Akhir zaman ini… ya ALlah… Selamatkanlah….

Bila melihat keadaan manusia dan kemampuan mereka untuk mengamalkan agama Allah s.w.t yang sempurna ini,

Rasa makin ramai golongan muda mudi sukar dan menghadapi kebejatan agama yang sangat tinggi.

Hal ini menimbulkan menimbulkan kebimbangan pada diriku.

Mengapa tidak?

Orang yang berada di satu tingkat beramal agama Allah ini kebiasaannya orang yang telah lanjut usia dan ramai yang telah meninggal dunia. Kini mereka yang beramal adalah ramai daripada gologan belia.

Mungkin dari kuantiti nampak ramai. Tetapi kualiti inilah yang dipersoalkan.

 

Lahir golongan yang ambil agama sebagai dalil dan rujukan. Golongan petah dan manis bercakap tetapi hanya di konti atau podium yang disediakan. Lahir manusia yang berjubah dan berserban untuk acara keramaian atau majlis keagamaan.

Bagiku,

Orang yang ingin kepada sinar agama ini ramai. Tetapi kesanggupan untuk melakukan inilah yang dipersoalkan.

 

Rundingan sunnah

Antara kenampakan ehwal yang berlaku ini apabila daku kadang-kadang ingin mengajak untuk lakukan rundingan berkenaan Sunnah Nabi s.a.w.

Kebiasaannya mereka yang daku temui ialah di kawasan lapangan masjid atau surau. Jadi, lapangan tersebut secara fitrah akan difahami manusia yang suka atau sedia untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Hal ini terbukti apabila daku berjumpa dengan niat mengingati sesama manusia tentang nilai agama dan akhirat, serta mengenalkan syarikat nampak kesediaan dan kesudiaan mereka untuk mendengar dan mengusahakan. Namun, betapa cepatnya hati itu berubah dan suasana yang merosakkan agama dan iman ini wujud di atas muka bumi, pagi kita berjumpa mengajak mereka berusaha, tetapi waktu petang sudah hilang di pandangan dan janji sedemikian rupa.

 

Inilah keadaan yang berlaku akhir zaman ini. Keadaan dan suasana iman yang dapat ketika sebentar tadi terus bertukar apabila keluar daripada kelompok tersebut atau berada di medan duniawi seorang diri.

 

Ramadhan yang mendatang

Daku pun tak tahu macamana nak bagitahu kepada orang ramai akan kerisauanku. Mereka tidak akan faham akan nilai ini.

Nilai iman yang sentiasa diperhatikan membuatkan daku tak senang duduk jika tidak terus berusaha. Ternyata, daku bukan usaha untuk mereka, tetapi usaha yang dilakukan semata-mata untuk terjaga keimananku sendiri. Kaedah ini ialah kaedah yang terbaik dan memang daku sendiri tahu akan nilainya. Jika ditukar kaedah yang lain, pasti tidak akan terjadi iman, tetapi perasaan bangga diri pula wujud di hati.

Syaitan lah itu punya kerja bangga dengan diri sendiri.

 

Ramadhan yang mendatang ini daku nampak bayang manusia akan hargai dan besarkan ia.

Yang nampak:

  1. Gerai jual makanan.
  2. Makanan makin banyak dijual
  3. Ramai manusia keluar beli belah di bazar.
  4. Makin ramai peniaga dilahirkan.
  5. Ramai orang yang berehat dan berbaring di masjid dan surau.
  6. Telefon tetap di tangan
  7. Tarawikh masih ada tetapi istiqamah orang yang melaksanakan tak tahu lagi.
  8.  Sahur sama banyak dengan waktu makan
  9. Ramai suara ustaz kedengaran di masjid sehingga solat tarawikh amalan istiqamah Rasulullah dan sahabat tinggal jadi empat rakaat.
  10. Ustaz cakap lagi seronok (sambal duduk dalam aicond) daripada buat solat yang meninggalkan beribu-ribu ganjaran di bulan Ramadhan.
  11. Ustaz cakap benda yang sama tetapi tak juga bertambah yakin pada agama dan amalan.

 

Banyak lagi.

 

Manusia….

Dah nampak makin sukar nak buat dan tambah pada amalan. Yakin pada amalan dan janji Allah dan RasulNya tidak lagi kenal untuk dihadam dalam perbuatan dan kehidupan.

 

Daku sepatutnya tidak boleh jadi orang yang berfikir ke arah ini. Sepatutnya ulama’ sarankan daku fikir ke arah perubahan dan kebaikan umat.

Tetapi, disebabkan kurang zikir kepada Allah, maka makin banyak fikir dan kerosakan umat yang terbayang di kepalaku.

Jadi, nak tak nak….

 

Daku kena kuat dan tambah zikir. Tak boleh nak buat apa….

Daei akhir zaman ini memang keadaan yang amat parah. Menyelam dalam lautan manusia dan berusaha bawa mereka ke daratan,

Tetapi yang lebih utama mereka sendiri sudah ada kapal dan kapal itu sentiasa baik fungsinya agar mereka sentiasa boleh berada selamat balik ke daratan.

 

-sibuk sangat lah ini hal. Banyak perkara nak kena pusing-pusing pada tesis. Moga Allah berikanku kemudahan.

Moga Allah berikan kemudahan dan kerahmatan pada diri dan lain-lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: