Wali Allah dan ahli ibadah

 

Hari ini ingat nak tulis perkara serius sikit. Saja… sebab terdengar banyak suara orang ramai yang menyebut2 tentang wali Allah ini.

Kebanyakan oleh para pendakwah. Sudah kerana berada di medan agama, jadi antara darjat-darjat manusia di sisi Allah ini memang menjadi buah mulut mereka.

Tetapi, disebabkan tiada rujukan dan kefahaman, maka dua istiah ini menjadi satu dan sama. Sedangkan dua istilah ini berbeza dan tidak akan sama.

Menurut Syaikh Ibnu Athaillah askandary rah., terdapat beberapa gambaran tentang sipakah mereka yang digelar wali Allah. Jelas beliau, wali Allah ialah manusia yang sentiasa mendahulukan yang haq, sama ada hal bersifat duniawi atau yang bersifat agamawi. Wali Allah juga sentiasa menjauhkan dirinya dari makhluk (aktiviti, keinginan dan sifat umum yang wujud pada makhluk) dan dekat dengan Allah (aktviti, keinginan dan sifat kepada Allah). Mereka juga sentiasa berusaha mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w, dan sentiasa berusaha menjadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan terbaik.

Perkataan, perbuatan, pendengaran, tindak tanduk dan kehendak hati mereka sentiasa dalam pimpinan dan aturan Allah. Pelbagai hikmah wujud dalam diri mereka (pengetahuan dan lain-lain).

Mereka mengenal kehidupan di alam malakut. Mereka juga memiliki sifat kasih sayang yang luas dan mendalam.

Para Wali Allah itu tidak dikenali manusia. Tetapi ada manusia mengenali mereka dengan amal mereka yang soleh dan disebabkan kehendak Allah s.w.t untuk menunjukkan para waliNya.

Malah, mengenal Allah s.w.t itu lebih mudah daripada mengenal para WaliNya. Mereka tersembunyi di sebalik kehidupan mereka sebagai manusia biasa.

Itulah lebih kurang diterangkan oleh salah seorang ulama’ tersohor dalam bidang tasawuf. Berikutnya di bawah ini daku nyatakan beberapa perbezaan mereka dengan ahli ibadah dari segi beberapa perkara. InsyaAllah.

 

Darjat.

Daku sebut akan perkara pertama, iaitu darjat atau kedudukan seorang wali dengan kedudukan seorang ahli ibadah.

Kedudukan seorang wali Allah ialah jauh berebza dan lebih tinggi daripada kedudukan ahli ibadah. Hal ini kerana wali Allah mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri untuk ehwal dunia ini, sedangkan ahli ibadah tidak memegang mana-mana tanggungjawab. Mereka hanya perlu melakukan tugas harian mereka, iaitu beri tumpuan kepada ibadah mereka. Sama ada berkurang atau bertambah.

Selain itu, wali Allah ini hidupnya berdiri atas ujian. Mereka ialah (boleh dikatakan) golongan ketiga yang menghadapi paling banyak ujian. Pertama ialah para NAbi dan Rasul, kedua ialah sahabat r.anhum, dan ketiga ialah wali Allah.

Ahli ibadah ujiannya lebih tinggi sedikit daripada ahli  dunia. Kiranya ahli ibadah lebih kenal Allah s.w.t daripada ahli dunia, yang langsung tidak kenal Allah (dan maksud mereka diciptakan di dunia).

Oleh itu, darjat wali Allah tinggi daripada ahli ibadah.

 

Tanggungjawab

Perkara kedua ialah tanggungjawab. Bagi seorang wali Allah dia mempunyai tanggungjawab dan peranannya yang tersendiri, sama ada dia sedar atau tidak. Tetapi bagi ahli ibadah, mereka tidak terkongkong pada mana-mana tanggungjawab, melainkan sepanjang waktu menjaga ibadah khusus mereka.

Sebegitupun, tanggungjawab para wali Allah s.w.t ini lebih tertumpu pada tanggungjawab berbentuk rohani. Mereka tidak terbeban dengan tanggungjawab bagi kedua-dua dimensi manusia, iaitu rohani dan jasmani.

 

Maksudnya, wali Allah dia berdepan dengan tanggungjawab dalaman, iaitu tanggungjawab menjaga hatinya supaya sentiasa menyebut dan memuja nama Allah s.w.t. Mereka dikehendaki untuk terus menetapkan hati mereka untuk mengingati dan menyebut nama Allah s.w.t. Lagi tinggi hati mereka memberi tumpuan kepada Allah, lagi tinggi darjat para wali Allah di sisiNya (lebih kurang).

Hal ini kerana darjat antara wali-wali Allah juga berbeza. Bilangannya pun sudah ditentukan oleh Allah s.w.t.

 

(usaha untuk meninggikan darjat dan tawajuh hati para wali Allah s.w.t ini, maka ujian demi ujian ditimpa ke atas mereka agar mereka sentiasa ingin melihat dan berharap kepadaNya.)

 

Ibadah khusus.

Berkaitan ibadah yang khusus seperti pelihara zikir (kuantiti dan kualiti), solat nawafil (banyak2) dan lain-lain lagi bentuk ibadah khusus,

Para wali Allah s.w.t ini tidak terbeban ke atas mereka untuk menghitung daripada bilangan kuantiti. Tetapi bagi ahli ibadah, hitungan ke atas mereka berdasarkan kuantiti, tidak dikira berdasarkan kualiti.

Maksudnya, ahli ibadah sentiasa banyak buat ibadah, tetapi wali Allah tidak banyak buat ibadah seperti ahli ibadah. Mereka buat juga dan istiqamah pada yang fardu dan sunat, tetapi sikit. Cuma bila melakukan ibadah, mereka sentiasa beri tumpuan hati mereka untuk beribadah kepadaNya.

Ringkasanya, ibadah bagi ahli ibadah berdasarkan kuantiti, sedangkan ibadah bagi para wali Allah berdasarkan kualiti (tawajuh hati mereka kepada Allah s.w.t).

 

 

Keutamaan mereka

Sebegitupun perbezaan ini, hal ini tidaklah meninggikan sedikit pun darjat seorang manusia di sisi Allah s.w.t hal ini kerana setiap kedudukan dan darjat manusia, semuanya Allah s.w.t telah tentukan. Maka, mereka hanya ambil tugas yang telah ditakdirkan. Itu sahaja.

Yang boleh mereka letakkan kedudukan mereka, ialah keinginan untuk buat sesuatu kerana Allah s.w.t. kemudian, sifat istiqamah untuk teruskan dan bertambah baik amalan mereka itu daripada sebelumnya.

Wallahua’lam.

 

🙂

Semoga sentiasa dirahmati Allah, sihat dan sejahtera.

BErtambah iman dan yakin pada Allah.

Bertambah amal soleh hanya keranaNya.

(….buat tarawikh 20 rakaat?)

 

🙂 Nanti nak berbuka di masjid sahaja.

Banyak berdoa waktu berbuka. Khusus kepada orang terdekat, agar dipelihara iman dan taqwa, jauh dari kesesatan dunia.

Allahummah fazdhna minhu… Amin

 

Diri…

Terima kasih kerana doakan yang terbaik kepadaku. kadang-kadang terasa juga apa-apadoa itu, tetapi kerana kelemahanku, daku tersalah tafsir dan mengungkap ke arah lain.

Semoga diri sentiasa sihat dan diberikan kemudahan dan kekuatan untuk pegang tanggungjawab diri di sana.

Semoga diri sentiasa berharap dan berhajat kepada Allah… dan membersihkan hati kita semua.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: