Teman setia untuk membantu…

Sukar daku nak cakap, terutama perkara yang berkaitan dengan hati.

Ya… telah lama berlaku. Namun, disebabkan tidak boleh melihat dengan mata  kasar, tentu sahaja tiada kepuasan untuk tetap pendirian akan perkara yang dirasakan atau bagai dalam pemerhatian melalui mata yang dilihat pada hati.

————————

Penglihatan mata hati pada manusia membuatkan daku meletakkan banyak penglihatan ini pada Allah s.w.t. mengapa?

Hal ini kerana apabila hati itu melihat kepada Allah s.w.t, Allah s.w.t yang bersifat tanpa kekurangan dan kesempurnaan pasti akan kembali melihat dan memenuhi hajat si hamba yang melihat kepadaNya. (Melihat di sini bermaksud basirah, atau dengan lain perkataan ialah yakin pada zat Allah, kekuasaan Allah, kebesaran Allah, janji Allah, permohonan yang akan dimakbulkan Allah dan lain-lain lagi).

 

Jadi, pembukaan mata hati itu sebenarnya telah membuka pintu kepada lebih mengenali Dia. Dia menjadi makhluk sebagai asbab untuk manusia kembali melihat kepada Dia yang memang tidak boleh dinilai dan dilihat dengan mata kasar.

Berkaitan perkara ini, Allah s.w.t sendiri telah menyatakan misalnya dalam al-Quran. Suatu ketika, ketika bersuluk dan berkata-kata dengan Allah s.w.t, datang kerinduan dan keinginan yang mendalam pada diri Musa a.s untuk melihat wajah atau zat yang sedang dia berkata-kata denganNya.

Tetapi Allah s.w.t tidak memakbulkan doa Musa a.s. Namun Dia menjelaskan bahawa Nabi Musa a.s akan dapat melihatNya jika dilihat tetap asalNya pada keadaan gunung yang dinyatakan. Dengan nur tajalli Allah, maka gunung tersebut hangus terbakar sebelum Allah s.w.t memaparkan siapakah zatNya.

Pengsan Nabi Musa a.s. setelah pengsan dia beristighfar dan memohon ampun kerana kesalahannya memohon sesuatu yang bukan pada tempat dan sepatutnya.

Namun, disebabkan peristiwa tersebut Nabi Musa a.s makin mengenali dan menyedari betapa berkuasa dan besarNya zat Allah s.w.t

 

Beginilah keadaan makhluk. Makhluk tidak akan dapat mengenali Allah s.w.t terus melainkan menjadikan makhluk yang lain sebagai pengantara untuk mengenaliNya. Makhluk yang terbaik ialah Nabi dan kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, barang siapa yang ingin mengenaliNya, maka turutilah ajaran, saranan dan pegangan para sahabat r.anhum. Hal ini kerana para sahabat ialah orang yang berpegang dengan kata-kata dan perbuatan Nabi s.a.w. Perbuatan mereka ini mendatangkan keredaan Allah s.w.t. Allah s.w.t buan redha sebab diri mereka, tetapi Allah s.w.t meredhai mereka kerana mereka menuruti dan mencontohi kekasihNya, Muhammad s.a.w.

 

Begitulah juga pada diriku. Daku sendiri sebenarnya tidak dapat mengenali Allah s.w.t dengan terus langsung, melainkan ada makhluk lain yang menjadikan penglihatan di mata hatiku.

Dengan basirah yang diperlihatkan daripada makhluk, maka baru daku dapat ilham (yang juga dariNya) akan penglihatan kepada Allah s.w.t. Disebabkan basirah (penglihatan di mata hati) pada makhluk ini was-was dan tidak pasti, maka lebih baik daku melihat mata hati kepada Allah s.w.t. Apabila melihat kepada Allah s.w.t, sudah tentu Allah s.w.t itu yang sangat pasti. Dan, apabila mengharapkan kepadaNya sudah pasti Dia akan bagi.

Dengan ini bertambah iman dan yakinku kepada Allah s.w.t daripada manusia. Hanya, manusia itu dijadikan perantara untuk melihat kepadaNya sahaja.

Wallahua’lam…

*****************

 

Tiada apa-apa yang penting nak diutarakan.

Tetapi sebab banyak tugasan perlu dilaksanakan, dan mlihat ummat yang tak tahu bagiku sendiri bagaimana mereka boleh menjana perubahan,

Daku terasa sempit di kepala. Pening.

 

Tetapi, Alhamdulillah, setelah berada di jalanNya, daku terasa lapang kembali kepala ini. Sebab duduk dengan keadaan dunia ini memang menyakitkan. Hanya orang yang kenal dan berada di luar kelompok dunia sahaja mungkin dapat  merasakan. (Tapi memang duduk di dunia ini banyak penyakit. Lihat…. Pelbagai jenis penyakit ditemui, para dokotr dan saintis dilahirkan dan banyak hospital serta klinik berdiri hari ini. Tetapi merawat rohani itu hanya satu sahaja, iaitu di masjid dan surau dengan melakukan amalan).

 

Satu lagi, daku berlaku keadaan ini juga disebabkan pelbagai takaza atau tugasan yang Allah s.w.t berikan kepadaku.

Banyak sangat… dari bab dunia dan bab akhirat.

Kedua-dua bab ini membuatkan daku pening. Kerana dua-dua bab ini memang buat masalah yang tiidak akan berakhir. Yang lebih menambah beban ialah daku hanya seorang menguruskan kedua-dua bab ini. Inilah yang menambah sakit kepala ini.

Daku teringat… kalaulah daku ada pembantu yang setia. Alangkah baiknya.

Tetapi sehingga kini tiada. Tiada yang sedia berkongsi fikir risau, cari jalan penyelesaian dan buat gerak kerja bersama.

Mungkin dari salahku kerana tidak bersama mereka. Tetapi entahlah….

 

Itulah… daku harap daku ada pembantu setia. Dia sentiasa bersamaku untuk buat kerja, membantu serta mendorongku untuk terus berusaha. Daku tahu akan kerja yang daku laksanakan. Jika tidak, tiadalah daku dapat berdiri, berfikir, berubah dan menubuhkan sesuatu yang daku tak pernah jangka terjadi pada hari ini. Tamabahn lagi, jika benda tersebut sia-sia dan buang masa, daku pasti akan tinggalkan dan tidak akan melakukannya.

…… moga Allah memakbulkan doaku ini…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: