Suatu nasihat dan renungan

Assalamualaikum w.b.t

 

Semoga sihat wal afiat. Dihindarkan daripada sebarang jenis dosa dan ujian yang menyukarkan mengawal batasan iman.

 

Daku tak tahu sebenarnya nak tulis apa-apa hari ini. Tetapi tetap juga nak menulis. Paling kurang, nasihat dan peringatan terus disampaikan.

Allah s.w.t telah meletakkan ketetapan,

Bahawa hanya Dia yang mengawal takdir setiap manusia dan jin. Para makhlukNya tiada upaya untuk menciptakan atau menentukan apa-apap jika tidak dalm kehendakNya.

Oleh hal demikian,

Walaupun manusia itu berusaha gigih macam mana sekalipun, takdir Allah s.w.t tidak akan dapat diubah selama-lamaNya.

Hanya, perbezaan pada takdir berlaku pada tiga keadaan. PErtama ialah orang beriman. Orang beriman takdirnya akan diterima sebagai hikmah. Maksudnya apa-apa yang berlaku selepas takdir tersebut ialah untuk kebaikan dirinya. Kedua ialah orang Islam. Takdir bagi orang Islam ialah peringatan. Apa-apa yang berlaku dalam hidupnya ialah peringatan untuk kembali di jalan yang benar dan jangan dok asyik hidup udara kotor dunia. Ketiga ialah takdir bagi orang kafir. Apa-apa yang telah ditetapkan pada orang kafir ialah apa-apa yang ditentukan. Tiada hikmah, peringatan atau kesan terhadap takdir yang telah ditentukan.

 

Perkara kedua ialah kejayaan bagi makhluk jin dan manusia ialah apabila mereka berpegang teguh dalam agamaNya.

Inilah kejayaan yang hakiki. Sekalipun rintangan dan halangan yang bakal ditempuhi, bagi orang yang pegang teguh pada usaha dan agama Allah, pasti kejayaan akan dikecapi di sebalik ujian yang dilalui.

Oleh hal demikian, bagi orang yang beriman kepada Allah, nak tak nak dia sentiasa rasa fikir risau dan rasa damai apabila berpegang atau melakukan perintah Allah s.w.t. jika ditinggalkan, maka dirasakan sesuatu yang buruk akan bakal berlaku pada dirinya atau dirasakan hidupnya akan menjadi serba rosak dan tidak kena.

Jadi, berpegang teguhlah pada agama Allah. Yakin pada janji-janjiNya. Dia Maha menepati janji yang telah ditetapkan.

Walaupun kini menghadapi pelbagai rintangan, itu semua untuk kebaikan dirinya apda masa akan datang.

 

Perkara ketiga, hakikat hidup.

Hakikat hidup ini sebenarnya ialah hanya untuk manusia berpegang kepada agamaNya. Bagi mereka yang lalai dan leka, maka hidup mereka masih tak tahu apakah tujuannya, dan tak tahu bagaimaan menguruskan masa yang sentiasa  bergerak tak berhenti-henti ini.

Oleh itu, mari kita berazam dan berdoa Allah s.w.t berikan kefahaman dan kekuatan untuk berpegang teguh pada agamaNya yang haq. Walaupun semua manusia telah tidak beriman kepada Allah, tetapi bagi mereka yang sentiasa berharap kepadaNya, selagi itulah ada ruang untuk mereka menjana perubahan.

Wallahua’lam.

Terima kasih.

 

Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati diri dan yang lain di sana.

Amin.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak tahun 1436 H ini.

Bertambah amal dan ibadah, berbuat kebajikan sesama insan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: