Apa itu keberkatan?

 

Hari ini sudah raya keempat. Mungkin ada orang yang sudah mula berpuasa sunat enam pada beberapa hari yang lepas.

Daku baru nak start. Sebab baru terlepas dari meja makan di rumah, cari makan sendiri di universiti.

Hari ini mungkin tidak menulis terlalu panjang. Takut nanti melalut entah ke mana.
Walaupun banyak juga cerita, tetapi… daku rasa tak wajar beritakan semua. Kerana hanya akan menimbulkan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau senda gurau semata-mata.

_____________________________
Apakah itu berkat?
ADa orang mungkin sudah arif dalam bab ini. Tetapi daku rasa ramai lag iyang tidak arif dan ambil peduli perkara ini.
Tetapi sebenarnya, berkat inilah yang patut setiap manusia berusaha untuk mencarinya. Kerana berkata ini sinonim dengan bantuan Allah. Apabila kita dibantu, maka setiap kerja yang sukar dan mustahil, akan jadi mudah untuk menyelesaikannya.

Kerana berkat tiada dalam kamus agama yang batil atau manusia yang tidak peduli dengan nilai agama. Berkat hanya wujud dalam agama, kerana ia anugerah Allah s.w.t untuk orang yang beramal dengan agamaNya yang haq.
Begitulah lebih kurang definisi kefahaman kepada berkat.

Cara peroleh berkat
Untuk memperoleh berkat, beberapa kaedah perlu dilakukan.
1. Perlu beragama Islam.
2. MEmelihara rukun Islam.
3. MEyakini pada rukun Iman.
4. Beramal soleh.
5. Doa
6. Tawakal.

Berkaitan perkara keempat, amal soleh perlu pelajari akan kaedah dan hkukum hakamnya. Hal ini supaya tidak rugi semasa beramal, dan mendapat keuntungan disebabkan amal soleh yang telah dilakukan. Jika tidak belajar, banyak lah dilakukan amal soleh, tetapi kesannya tidak ketara.

Tanda berkat.
Terdapat beberapa tanda beroleh berkat.
1. Dipermudahkan urusan hidup.
2. Boleh melakukan banyak perkara.
3. Tidak menghadapi masalah berulang.
4. Tabah menghadapi ujian.
5. MErasakan akrab dengan Allah.
6. Suka beramal agamaNya.
7. Tidak terkesan dengan perubahan dunia.

Tidak bergantung asbab.
Selain itu, orang yang beroleh berkat juga sebenarnya telah berlawanan dengan asbab kehidupan seperti kebanyakan orang biasa.
1. Berkat telah menyalahi penglihatan manusia pada kuantiti. Tanpa kuantiti, usaha yang diberkati boleh dapat selesai juga dengan baik.
2. Berkat telah menyalahi konsep kualiti. Tanpa kualiti, kenderaan yang sederhana boleh berjalan dan tiada masalah sehingga perlu maintenance sampai beribu-ribu.
3. BErkat tidak memili dan tamak. Usaha yang berkat bergantung harap pada pemberian Allah s.w.t. Maka, dia merancang terbaik. Setelah beroleh benda yang diharapkan, dia tidak tamak dan inginkan benda yang dirasakan pada zahiriahnya lebih baik.
4. Usaha terus berkekalan. Usaha yang diberkati maka bantuan Allah s.w.t sentiasa menaungi. Maka, Alla hakan kekalkan usaha yang Allah s.w.t sukai.
5. Tidak terpengaruh dengna perubahan dunia. Usaha berkat juga tidak terkesan dengan kadar inflasi, GST dan cukai yang tinggi. Allah s.w.t aka ncukupkan keperluan pada usaha yang berkat. Dia akan terus bergerak walau sebanyak mana halangan.

Sampai di sini dahulu. Semoga Allah s.w.t menerima usaha pada gerakan syarikat, tesis dan lain-lain dalam keberkatan. Juga moga Allah s.w.t mengurniakan keberkatan pada usaha diri, lain-lain dan seluruh umat Islam.
Amin.

 

🙂 Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara, memerikan nikmat kesihatan dan kelapangan, serta dipermudahkan segala urusan kepada diri dan yang lain.

AMin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: