Suatu kenyataan: pegang pada jiwa bukan jasad

Dalam kehidupan ini,

Mungkin manusia makin tak kenal nilai dan perkara ini. Hatta dia ilmuwan Islam atau agamawan. Sebab rata-rata manusia di mana-mana sibuk mengejar dunia dan perhiasannya.

Sama ada wang ringgit (yang daripada kertas), harta (perabot, rumah, kedai, kenderaan), emas dan perak (dari tanah), kedudukan (yang sampai satu tahap pasti akan berakhir), atau wanita (yang nampak lebih cantik dan menarik, yang ada menjadi kurang kasih sayang…)

Tapi, ramai yang tak sedar mereka sedang mengejar dunia dan perhiasannya.

 

Mengapa mereka tidak sedar?

Kerana dua perkara. Pertama ialah suasana sekeliling mereka telah menafikan kesedaran atas perkara yang lebih baik. Suasana bukan sekadar kehidupan bermasyarakat, malah berkaitan dengan mentaliti, pendidikan, pergaulan, pemikiran dan lain-lain. Suasana itu semua menjurus kepada dunia dan perhiasannya, sehingga mereka tidak sedar yang mereka tetap berada di kelompok yang sama.

Kalau mereka telah menyedari tetapi tak mampu nak keluar, ada jalan untuk dia membebaskan diri apabila Allah s.w.t memberi petunjuk kepada mereka. Tetapi manusia yang tidak sedar mereka sedang kesesatan, inilah yang bahaya. Sebab ….

Bila ajal tiba, apa-apa persediaan pun tak buat lagi.

 

Perkara kedua sebab tak sedar ialah hati.

Hati ini bukan sekadar berkeinginan yang sangat erat pada perkara keduniaan, tapi yang lebih teruk

Kekotoran dunia sentiasa dalam hati mereka.

Maksudnya…. pancaindera itu digunakan untuk membawa kekotoran pada hati. Mereka guna mulut utnuk suka mengumpat, mengeji, melihat keburukan orang lain, mengata orang lain, menghina orang lain. Menggunakan mata untuk melihat najis-najis dunia dan lain-lain. Guna tangan dan kaki untuk pergi dan buat perkara-perkara kerosakan walau hanya buang sampah ditepi jalan (jadi apatah lagi nak bersih hati jika hari-hari pegang benda makruh atau haram-lelaki pegang wanita bukan mahram dan wanita pegang perhiasan dnia berlebihan), dan guna telinga dengar musik (jadi dari satu sudut musik itu haram di masjid kerana mengganggu ibadah orang lain dan melalaikan. Jika musik itu tak mengganggu ibadah dan tidak mendatangkan manusia ingat pada keseronokan keduniaan, itu bukannya haram), mengata orang, menghina dan memaki manusia dan lain-lain.

Disebabkan kekotoran dunia ini setiap hari didengari dan dilakukan, maka semakin hari semakin penuh menompok dunia dan perhiasannya di dalam hati manusia. Disebabkan hati sudah tidak bersih, maka mereka menjadi manusia yang tak boleh bersihkan pemikiran dan nafsu mereka. Jadi makin susah untuk sedar tipu daya dunia yang nampak pada zahir ini.

 

Masalah… masalah….

Kerosakan yang berlaku ini mendatangkan banyak masalah.

Lebih masalah lagi apabila manusia yang telah melihat atau berada di luar kelompok ini, sedangkan mereka sedang hidup dan berada dalam kelompok ini. Maksudnya manusia yang sedang melihat kepada akhirat, tetapi mereka hidup dengan kalangan ahli dunia dan perhiasannya.

Mereka akan nampak (dalam keadaan orang lain tidak nampak) kerosakan yang berleluasa. Jika mereka tidak kuat, maka mereka tersungkur daripada terus bergaul dan bermasyarakat dengan ahli dunia. Jika mereka kuat, maka mereka sedia untuk penuhkan zikir di hati mereka, fikir untuk agama, dan pancaindera mereka digunakan untuk perkara-perkara agama.

Jika tidak, mereka akan jadi sakit kepala yang bersangatan. Sebab debu-debu dunia mereka tiada filiter untuk menapis masuk ke dalam hati mereka. Hati yang dipenuhi debu dunia membuatkan akal mereka ‘hang’ dan nafsu mereka menendang-nendang ingin keluar daripada kurungan.

 

Dan, mereka kena ada tempat khas untuk bina balik kebersihan pada hati dan melapangkan pemikiran yang telah dikusutkan. Tempat tersebut sama ada di rumah Allah yang manusia menjaga amal di dalamnya, atau di rumah mereka yang mereka sentiasa ada amalan agama di dalamnya.

 

Realiti yang bukan dalam bayangan

Begitulah keadaan kehidupan yang realiti. Bukan sekadar apa yang dikejar oleh manusia hari ini.

Daku tak tahu kebenarannya. Tetapi daku sentiasa perhatikan manusia –dari kedua-dua belah pihak- dan nampak perbezaan yang ketara.

Hanya di Malaysia ini masih ada rahmat Allah disebabkan masyarakatnya yang sensitif dan lembut hati. Suka buat kebajikan walaupun sentiasa berdosa dan lain-lain. Allah s.w.t tidak melihat kepada keburukan mereka, tetapi cukup dengan kebajikan yang sentiasa mereka usahakan, sebenarnya telah menyuci hati mereka yang berdosa tersebut dan mendatangkan rahmat Allah kepada sesuatu kawasan. Sebab itu buat baik menghapuskan kejahatan.

 

Jadi, banyaklah  institusi tinggi agama, masjid dengan ceramah dan kuliah, buku dan majalah agama, serta rancangan televisyen bercorak agama di Malaysia. Semua insititusi dan aktiviti ini tidak akan terjadi jika masyarakat Malaysia tidak pandai berakhlak atau sopan santun serta berbuat kebajikan kepada orang lain. Disebabkan sifat mulia ini (lembut hati dan cuba membantu) maka rahmat Allah s.w.t sentiasa menaungi Malaysia dan ramai yang sedang berusaha untuk kembali kepada agama (walaupun dengan cara yang tidak sempurna).

 

Penglihatan rohani.

Buat diri yang sentiasa perhati di laman ini,

Inilah yang daku khususkan kepada istilah penglihatan rohani. Penglihatan rohani ini ialah memandang keadaan dalaman, atau memandang kepada hati yang sedang melakukan (perbuatan bagi hati).

Penglihatan rohani ini bukannya seronok, tetapi menyakitkan. Ia melihat kepada manusia melakukan dari dalam batin mereka. Contohnya, mereka zahir bekerja tetapi solat tidak terjaga. Maka penglihatan rohani meyatakan mereka itu tidak solat kerana hatinya tidak sedang melakukan perbuatan solat (perbuatan zahirnya solat sekadar alar kadar). Mereka berkeluarga dan berkerja tetapi tidak bayar zakat harta. Maka, mereka sebenarnya tidak bayar zakat kerana harta mereka masih tidak bayar zaakt jika cukup masa pda nisab dan haul- bukan sekadar zakat fitrah sahaja (sedangkan zakat itu membuang keburukan atau kekotoran yang wujud pada harta. Bagaimana harta dan diri mereka bersih sedangkan masih banyak kekotoran harta bersama mereka).

 

Jadi, penglihatan rohani ini bagiku amat sukar. Kerana ia nampak banyak keburukan dalam amalan agama yang manusia lakukan.

Jika daku tidak kuat pada rohani, maka senang daku rasa sakit dan buruk sangka pada orang lain daripada orang lain yang hanya nampak keburukan pada keadaan zahir sesuatu amalan. Oleh itu, nak tak nak, daku kena kuat rohani barulah mental ini jadi lapang dan boleh fikir dengan baik. Jika tidak,

Sukar kerja dakwah itu dilakukan kepada umat yang sedang melakukan banyak kerosakan tanpa mereka menyedari keadaan ini.

 

Sebab itulah daku memerlukan teman yang setia. Bukannya teman yang bijak pandai dan lain-lain, cukup untuk dia berusaha bersamaku ke atas umat ini. Dia menjadi tempat untuk daku berkongsi apa-apa yang daku ketahui dan dia bersama denganku sentiasa untuk melakukan kerja ini.

Ibarat kata, berkongsi beban kerja akan menjadi lebih mudah.

 

Suatu kenyataan: kepada jiwa, iaitu Diri.

Begitulah diri…

Bukan mudah menjadi manusia yang mengenal Allah s.w.t, dan merasai perbezaan antara usaha jasmani dan usaha rohani.

Ia bukannya menyeronokkan, tetapi terasa terlalu banyak beban dan kesukaran.

 

Sekalipun begitu, daku tidak ingin lalai dan alpa daripada tanggungjawab ini. Hal ini kerana, jika daku tidak mengusahakan agama Allah, siapa lagi yang nak letakkan tanggungjawab dan ambil usaha yang besar di sisiNya ini?

Bukannya keutamaan daku berusaha ini untuk orang lain, tetapi untuk kebaikan diriku sendiri. Dengan usaha yang dilakukan ini, banyak manfaat diperoleh, benar pada tujuan hidup ini. Jika tidak, daku pun lalai dan alpa, seperti manusia lain, jika Allah s.w.t tidak menolongku selama ini.

 

Satu hal lagi,

Penglihatan rohani ini juga telah mengimbas memoriku kepada satu perkara. Satu peristiwa.

Lama dulu… ia berkaitan antara kita sampai ke hari ini.

 

Daku teringat peristiwa itu menyebut agar daku, “berusaha (berpegang) pada jiwa, bukan jasad”. Daku tidak tahu bagaimana suara itu datang dan terngiang-ngiang dalam pemikiranku. Dan daku tidak faham apakah maksudnya.

Tetapi setelah melalui pelbagai pengalaman, tarbiyah, tazkiyah, dan mujahadah, baru daku fahami sedikit maksud pada perkataan itu.

Iaitu pegang pada keadaan jiwa (rohani) dan bukannya pada jasad (jasmani).

 

Semuanya dalam takdir Allah s.w.t. semuanya dalam kehendak Dia.

Sehingga ke hari ini, antara kita, memang dalam dan sedang diaturkan olehNya. Mengapa Dia mengaturkan semua peristiwa ini? Wallahua’lam. Tetapi yang pasti ini dalam Rahsia Allah.

 

Cuma satu perkara, sebagai manusia biasa, kita mampu berusaha.

Berusaha pada jiwa, dan bukan jasad. Melihat pada rohani dan bukan jasmani.

Apa-apa sahaja yang berlaku pada keadaan jasmani, jika benar pada usaha rohani ini, maka niat dan perbuatan itu akan berterusan sehingga kepada mencapai mardatillah (keredhaan Allah).

Keadaan jasmani tidak akan mampu bebruat apa-apa, menjadi tangga perbezaan dan tidak memberi kesan sebaliknya.

 

Oleh itu, untuk mendapat usaha rohani ini, ada dua usaha kena lakukan.

Usaha pertama ialah keinginan yang bersungguh-sungguh. Nyatakan keinginan itu bersungguh-sungguh sentiasa kepadaNya.

Usaha kedua ialah istiqamah perbuatan. Lakukan perbuatan tersebut sentiasa, sama ada senang atau susah.

Disebabkan ia adalah usaha rohani,

Maka usaha ini terus nyatakan kepada Allah s.w.t,tanpa sebarang perantaraan jasmani.

Jadi apakah usaha yang terus kepada Allah s.w.t?

Usaha tersebut ialah ibadah dan doa.

 

Pelihara kedua-dua usaha ini. Nyatakan keinginan bersungguh-sungguh dalam doa dan ibadah. Istiqamah nyatakan hajat pada yang dihajatkan itu dalam doa dan ibadah.

Wallahua’lam.

 

-daku ingat hari kelahiran Iman sudah dekat. Tetapi tak pasti bila.

Apa-apapun, daku doakan Iman sentiasa dipeluhara Allah, membesar mnjadi anak yg solehah. Pewaris ilmu agama, pasak jiwa agama dan mempunyai iman yg tidak goyah pd kelalaian dunia.

 

Iman,

Jika wajahmu menyinar menbawa semegah namamu,

Alangkah sukacita Tuhan yg Maha Esa.

Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati

Berzikir sentiasa di hati

Penyeri wajah bonda yg memerhati

😀😀

 

 

Assalamualaikum….

Diri, diri tolong doakan daku ya.

Daku sebenarnya rasa sangat marah dgn keadaan kerosakan umat ini. Yang membuatkan daku sangat marah ialah

Ada manusia yang buat kerosakan pada amalan di dalam rumah Allah, terutama di surau hostelku sendiri. Surau itu dah jadi bahang semacam. Daku tahu siapa kerana daku dah terserempak dan lihat keadaan mereka yang ‘aneh’.

Doakan daku ada kesabaran yang hadapi masalah umat ini. Doakan umat ini terutama yang melakukan kesalahan ini berubah menjadi manusia beriman.

(jangan doakan benda tidak baik untuk mereka. Sebab, sebelum daku beritahu diri di sini, daku memang dah nak call pihak pengurusan untuk buat hukuman apa-apa atas kesalahan ini. Tapi Allah s.w.t tak bagi, Dia menghalang.

Daku akur… daie tak boleh buat tindakan melulu melainkan sekalian umat ini tak pernah menyokongnya. Kerana

Daie bersifat Muhammad s.a.w tetap kena kasih pada umat walaupun umat ini semua tak suka atau bersama dengannya…

Jadi, daku tetap kena buat baik kepada mereka dan bina perubahan pada mereka. Daku tak ada hak menghukum mereka sebagai daku bukan penghukum walaupun daku sendiri sangat marah kerana mereka buat kerosakan di rumahNya. Daku hanya boleh kena berkali-kali tegur mereka sehingga Allah s.w.t sendiri yang ambil tanggungjawab untuk buat keputusan (hukuman atau lain-lain) melalui cara yang Dia suka.

Doakan daku dapat bersabar dengan keadaan umat ini, ya Diri.

 

(Dan, Diri jangan doakan kecelakaan pada umat ini. Doakan kebaikan atau mereka dapat diislahkan.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: