Etika doa

Hidup ini perlu beretika atau beradab.

Orang yang tida etika, hidupnya tunggang langgang walaupun orangnya mewah dan kaya.

Etika itu mengajar manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh bersama  akhlak mulia dan kehormatan terjaga. Dengan adanya etika, maka hubungan sesama manusia akan terjaga dan tidak akan berlaku keadaan masyarakat yang rosak muamalah dan muasyarah-nya.

Kini, etika makin tidak dipedulikan. Yang penting, matlamat tercapai tanpa peduli bagaimana kaedah untuk menguruskan.

Kesannya, pelbagai kepincangan telah berlaku dalam hidup bermasyarakat. Riba, judi, hutang berleluasa,pergaulan bebas, penipuan, rasuah, rosak aurat dan lain-lain terus menerus berlaku. Disebabkan tiada usaha untuk mencegah, maka benda yang berlaku terus berlaku dan makin bertambah rosak daripada sebelumnya.

Oleh hal demikian,

Hidup beretika ini perlu kembali diwujudkan. Perlu manusia itu kenal dan tekan hawa nafsunya, untuk membangunkan etika dalam kehidupan mereka.

Inilah tugas kami. Iaitu membina etika kehidupan yang terbaik dalam kehidupan.

Consultant sunnah

Apakah itu sunnah?

Sunnah itu banyak definisinya. Tetapi bagi pihak kami, kami menilai sunnah sebagai tata cara kehidupan. Bagaimana ingin menguruskan kehidupan berteraskan amalan dan tunjuk ajar oleh baginda Nabi s.a.w.

Misalnya, tata cara tidur yang betul, perniagaan yang betul, keluarga yang betul, kaedah makan dan pemakanan yang betul, berpakaian yang betul, hidup dan ibadah yang betul, dan lain-lain lagi.

Pihak kami berusaha untuk menghidupkan suasana masyarakat yang kembali kepada jalan harmoni dengan menjalinkan antara hidup sendiri-sendiri kepada hidup bermasyarakat. Saling berganding bahu membawa umat ini ke arah beretika dalam pergaulan, pemakanan, keluarga, pekerjaan, perniagaan, dan lain-lain lagi.

Mungkin sesetengah pihak merasakan tugas yang ingin kami bawa ingin berat dan sukar. Tetapi bagi pihak kami, kami tidak berusaha membina empayar atau kerajaan. Maka, kami tidak meletakkan target berapa ramai manusia yang kami kumpulkan dan rundingkan. Tetapi target kami ialah perubahan.

Bagaimana masyarakat ini berubah dengan kami sebagai medium untuk menyatakan kaedahnya. Jika seorang berubah ke arah kehidupan yang lebih baik disebabkan usaha yang kami lakukan, itu lebih baik daripada kumpul ramai orang tetapi tidak menjana mana-mana perubahan.

Etika pertama: doa

Pada episod kali ini,

Kami membawakan etika terpenting dalam sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan.

Iaitu

DOA.

Ya! Manusia ramai dah tak peduli dengan perkara ini. Dan, tentu sekali sebab mereka tidak peduli atas beberapa perkara. Antaranya tidak pernah yang didoakan itu dimakbulkan, tak bersungguh-sungguh berdoa, sibuk dengan dunia, tidak yakin dengan doa, dan berasa doa tidak mendatangkan apa-apa perubahan dan manfaat pada dirinya.

Apabila perkara ini berlaku, doa yang begitu besar nilainya tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada manusia. Sebaliknya, doa inilah yang terpenting sekali sehingga nabi s.a.w banyak mengajar para sahabatnya pelbagai jenis doa.

Oleh itu, kini orang yang ingin menjana perubahan kepada amalan sunnah,

Tuan-tuan dan puan-puan kena banyak berdoa.

Seterusnya, dua perkara yang perlu dilakukan ketika berdoa.

Pertama: niat

Kedua: cara melakukan.

Niat kena betul. Niat di sini bukan niat untuk meminta kerana Allah. Tetapi niat di sini ialah bagaimana meletakkan tempat niat itu untuk melakukan doa.

Maksudnya bagaimana keadaan tempat niat, iaitu hati itu ketika sedang atau sebelum melakukan doa.

Orang yang ingin berdoa, pertama hati kena yakin kepada Allah. Yakin yang Allah sedang mendengar dan mengetahui permintaan hambaNya. Kedua hati kena bagi tumpuan. Tumpuan yang Allah sahaja yang akan memakbukan doanya. Ketiga, hati kena bersangka baik dengan Allah. Lambat atau cepat bukan persoalan, yang penting terus berdoa dan bersangka baik yang Allah akan makbulkan doanya dengan kaedah yang terbaik di sisiNya. Khusyuk dalam berdoa.

Kemudian ialah kaedah.

Kaedah ialah kaedah sunnah Nabi s.aw.

Nabi s.a.w telah ajar manusia akan kaedah yang betul dalam berdoa, iaitu:

  1. Mulakan dengan wudu’
  2. Duduk bersimpuh lutut
  3. Tidak meninggikan suara
  4. Mengangkat tangan untuk meminta
  5. Mulakan dengan memuja dan memuji nama serta kekuasaan Allah.
  6. Memuji baginda s.a.w
  7.  Merendahkan diri dan mengakui kelemahan diri
  8. Menyatakan pemintaan dan harapan.
  9. Lama kan masa meminta sepertimana biasa meminta kepada manusia.
  10. Sebaik-baiknya menangis ketika meminta kepadaNya
  11. Berikan keazaman untuk menjadi manusia yang berubah dan beriman kepadaNya.
  12. Tutup dengan selawat.
  13. Akhiri dengan pujian kepadaNya. (Walhamdulillahi rabbil a’lamin).

Setelah berdoa:

  1. Berharaplah sentiasa kepada Allah.
  2. Melakukan usaha ke atas perkara yang diinginkan.
  3. Istiqamah untuk terus meminta kepadaNya.

Barulah Allah s.w.t akan membantu disebabkan hambaNya itu bersungguh-sungguh terhadpa perkara yang diharapkan.

Insya-Allah.

🙂🙂🙂

Semoga sihat sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t buat diri dan yang lain.

Amin.

-Sungguh… tak sama nilai yang boleh diperoleh dengan kaedah bagitahu dengan berjumpa dengan kaedah menulis di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: