Rohani tanpa jasmani?

Pagi tadi ada kursus hadir. Kursus berkaitan search data di library dan lain-lain. Alhamdulillah, input daripada kursus memang banyak membantu. Khususnya kepada kajian yang dijalankan.

Jadi, ada sedikit kesempatan di sini untukku menulis. Minta maaf, hari agak sibuk dengan pelbagai urusan.

Tak semua orang mahir dalam semua bidang. Malah, kemahiran tertentu pada orang yang tertentu menunjukkan manusia ini lemah dan tiada kemampuan. Memerlukan sokongan atau panduan daripada orang yang mengetahui.

Sama-sama saling membantu. Dengan sokongan dan keadaan beini, barulah masalah boleh diselesaikan dengan mudah.

Sebab itu, dalam Islam ada dua nilai yang besar perlu dibentuk.

Pertama ialah tauhid atau yakin yang benar kepada Allah dan ajaran Nabi s.a.w.

Kedua ialah berakhlak mulia untuk membentuk keadaan diri yang serasi dengan orang lain atau masyarakat.

Jadi, hubungan antara tauhid dan akhlak bermasyarakat akan menjadikan kehidupan seseorang muslim itu mencukupi. Dengan pertolongan daripada Allah, melalui perantaraan masyarakat, maka muslim tersebut dapat dibantu dan hidup menjadi kuat.

Begitulah seadanya.

+++++++++++++++++++++++

Untuk kali ini juga, walaupun daku bukanlah orang yang arif, daku terasa ingin menyampaikan berkenaan perihal rohani.

Seperti yang diketahui, khususnya pada diri manusia diciptakan daripada unsuur jasmani dan rohani.

Namun, hari ini ramai orang yang melihat kepada peribadi jasmani dan lupakan peribadi rohani. Namun, disebabkan kelalaian ini, adakah manusia itu menjadi tak boleh hidup?

Tidak. Mereka boleh teruskan kehidupan, namun keadaan menjadi tidak sempurna. Nak sempurna, rohani kena hidup bersama jasmani yang melakukan ia.

 

Misalnya, satu orang manusia bersolah. Solahnya cukup ditunaikan jika dia bersolah tetapi hati atau tumpuannya tidak. Tetapi, adakah solahnya menjadi sempurna? Sudah tentu tidak. Lebih ketara, dia tidak boleh menilai kesan atau nilai di sebalik solah yang dilakukan. Tambahan lagi, keutamaan solah ialah keadaan rohani daripada jasmani. Jadi, jika tiada rohani dan hanya jasmani melakukan, sudah tentu  orang yang melakukan tidak terasa nilai solah tersebut. Sebaliknya, jika seseorang itu rohani kuat, tak kira apa-apa keadaan jasmaninya (sakit, kurang upaya dan lain-lain) dia tetap sanggup lakukan dan terasa nilai solah tersebut.

Satu contoh lagi ialah orang yang makan. Cukupkah makan sahaja tanpa menjaga amalan dan sunnah Nabi s.a.w. ketika makan? Sudah tentu boleh makan. Namun, makanan itu tidak memberi kesan kepada rohaninya. Maksudnya makanan itu hanya boleh kenyangkan perut tanpa mendatangkan kejernihan hati dan tumpuan pada amalan dan ibadah.

Sebegitupun, disebabkan makanan ialah perkara adat dan keutamaan pada jasmani, maka tanpa rohanipun manusia berselera untuk makan. Namun, bagi orang yang menjaga rohani, selera mereka berbeza. Mereka makan pada kadar yang ditetapkan dan tidak boleh makan sebarangan. Jika orang lain boleh makan enak, tetapi dia boleh muntah, jika disebabkan makanan tersebut menentang keadaan rohaninya.

 

Oleh itu, dalam hidup ini, tidak bermakna semua perkara perlukan jasmani yang perlu melakukan. Dan tidak semua perkara rohani tidak boleh melakukan jika tiada hubungan jasmani.

Jika sekiranya orang awam atau kebanyakan manusia boleh melakukan perkara jasmani tanpa rohani (seperti makanan tersebut), maka tidak mustahil jika orang khusus (tahu atau kenal rohani) untuk melakukan perkara rohani tanpa adanya jasmani. Hanya mungkin  daripada kesan yang diterima itu berbeza (kebiasaannya rohani yang baik akan mempengaruhi jasmani menjadi lebih baik. Macam makan dengan keadaan rohani menyebabkan fizikal, mental dan emosi menjadi lebih baik).

Namun, yang terlebih baik tentu sahaja apabila rohani yang utama itu dilakukan bersama jasmani. Barulah sempurna.

Wallahua’lam.

 

– ‘Terasa’ akan sesuatu. ­­­Tetapi tak tahu sama ada benar atau tidak. Nak sampaikan pun rasa serba salah. Kalau salah, anggaplah daripada prasangka orang yang lemah..

-Kalau Allah s.w.t berikan petunjuk dan kekuatan untuk daku sampaikan, insya-Allah kelak daku ajukan di sini.

-Salam sejahtera. Moga Allah s.w.t sentiasa meberi nikmat kesihatan, kelapangan, kemudahan dan kebaikan bersama yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: