Perancangan daripada Allah…

Ya….

Diriku manusia biasa.

Manusia yang mempunyai perasaan, keinginan, kemahuan, kepentingan dan lain-lain lagi, sepertimana manusia yang lain inginkan.

Namun….

Daku minta maaf…

Daku tak boleh jadikan perasaanku, keinginanku, kemahuanku, kepentinganku dan lain-lain lagi,

Seperti mana orang lain boleh berikan.

Sama ada terpaksa atau rela,

Daku tetap kena melalui jalan ini.

Jalan yang manusia tidak akan difahami dengan cerita atau perkara yang daku katakan melalui lisanku sendiri.

Pendek cerita,

Sekiranya orang lain boleh tidur,

Daku kena berjaga

Jika orang lain boleh terus bermain-main

Daku kena running mendidik dan mentarbiyah orang lain

Jika orang lain boleh makan minum sesuka hati

Daku kena berlapar dan berpuasa

Jika orang lain boleh berniaga mengaut untung

Daku kena berusaha ke arah tersebut tetapi rugi (demi untung di sana dengan sifat sentiasa memberi)

Jika orang lain boleh belajar bagi masa 24 jam

Daku belajar hanya pada masa tertentu walaupun ada banyak beban

Jika orang lain boleh merancang dan berumah tangga

Daku kena bujang sampai mana masa yang Dia suka

Jika orang lain boleh uruskan masa mereka sesuka hati

Daku lebih suka Allah s.w.t uruskan masaku dalam hayat ini.

Kehidupanku,

Ya… berbeza.

Tetapi daku suka.

Dan, daku sentiasa berusaha menyukakan orang lain.

Daku suka,

Sebab daku dapat nikmat dan mudah urusan hidup,

Serta daku boleh berusaha sentiasa untuk bagi masa kepada orang lain

Walaupun terlalu terhad masa yang daku ada dan bagi untuk mereka.

Perancanganku,

Daku tidak merancang mengikut keinginan dan kehendak peribadiku

Daku merancang

Apa-apa yang Allah suka untukku lakukan…

Kerana,

Dulu daku merancang.

Tetapi perancanganku sentiasa gagal

Tidak pernah berpanjangan.

Biarlah sahaja Allah s.w.t yang mengetahui baik buruk kepadaku

Merancang yang terbaik untukku melakukan.

Memang sukar untuk orang yang nak sekaki dan nak join perbuatan dan kehidupanku,

Kerana daku tahu (dalam pengetahuanku),

Tak ada orang yang benar-benar berusaha dan buat usaha sepertiku

Tetapi ramai yang boleh membantuku dalam banyak usaha yang daku lakukan untuk urusan kehidupan ini.

Begitulah…

Kehidupan yang indah manusia inginkan untuk perhiasan duniawi

Tak tahu bila masa pernah wujud dalam pandangan mataku

Kini.

Yang daku nampak

Hidup di sana itu sangat indah,

Sebab daku sentiasa berusaha untuk milikinya di dunia ini.

Barang siapa yang mengenali Allah,

Dia tidak pernah orang tersebut cinta dan suka berusaha untuk semata-mata kehidupan duniawi.

Dia benarkan orang tersebut berusaha kerana itu fitrah manusia memerlukan dan sekadar yang diperlukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: