Sekadar pesanan

Hari ini daku tak boleh lah nak tulis panjang. Bhal ini disebabkan beberapa perkara yang nak dilakukan dalam tempoh masa yang singkat dan sementara.

Sibuk sikit. Macam-macam urusan nak kena buat.

 

Apa-apa pun, daku tetap insha Allah akan bagi masa menulis di sini. Walaupun sikit, tetapi berterusan. Insha-Allah.

 

Ada satu perkara yang penting dalam hidup ini, yang orang dah biasa tinggalkan.

Iaitu ibadah.

Ibadah ini umum. Yang lebih khusus ialah solah dan doa.

Ya, dua-dua benda ini orang biasa lakukan. Tetapi siapa yang rasa luar biasa setelah dia lakukan kedua-dua perkara ini?

 

Jarang dengar, bukan? Biasa buat tetapi adat itu lumrah. Biasa buat dengan dapat khazanah dan makrifah itu sahabah r.anhum.

Kalau tak buat jadi biasa…. Itu parah….

 

Jadi, solah betul-betul kena buat. Bagi tumpuan dan penghayatan. Jangan sekadar buat lepas tanggungjawab. Buat dengan rasa inilah masa bertemu dengan Allah. Nak cakap dan mengadu pada Dia. Jika ada hajat inilah masa untuk meminta padaNya.

Kemudian, amalkan doa. Doa sentiasa walaupun benda yang sama. Amalikan doa itu istiqamah. Jangan malas dan rasa biasa.

Doa itu menunjukkan kedekatan satu orang manusia kepada Allah s.w.t. Jika hari ini makin ramai orang lepas solah diam tak doa, itu petanda memang ini digelar ‘umat akhir zaman.’

 

Jadi, jangan jadi seperti mereka. Teruskan berdoa dalam keadaan senang dan susah.

Kalau masih berbaki masa, tambah dengan zikir. Mudah sahaja. Lepas subuh dan (kebiasaannya) asar baca subhanallah, Alhamdulillah dan allahuakbar 100 kali paling kurang.

 

Baik. Rasanya cukup sekadar itu dulu. Moga Allah s.w.t sentiasa memelihara diri dan lain-lain.

Dulu

Kita membangun dengan sebab memelihara dan berpegan teguh dengan agamaNya

Kini

Umat tak sedar makin mundur sebab tinggalkan peranan dan nilai agamaNya

Mengambil gaya hidup dan fikiran seperti yahudi dan nasrani

Tiada fikir risau kepentinga n agama  dalam hidup ini.

Wallahua’lam.

 

-nak kekalkan momentum dalam ibadah, mudah sahaja.Sentiasa berdakwah iaitu menyeru kepada amal tersebut kerana Allah nescaya Allah akan kekalkan amal yang dilakukan dan terasa nilai apabila melakukan.Insha-Allah

–🙂🙂. Semoga sihat dan ceria ya. Jangan terlalu sibuk. Rehat itu penting. Motorsikal pun boleh rosak jika sentiasa guna.

Doa untuk umat.. jangan lupa doakan untuk saya ya.

(…nak kena banyak bersabar ni🙂 )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: