Kepentingan adab dalam kehidupan

Jarang orang peduli akan ehwal ini. Bagi kebanyakan manusia, adab itu adalah akhlak. Akhlak itu adalah kesopanan.

Akhlak tidak lebih daripada pekerti yang mulia. Dengan pekerti dan budi ini, manusia suka untuk melakukan kebaikan.

Ini kebiasaannya apabila disebut adab. Namun, bagiku adab mempunyai definisi yang lebih daripada itu. Tujuannya bukan sekadar pelajaran atau pengetahuan, tetapi menunjukkan ketinggian agama dalam dirinya dan martabatnya di sisi Allah s.w.t.

Adab ini sebenarnya ialah perkara kedua yang nabi s.a.w tekankan setelah iman. Pentingnya adab ini, sehingga setiap anak kena hormati ibu bapa, setiap yang muda kena membantu orang tua, setiap orang memberi salam sesama kenal atau tidak kenal, setiap yang miskin dibantu oleh orang kaya, wanita dilindungi, anak-anak yatim dipelihara dan dibuat baik.

Ini ajaran Nabi s.a.w setelah kesempurnaan iman. Nabi s.a.w tidak menekankan ketinggian hukum hakam, tetapi bagaimana beradab sesama manusia.

Barulah manusia itu mempunyai toleransi dan komunikasi yang berkesan dalam kehidupan, demi dunia dan akhirat. Dan, dakwah dapat berjalan dengan sempurna dan mempunyai pembantunya.

 

Adab sebagai panduan

Kini, manusia tidak jelas kepentingan adab ini. Mengapa?

Kerana tidak pernah diajari dan diperingatkan. Manusia hanya diiingatkan akan perkara dasar.

Sebagai misalnya ialah belajar al-Quran.

 

Hari ini, orang diajar ‘alif, ba, ta’. Kemudian tajwid dan tartil bacaan. Lebih baik lagi tarannum dan tafsir ayat Quran.

Tetapi, tentang nilai dan intipati ada tidak dipertekankan.

 

Adab bukan satu mata pelajaran.

Adab ialah bagaimana manusia boleh berubah kepada tatacara hidup yang lebih baik.

Yang dipelajari itu pengetahuan. Yang lebih penting, adab ialah sentiasa ingin dan berusaha melakukan.

Maka, penekanan pada adab al-Quran seperti berwuduk, membaca dengan penghayatan, melatakkan di tempat yang tinggi, mengucup al-Quran dan lain-lain menandakan kesempurnaan iman para diri seseorang.

Dia melakukan adab tersebut tanpa dilihat dan diperhati oleh sesiapa. Dia melakukan kerana diajari dan mengenal nilai al-Quran yang dibaca olehnya.

 

Suatu contoh

Bagi memahami nilai adab ini, daku bawa satu contoh.

Seorang rakyat telah dipanggil oleh pemerintah negeri untuk menerima jemputan atau anugerah.

Bagaimanakah keadaan rakyat tersebut hadir?

 

Dengan selekeh? Atau sedondon? Atau secantik mungkin?

Tentu sahaja secantik mungkin. Hal ini kerana orang yang besar nak bagi jemputan, malah yang dihadiri bukan calang-calang kawasan. Tak semua orang boleh pergi dan datang.

Perhargaan terhadap nilai yang diterima itu membuatkan rakyat tersebut menghargai jemputan yang diterima. Dengan perasaan seronok dan gembira, dia bersedia pergi dengan sekemas dan cantik mungkin tanpa disuruh atau ada orang yang memeriksa.

 

Tetapi, jika rakyat tersebut tidak kenal orang yang menjemputnya, maka dia akan pakai lebih kurang sahaja.

Inilah perkara yang berlaku.

 

Ramai manusia tidak kenal dengan Allah dan Rasul, maka mereka tidak pandai mengemas diri dan beradab apabila melakukan sesuatu khusus pada Ilahi.

Termasuklah diriku sendiri.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan kita dan sekalian umat untuk berubah kepada cara hidup yang lebih baik.

Amin.

 

Semoga dalam pemeliharaan Allah dan sihat sejahtera bersama yang lain.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: