p­ara pelanggan atau pendengar, agar mereka sedar nilai sunnah dan berusaha untuk mengamalkan.

Yang lebih besar, ada orang yang berterusan nak dapatkan rundingan sunnah.

 

Perkara kedua ialah penerbitan buku.

Buku ini ialah modus operandi kami yang berterusan. Kiranya, kami akan terus bergerak untuk menyampaikan, dan dalam masa yang sama sebagai panduan buku ini sebagai penyampai kami.

Ada dua buku. Satu buku percuma. Buku ini ialah ringkasan dan diberikan secara percuma, untuk setiap orang yang mendengar talk atau membeli produk kami. Untuk kali ini, kami berjaya menghasilkan tiga kali cetak untuk topik makanan secara sunnah.

Kedua ialah buku penuh. Buku ini dihasilkan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang sunnah Nabi s.a.w. Oleh hal demikian, buku ini maklumat lengkap tentang sunnah yang khusus tersebut.

 

Perkara ketiga dalam agenda syarikat ialah promosi produk syarikat.

Untuk promosi ini, kami tidak meletakkan target yang kami dapat terus bergerak sebab kami buat promosi.

Maksudnya, penampungan dana untuk syarikat bergerak bukan daripada promosi ini. promosi ini hanyalah salah satu usaha untuk orang boleh dapatkan produk sunnah dengan mudah, harga lebih murah daripada kedai di pasaran dan berterusan untuk pakai produk sunnah yang kami sampaikan.

Kiranya mereka dapat beli produk tersebut dengan mudah, murah dan berpatutan. Mereka rasa untung dapat maklumat daripada talk dan lagi untung sebab dapat pakai produk sunnah dengan murah.

 

Maka, disebabkan itu niat dan tujuan kami, sudah tentu produk yang kami promosi tidak menampung keuntungan. Sekadar cukup untuk belanja dan keperluan syarikat sikit-sikit sahaja.

Jadi, mana dana yang dimaksudkan?

Dana tersebut datang melalui tiga keadaan.

Pertama ialah daripada khazanah Allah. Maksudnya, Allah berikan dana daripada jalan atau orang tertentu yang tak pernah disangka-sangka. Atau tiba-tiba dalam bank ada wang yang diberikan oleh orang yang ikhlash.

Tentang khazanah Allah ini, maka sebab itulah daku selalu dorong dan nasihat Allah boleh berikan daripada apa-apa yang kita tidak sangka lebih banyak daripada apa-apa yang kita minta. Jadi, kena sentiasa bagi tumpuan kerana Allah dan Rasul kita berusaha dan jaga amal dakwah masing-masing.

Kedua, daripada orang tertentu. Mereka ini ialah orang yang berniat nak sumbang, dan mereka memang dikenali. Bagaimana kami kenal? Sebab kami iklankan dan mereka bersedia untuk menyumbang.

Ketiga, melalui ahli yang menjadi pengedar. Untuk para pengedar produk yang kami promosi, mereka kami akan jual dengan harga promosi dan harga barang tersebut yang mereka nak jual di tempat mereka kami tak larang untuk letakkan harga kedai mereka sendiri. tetapi, dengan syarat, mereka kena berikan sumbangan ikhlash unutk syarikat. Dan kami sudah tentu menyatakan aktiviti dan segala yang berkaitan dengan syarikat kepada mereka, agar mereka sedar mereka sumbang dalam dana syarikat bukan untuk kepentingan syarikat, tetapi demi kepentingan bersama dan untuk umat.

 

Ujian yang diterima

Disebabkan usaha ini timbul dengan dua perkataan, iaitu iman dan ikhlash, maka sudah tentu para ahli, orang yang dirunding dan peniaga bersama akan diseru atau didakwahkan pada dua perkataan, iaitu

IMAN

Dan IKHLASH

 

Disebabkan dua-dua perkataan ini umumnya, manusia makin tak faham nilai dan kemuliaannya, maka sudah tentu sukar dan memang terasa diuji buat kami akan perkara ini. khusus sekali ialah untuk terus menyampaikan talk.

Dalam rekod kami, hanya dua talk yang berjaya kami adakan. Sedangkan target kami, kalau boleh setiap bulan paling kurang satu talk akan diadakan.

Dari sini kami terasa sangat terkilan dan kerugian. Hal ini kerana dengan penyampaian ini, barulah kesedaran dan nilai itu dapat disampaikan. Jika tiada penyampaian, orang hanya ingat ada buku dan produk, tanpa kenal nilai dan kemuliaan sunnah nabi s.a.w.

 

Maka, memang target utama kami memang tercari-cari siapalah yang boleh terus kami menyampaikan. Khususnya bab rundingan. Sebab, bila dikatakan rundingan, maka kami akan usahakan berterusan sehingga mereka yang dirunding terkesan dan dapat mengamalkan sunnah Nabi s.a.w, khusus pada topik yang ingin dirundingkan.

Daku punya fikir punya fikir siapalah yang nak terus bagi rundingan….

 

Akhirnya dapat satu idea!

Iaitu

Kepada kebaikan!

Hahhaha!

 

Terkejut? Kenapa pula untuk diri?

Sebab….

Kita bersahabat. Istilah sahabat ini memang khusus untuk sahabat Nabi s.a.w. Maka, sudah tentu para sahabat itu kenal dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w.

Tiada dan mustahil ada seorang sahabat yang tidak kenal Nabi. Mereka semua kenal Nabi dan beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.

 

Maka,

Sudah tentu kitalah orang yang terutama sekali beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.

Betul tak?🙂

 

Oleh hal demikian,

Selain daripada menyonteng di sini dalam waktu tetap, dalam tempoh sekali dua minggu, insya-Allah daku akan sampaikan juga di sini akan kepentingan sunnah dan kemuliaan bila kita beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Tiada topik khusus sebenarnya untuk berdiskusi berkenaan sesuatu sunnah. Daku akan sampaikan secara rawak. Sekalipun begitu, mudah sahaja nak faham. Insya-Allah kemudiannya dapat diamalkan.

Ia mudah sahaja. Memang mudah, cuma dirasakan susah sebab dari kecik ke besar orang dah tak faham dan dekati nilai sunnah. Bila kita ada tekad dan nekad nak amal sunnah, walau apa-apa rintangan insya-Allah Allah akan bantu untuk kita berusaha ke arahnya.

 

-rasa macam nak kena jadi musafir lagi. Sebab pelbagai perkara yang mendorongku ke arah ini. Kehendak Allah… antaranya tandanya daku sentiasa berusaha untuk belajar dan melapangkan masa di Kuala Lumpur.

Jadi, jangan terasa pelik jika daku terpaksa ke sana dengan kerap. Sebab, telah ramai ahli dalam agama Allah, bergerak dan beredar di merata tempat, yang jauh-jauh untuk belajar dan mengenali Dia serta agamaNya. (Lagipun sebenarnya daku terasa kurang nak boleh belajar di sini. Banyak fikir dan tumpuan ke arah lain)

Hanya zaman yang berbeza. Itu sahaja.

Malah, mungkin penempatan di sini dirasakan turut berubah. Wallahua’alam. (Tak kisah pun, sebab dah terbiasa. Cuma mohon dipermudahkan sahaja. Dengan izin Allah…)

 

-satu lagi, sehingga kini, daku tetap hanya boleh tulis dua kali seminggu. Sebab putaran masaku sangat padat. Cuma, kali ini berbeza sedikit. Bila ada kelapangan dan idea nak bagitahu, daku terus sampaikan pada diri jika masa itu lapang (excluded pada seminggu dua kali lah).

Lagipun, diri pun tahu yang daku kena bagi banyak masa kepada Allah daripada manusia. Daku risau, dengan keizinan Allah akan faham perkara ini, Allah s.w.t tersinggung yang daku lebih suka bercerita kepada diri daripada bercerita kepadaNya. Allah s.w.t ini bersifat cemburu, antara cemburu Allah s.w.t kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya ialah mereka memang senang bersama manusia (makhluk) daripadaNya.

Maka, limitasi tetap kena ada, walau apa-apa keadaan sekalipun yang berlaku.

Insya-Allah.

 

(Dan, diri pun tak perlu nak cakap atau sampaikan  apa-apa. Cukup berdoa dan beri tumpuan kepada Allah. Di sini apa-apa yang diri hajatkan –atau berkenaan dengan urusanku- Allah akan tunaikan, sama ada melalui caraNya atau melalui peribadiku sendiri. Insya-Allah.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: