Coretan lagi.

Hari ini daku agak sibuk.

Ya lah… pekerja agama…. Macam-macam kena buat.

 

Apa-apapun, Alhamdulillah, Allah taala bagi peluang daku untuk menulis di sini. Walaupun singkat, paling kurang tanggungjawab untuk menulis di sini telah ditunaikan.

______________

Agama ini ,

Abstrak.

Bukan mudah nak faham.

 

Malah, ramai orang yang memahami agama ini dengan cara memahami dunia.

Jika cara untuk memaahmi agama ini seperti ini, maka cara pemahaman telah tidak benar.

 

Cara memahami agama, suka atau tidak,

Memang kena susah payah. Tak boleh diambil mudah.

Jika agama diambil mudah, maka nilai dalam agama tersebut tidak akan jelas dan faham. Sebab agama itu abstrak. Bukan boleh dinilai dengan mata nampak. Jika perkara ini berlaku, pasti orang yang buat hal agama, tak nampak kesannya, tetapi nampak harga dunia dengan nilai agama yang dia bawa. Jadi, apa beza nilai agama dengan nilai dunia? Apa beza nilai akhirat dengan nilai dunia?

Sebab itulah, hanya orang yang hatinya yakin sahaja akan tahu nilai agama.

Dan, yakin itu hanya akan datang dengan mujahadah atau susah payah. Menekan hati untuk menerima agama.

 

Yang lebih menjadi isu….

Bila nilai atau pemahaman agama ini ingin dibawa dalam hal ehwal atau suasana dunia. Suasana yang penuh asyik, seronok, dan ralik, memang sukar lagi nak bawa kefahaman agama dalam hidup ini. (Melainkan… macam yang daku bagitahu tadi, orang yang memang setiap hari dan sepanjang masa menekan nafsu dan hatinya untuk beramal dan bersungguh-sungguh usaha atas agama.)

 

Oleh hal demikian,

Mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan agama perlu menolak nilai dunia yang orang dunia cari selama ini.

Kena ikhlash. Itu sahaja.

Tak boleh nak buat apa, wahai orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya.

Tidak yakin dengan apa-apa yang kamu nampak dan pegang. Tetapi yakin dengan apa-apa yang kamu tidak nampak.

 

Tidak yakin dengan harta dan wang ringgit yang orang lain mencari-cari selama ini.

Tetapi yakin dengan usaha yang kamu lakukan, Allah s.w.t akan beri wang dan harta lebih daripada yang kamu ingin miliki (mencukupi dengan apa-apa yang kamu nak dapat atau perlukan).

 

Penafian inilah,

Yang akan timbulkan yakin pada janji Allah dan Rasul,

Yang mana

Allah akan uruskan rezeki dan tanggung keperluan,

Bagi hamba yang benar-benar beriman kepadaNya.

 

Yang penting,

Perlu berusaha atas dua perkara. Pertama ialah amal yang soleh, dan kedua ialah usaha atas perkara dunia.

 

Insya-Allah. Semoga berjumpa lagi.

Semoga dalam pemeliharaan dan kerahmatan Allah s.w.t.

 

-Entahlah… dulu memang daku tubuh syarikat itu bukan maksud untuk lebih kepada promosi. Tetapi daku yakin, sebab daku buat kerja ini keranaNya, pasti dan pasti Dia akan tunjukkan jalan yang terbaik untukku berusaha atas syarikat ini.

Kita yang merancang hanya tahu perkara sekarang. Tetapi jika Allah s.w.t yang merancang, Dia tahu apa-apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: