Letih… nak pulanglah..

Hhhmmm… tiada idea terasa nak menulis hari ini. Tak terkeluar lagi daripada urat saraf otak ini.

Hari ini pagi ada di Kampus Kejuruteraan. Ada sikit taklimat nak mendengar di sini. Alhamdulillah…. dah selesai. Walaupun ada siki isu nak bertanya, tak jadi nak tanya. Sebab…

Tak semua perkara yang ditanya itu perlu dibuat. Pertanyaan yang banyak itu mungkin lagi banyak mendatangkan kesusahan.

Jadi, rasanya lebih baik buat dulu apa-apa yang perlu. Terasa musykil dan timbul permasalahan, barulah bertanya kembali.

 

Hari-hari terasa sibuk.

Apabila keadaan ini berlaku, dalam diriku terasa letih.

Letih untuk berusaha atas perkara yang disibukkan.

 

Kesini, kesana, ulang alik dan lain-lain

Sebenarnya mendatangkan perasaan letih dalam jiwaku.

 

Sebagai manusia yang serba lemah, daku akui kelemahan ini wujud melalui perasaan ini. Dengan wujud rasa letih, membentuk rasa dalam hatiku,

Segenap mana pun manusia itu berusaha, suatu ketika perlu rehat juga.

 

Motor rosak

Minggu lepas, tiba-tiba motorsikal yang daku sentiasa gunakan untuk khidmat pergi mana-mana, tiba-tiba rosak.

Fiber dalam pecah. Tak boleh nak pulas minyak.

 

Maka, daku terpaksa ganti. Tetapi ada masalah lain yang timbul, jadi terpaksa delay ganti pada minggu depan.

Hampir 10 hari daku tidak menggunakan kenderaan sendiri. Kenderaan orang lain, ada lah sekali dua. Banyak berjalan kaki.

Waktu itu, daku tak boleh banyak nak buat kerja. Hanya sekitar tempat pembelajaran sahaja. Alhamdulillah, kini motor tersebut dah ok dan boleh teruskan usaha yang dilakukan sebelum ini.

 

Dulu, motor itu rosak dan berehat.

Kini, penunggang itu pula rasa nak ‘rosak’ dan berehat.

Jika kenderaan pun ada ‘time’ dia perlu hantar bengkel, inikan pula manusia.

 

Jadi, daku ingat dalam sehari dua sahaja nak pulang ke kampung. Sebenarnya memang begitu rutinku setiap minggu untuk pulang ke kampung. Dengan rehat sehari dua, maka daku bolehlah ada kekuatan untuk meneruskan agenda di mana-mana (insya-Allah).

Tapi, sejak motor rosak, daku tak boleh nak balik. Jadi, seminggu terlepas dan meneruskan usaha di sini. Dengan bertungkas pulas tanpa pulang menjenguk ibu dan ayah ini terasa membebankan. Jadi, insya-Allah hajat hujung minggu ini ingin pulang.

 

Semoga semua usaha dipermudahkan. Ranjau hidup ini terus ke hadapan, maka perlu juga berhenti di perhentian, R&R sebelum meneruskan perjalanan.

 

-Bila daku banyak berusaha, Allah s.w.t berikan masa untukku rehat untuk betulkan minda, perasaan, hati dan lain-lain. Dunia ini tempat berusaha, tetapi membebankan. Dengan rehat ini, bebanan itu beransur-ansur berkurangan. Insya-Allah.

-Semoga Allah s.w.t pelihara diri dan lain-lain sentiasa. Rehatlah jika terlalu letih dengan urusan pekerjaan dan lain-lain. Take time, rest and relaks.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: