Lapar… suatu pengorbanan

Roda masa yang berputar tak akan pernah berhenti. Disebabkan putarannya yang berterusan, maka daku juga bergerak dan ‘berputar’ ke pelbagai tempat dan pelbagai tujuan.

Kini, daku bergerak lagi ke tempat yang berbeza. Dengan maksud keperluan pada pelajaran, daku sampai juga di mana yang ingin dituju, dengan izin Allah s.w.t.

Perjalanan ini amat diperlukan. Hal ini kerana jika berada di pulau sana, pelbagai gerakan dan aktiviti yang daku lakukan bersama para teman. Boleh katakan setiap hari, selain daripada mengajar.

Masa yang diberikan pula adalah limited. Tak boleh lebih. Jika lebih tentu akan berlaku masalah yang lain.

Ambil contoh, keperluanku pada masa tersebut ialah berada di kampung. Jika tidak pulang dengan sengaja (tanpa apa-apa kepentingan), mesti akan berlaku perkara sebaliknya. Contohnya perasaan tak seronok, monyok, mandom dan lain-lain.

Dengan mematuhi putaran masa ini, impaknya daku akan sentiasa aktif berfikir dan menyumbang. Disebabkan masa yang daku bagi fikir untuk sumbangan itu ialah demi agamaNya, maka janji Allah s.w.t, Dia akan menguruskan dan membantuku dalam urusan duniawi.

Alhamdulillah…

 

Disebabkan Allah s.w.t tahu keperluanku dan lebih baik untukku, maka Dia meletakkan masaku untuk belajar di kawasan lain daripada universiti sana. Dengan berhijrah ini, alhamdulillah daku rasa boleh lebih fokus dan dapat belajar banyak perkara baru. Selain itu, walaupun singkat masa datang dan kembali, daku tetap boleh menyelesaikan majoriti pada topik yang perlu diselesaikan tersebut.

 

_________________

Mujahadah… lapar dan aktif badan.

Jika manusia kenal peribadiku,

Pasti mereka tahu fizikal dan sifat zahiriahku terdahulu.

 

Ya… kenyataannya,

Bukan sekadar daku berbeza pada pemikiran dan keinginan, malah keadaan fizikalku turut mengalami perubahan.

Semuanya berlaku dalam satu tempoh masa, sama ada dengan perkataan rela atau paksa.

 

Allah s.w.t telah membuat ketetapan. Dia ingin daku melalui mujahadah ini demi kebaikanku sendiri.

Allah s.w.t menyediakan tempat untukku mempunyai ilmu mengetahuan dan mengkaji tentang perkara ini. Dengan ilmu yang dimiliki, Dia memberikan taufik untukku amalkan apa-apa yang dipelajari.

 

Dulu, daku tak belajar dan kenal Ilahi.

Maka, apa-apa sahaja yang daku belajar, seperti orang lain, semuanya akan pergi.

Namun, setelah mengenali Allah, berusaha menjaga hubungan denganNya, maka Dia akan sentiasa menyediakan pelbagai bentuk ujian yang daku tidak boleh mengelakkan diri daripada melakukan.

Sama ada rela atau paksa. Dengan niat untuk jadi lebih baik.

 

Sekiranya daku lemah untuk ujian ini, dengan keinginanku sendiri, Dia memberikan kekuatan. Kekuatan itu bukan dengan motivasi untuk terus melakukan, tetapi dengan kesakitan yang daku terpaksa jika melanggar ujian tersebut.

Ujian ini keras jika orang tidak mampu hadapinya. Daku tidak pernah berusaha sendiri-sendiri, melainkan Dia yang memberiku kekuatan untuk melakukan ia.

(Kalau makan, nanti sakit perut sampai ke petang…)

 

Ujian lapar

Ujian lapar ialah antara ujian kesabaran yang tahap tinggi yang dihadapi oleh hamba Allah s.w.t.

Kesabaran amat diperlukan. Dengan kesabaran ini, maka seseornag yang berjaya menahan lapar akan memperoleh hasil yang lebih baik.antara kesannya ialah kepada kesihatan, peredaran darah, jantung, jimatkan wang, hati tenang, masa lebih bermanfaat, berjaya mengawal nafsu dan emosi.

Namun, kesabaran memang kena pada tahap maksima. Jika tidak, lapar itu hanya sementara, bila boleh makan, jadi mentekedarah (makan tak tahu nak berhenti).

 

Yang lebih penting,

Rohani akan bersih apabila makan itu dikurangkan.

 

Impak lapar

Impaknya, lapar akan membina insan yang lebih baik. Tenaga yang orang menahan lapar sebenarnya berkali ganda daripada orang biasa.

Sebegitupun, lapar ada waktunya. Sampai waktu makan, orang yang lapar kena berbuka.

 

 

Impak yang lain ialah penurunan berat badan.

Tidak dapat elak, berat badan orang yang kurang makan memang kurang. Jadi, hal ini menjadi bukti yang terlalu menonjol kepada orang lain yang melihat akan susuk tubuh orang yang menahan lapar.

Lebih kurus daripada dahulu itu memang telah menjadi keadaan orang yang menahan lapar.

Mereka kena terima keadaan ini. Ini kesan daripada kesabaran makanan fizikal yang dilalui.

 

Impak: bukan sekadar lapar!

Bagiku,

Bukan sekadar lapar yang menjadi sebab penurunan berat badanku.

Yang lebih kukuh ialah ,

 

Daku ini banyak bergerak dan buat kerja. Selain itu, daku kena jaga stamina. Sebab badanku aktif. Kalau tidak, badan jasmani jadi lemah menyebabkan rasa mandom dan tidak bermaya.

Bila banyak berkerja, bergerak dan exercise, memang banyak kalori yang akan hilang. Berkali ganda daripada keadaan lapar yang diterima. Oleh hal demikian, walaupun daku ini dalam keadaan susut berat badan, tetapi kesihatan alhamdulillah di tahap maksima. Tiada masalah.

Malah, lebih aktif lagi daripada orang biasa dalam melakukan usaha. Dengan izin Allah s.w.t…

 

Wallahua’alam…

 

-gerak pertama menghasilkan gerakan yang lain. Tadi tak tahu nak tulis tentang apa. Akhirnya daku berjaya menghasilkan satu karya. Alhamdulillah….

 

-kini, berada di UKM. Malam ni sudah nak bertolak balik. Insha-Allah.

-ingat petang ini nak merayau sikit di kawasan Pusanika dalam pukul 5.00pm. Tengok kedai dan orang sambil buat dakwah.

Semoga sentiasa sihat sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t, buat diri bersama yang lain.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: