Rehat, zikir dan kelapangan

Alhamdulillah…. baru lepas balik tiga hari.

Walaupun tidaklah boleh dikatakan sempurna, tetapi dengan keluar jamaah ini, hatiku terasa lapang dan tenang.

Sebab hari-hari sibuk dengan pelbagai urusan sendiri dan urusan masyarakat. Dekat pukul 12 pm baru berhenti.

(Tapi, biasanya daku tidur agak lewat. Dalam pukul satu atau satu setengah.. lewat lagi, susah lah nanti nak bangun tahajud dan fokus di pagi hari.)

Memang terasa berbeza bla keluar jamaah ini. terutama daripada kerehatan badanku sendiri (sehingga bila daku bagi masa untuk jamaah selama 40 hari, daku rasa banyak betul daku berehat).

 

Hal ini kerana tugasan harianku terlalu padat. Masa pagi sehingga ke waktu asar dengan urusan pelajaran dan duniawi. Petang ke malam, tugas untuk umat dan akhirat. Pembahagian masa ini hanya perancangan dariku. Tetapi yang beri petunjuk dan taufik daripada Allah s.w.t.

Mengapa?

Sebab kalau langgar waktu masa ini, maka daku balik kena pelbagai masalah.

Ini baru cerita bab pembahagian masa. Belum lagi beritahu apakah yang daku buat pada waktu yang daku ada tersebut. Dan apakah amalan yang dipraktik sepanjang masa tersebut.

Apa-apa sekalipun, ini semua kehendak dan aturan dariNya. Daku tidak mampu dan kemampuan lagi terbatas untuk upaya mengubah masaku sendiri, pada keadaan kepentingan dunia dan akhirat ini.

 

Rehat di sebalik kesibukan.

Jadi, selain daku berada di jalan Allah s.w.t, sebenarnya di sini juga sebenarnya daku banyak rehat dan rasa lapang minda. Jika tidak, daku sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan dan kerja.

Sehingga pada hari pertama berada di jalan Allah s.w.t, daku terlelap. Tapi alhamdulillah, waktu malam telah aktif untuk melakukan ibadah tarawikh. Hari kedua sudah terasa segar badan, dan hari ketiga juga pekrara yang sama.

Tiga hari berada di jalan Allah seperti refreshment bagiku untuk 27 hari yang lain.

 

Selain itu, ada sebab daku dapat berehat. Iaitu bila daku tidak keluar, daku banyak melakukan urusan agama ini seorang diri. Tetapi  apabila keluar jamaah, daku akan melakukan bersama ahli jamaah yang lain. Maka, bebanan itu ditanggung bersama-sama.

Malah, tertib keluar jamaah pula perlu ada amir. Jadi, sekiranya daku aktif sekalipun sewaktu tidak keluar, disebabkan ada amir atau ketua jamaah, maka kami mesti akan taat, khususnya pada program yang telah dirancang. Lagipun, pada waktu keluar jamah memang kena banyak aktiviti dalam masjid daripada diluar masjid. Malah,  memang tidak boleh dibina hubungan dengan ehwal duniawi (seperti waktu tidak keluar). Perlu fokus pada ehwal jamaah dan hidayat Allah untuk tersebar pada pelbagai tempat dan umat. Oleh itu, apa-apa yang berlaku pada ehwal duniawi pada keluar jamaah, memang kami diajar untuk yakin pada dua perkara, iaitu pertama ialah doa dan kedua ialah amalan. Hal ini kerana,

Daripada Allah s.w.t datang segala urusan, kepada Allah s.w.t akan kembali semua urusan.

 

Jadi, bila keluar jamaah, ehwal lepas daku tak perlu runsing lagi. Nak jadi apa, terpulang. Asalkan daku telah letakkan persiapan dan tawakal kepada Allah s.w.t dalam setiap urusan.

 

Selain daripada masa keluar jamaah daku lapang minda dan berehat, ada satu waktu lagi yang daku rehat. Iaitu, ketika daku bersama keluarga.

Apabila daku bersama keluarga, daku akan berikan masa bersama mereka. Hal ini kerana hak masa yang daku ada memang untuk bersama keluarga. Banyak masa untuk membantu tugasan rumah, dakwah, betulkan adab dan tatacara hidup serta berbual ehwal semasa, apabila daku pulang ke rumah sana. Relaks sembang-sembang, sambil makan masakan ibu yang lebih sedap daripada kedai buat.

(Walaupun simple, tetapi tetap sedap. Sebab ibuku masak untuk anaknya makan (orang meniaga masak untuk tujuan kaut keuntungan. Walaupun sedap tapi tak ada roh. Rosak hati pada ibadah. Tambahan lagi, jika tempat kunjungan itu didatangi dan dilihat oleh ahli maksiat atau bercampur baur antara halal dan haram). Jadi, ibuku akan betul-betul bagi masa untuk masak dengan perasaan. Sehingga apabila daku nak balik ke tempat belajar, dia akan sediakan bekalan. Daku cakap, daku tak makan seorang-seorang, makan dengan kawan-kawan atau orang lain selalunya. Maka, ibuku akan sediakan lebih untuk tiga atau empat orang makan. Bila daku pergi ke pusat dakwah di sini, daku bawa bekalan sekali dan makan di sana. Mesti mereka kata, “ni bawa bekalan dari rumah?” Daku iyakan dan mereka suka makan sekali. Kadang-kadang mereka puji sebab daku bawa masakan dari rumah. Sebab kami tahu masakan dari rumah ada keberkatan bukan macam masakan di kedai-kedai. Padahal orang Pulau Pinang tak beberapa nak masuk pada masakan melayu. Tapi mereka tetap suka untuk makan sekali).

 

Ilmu baru ketika keluar jamaah

Selain itu, ketika daku keluar kali ini, ada oran yang ajarkan kepadaku tentang ehwal zikir. Walaupun tak menyeluruh, tetapi cukuplah bagiku yang mana dalam zikirku kali ini ada seseorang yang membimbingku, tidak seperti waktu yang lain.

Dia ajar beberapa zikir. Tetapi sebenarnya zikir tersebut memang daku praktikkan setiap pagi. Bezanya, apabiladia ajar, daku terasa lebih ada panduan dan dibimbing, maka nilai kefahaman tethadap kepentingan zikir itu masuk ke dalam jiwa.

Dengan ilmu yang diperoleh, daku akan berusaha untuk praktikkan. Ya, daku perlu berusaha untuk praktikkan. Hal ini kerana daku banyak bagi masa kepada manusia. Datang kepada manusia ini menyebabkan rohku rosak. Rosak sebab roh manusia hari ini banyak yang telah malap, sakit dan rosak. Bila nampak rohku mula diserang rosak-rosak, maka hatiku akan nampak keburukan dan sakit kepala akan datang.

Nak tak nak, daku kena banyak zikir ketika jumpa manusia. Dengan zikir ini, daku menjadi lapang jiwa dan ada protection ketika berjumpa manusia.

Rasanya dah panjang bercerita hari ini.

 

Fi kulli hal, daku sentiasa doa dan berharap moga Allah s.w.t sentiasa merahmati, memelihara, dipermudahkan urusan dan diberi nikmat kesihatan serta keimanan kepada diri dan yang lain-lain.

Amin.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: