Selama hari raya Aidilfitri!

salamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dan semoga dirahmati Allah s.w.t

 

Alhamdulillah… telah berakhir 29 Ramadhan. Bulan yang diberkati dan dirahmati, madrasah dan tarbiyah yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada umat Nabi s.a.w sepanjang zaman, telah berada di penghujungnya.

Kini, bermula syawal yang merupakan bulan kemeriahan dan keraian dalam kalangan umat Islam. Dengan tarbiyah selama hamper sebulan, Allah s.w.t  kurniakan keistimewaan bulan kemeriahan ini agar umat Islam terasa dihargai pengorbanan mereka untuk makan dan minum selama ini.

Namun, keriahan itu utamanya ialah untuk sehari, iaitu pada hari pertama Aidilfitri. Bermula dari iktikaf di rumah Allah, takbir raya, kereiahan bunyi mercun, warna warni bunga api, serta aktiviti ziarah menziarahi ialah untuk hari pertama Aidilfitri.

Hari kedua dan ketiga seterusnya, ada yang sudah mula berpuasa. Setelah berpuasa habis selama enam hari, ada yang berkata, “Sekarang baru berhari raya!” Tetapi, ia hanya singkat dan meraikan makan minum dan ziarah kenalan yang dikenali sahaja.

 

Sebegitupun,

Terlalu tidak betul apabila dipagi raya manusia ada yang menangis. Jika  menangis gembira tidak mengapa, tetapi ini menangis sedih. Tambah lagi kesalahan, hari itu jualah pergi ziarah kubur. Sepatutnya mereka para pagi dan selepas solat pergi ziarah di rumah orang yang hidup, tetapi hal ini terbalik pula.

Mungkin dah sebab berkumpu di masjid terus ke tanah perkuburan. Hakikatnya, etika ini tidak tepat. Sepatutnya kubur diziarahi pada bulan ramadhan lagi, agar menambah mendidik hati agar mengenang hari kematian dan apakah yang akan berlaku selepas mati.

 

Baiklah,

Apa-apa sekalipun,

Raikanlah bulan syawal ini. Namun, berpada-padalah. Jangan terlalu makan bagai tidak mahu berhenti, jangan memboros berbelanja macam esok sudah tiada di atas muka bumi.

Berpada-pada, kerana sifat berlebihan itu dilaknat Tuhan.

 

Banyakkan bersyukur atas nikmat dan kurniaan Allah s.w.t ini. Dan berpada-pada agar meggenal nikmat itu hanya sementara sebagai timbul rasa gembira. Hakikat kegembiraan itu bukan di sini, tetapi berterusan dan kekal di akhirat nanti

Semoga Allah s.w.t merahmati di hari yang diberkati ini. Semoga hubungan erat sesame ahli keluarga dijalinkan kembali apabila hidup dan wujud aktivtiti ziarah menziarahi dan bersalaman sesama muslim.

Insha-Allah.

 

-… pagi raya di kampong seperti kebiasaan. Lagipun, pagi ini daku tak bergerak ke mana-mana, tinggal di rumah sahaja buat perkara di sini.

Insha-Allah, petang baru ziarah masyarakat di sini. Lagipun, waktu tersebut memang biasa dilakukan untuk menziarahi umat. Harapnya masih ada orang di sini, sebab ada yang pulang ke kampung mereka yang lain.

(Lagipun tak boleh nak makan pagi. Lepas asar baru ada rezeki. Nanti datang tak makan pelik pula.)

 

-….raya di mana? Mesti happy si kecil, sederhana, besar dan dah remaja di sana. Walaupun tak berpuasa atau puasa sekerat hari, dengan suasana dan kemeriahan aidilfitri, semua terasa nak ikut meraikan sekali.

 

Ketupat rendang hidangan tradisi

Biskut dan kuih hidangan terkini

Pelbagai kemeriahan menyambut Aidilfitri

Lagi meriah jika semua orang saling menziarahi.

 

Sampul raya berbuku-buku

Mercun berdetum, warna warni bunga api

Lemang, ketupat, bangkit dan bahulu

Meriah dan bergembira menyambut hari ini

 

Selamat hari Raya Aidilfitri.

Maaf zahir dan batin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: