tiada tajuk

Hari ini tidak sama seperti semalam.

Hari esok belum tentu lagi.

Hari –hari aktiviti dirasakan tidak sama,

Bagi orang yang beriman kepadaNya.

Tetapi bagi orang Islam,

Hari ini tidak ada beza dengan semalam.

Hanya sibuk dengan kerja dan tugasan, tetapi rutin yang berlaku tiada perbezaan.

 

Manakala bagi orang yang beriman.

Kerana sifat iman itu pun tiada ketetapan.

Turun naik dan keluar masuk. Itulah neraca bagi iman.

(iman di hati… bukan iman sebagai manusia🙂  )

 

 

Hhmm…. Hari ini daku agak sibuk.

Hari itu baru jumpa lecturer. Ambil sikit masa disscuss, kemudian cadangan untuk next perjumpaan.

Cadangnya minggu depan. Tapi, sekarang masih tak boleh buat lagi sebab banyak pergerakan nak kena lakukan.

Sehingga daku nak menulis tentang sesuatu adab sunnah pun tak boleh  bagi masa yang sempurna.

 

Apa-apa pun,

Daku nak tekankan juga di sini untuk hari ini tentang adab dan sunah.

 

Adab ini menonjolkan akhlak yang mulia.

Sunah pula bukan sahaja telah mulia, tetapi mengangkat peribadi manusia kepada iman yang sempurna dan kecintaan pada Rabb yang Maha Esa.

Sunah ialah tatacara hidup yang paling terbaik. Jika tidak beramal dengan sunnah, nescaya kehidupan manusia itu tiada hala tuju yang mendatangkan keredaan Allah s.w.t.

Sedangkan dalam sunnah telah wujud janji Allah untuk mendatangkan kecintaan kepada hambaNya dan meletakkan martabat yang mulia di sisiNya.

 

Hari ini,

Daku dan rakan-rakan sedang berusaha untuk mengembangkan amalan, kesedaran dan penghayatan pada pentingnya sunnah dalam kehidupan.

Kalau orang cakap nak ceramah, telah ramai yang berkata tentang sunnah. Yang buat kelas dan lain-lain ada sudah yang menceburi ia.

 

Tetapi kami tidak mahu sekadar duduk di atas medan pentas. Kami ingin manusia menjana perubahan melalai amalan, kesedaran dan penghayatan tentang sunnah Nabi s.a.w.

Kami ingin mulut mereka berkata tentang Nabi s.a.w, dan berkaitan sunnah kehidupan nabi s.a.w.

Kami tidak target pada kuantiti, tetapi kesediaan manusia untuk mengamalkannya.

Insha-Allah.

 

-Tak boleh nak tulis panjang sangat ini  hari lah.. agak banyak tugas.

Semoga diri dan yang lain dalam keadaan sihat, selamat dan dirahmati Allah s.w.t.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: