Peringatan, sentiasa perlu disampaikan.

Gaya dan penampilan tidaklah sama.

Gaya ibarat sikap dan tingkah laku, manakala penampilan seperti keadaan fizikal luaran yang ditonjolkan oleh peribadi seseorang.

Gaya itu membentuk penampilan. Jika gaya baik, maka penampilan bersih dan menarik. Tetapi jika gaya tercela maka penampilan membentuk gaya tersebut sehingga menjadi aneh pada logic yang norma. Jika tiada gaya, maka orang tersebut masih tidask kenal dirinya dan ikut-ikut sahaja.

Manusia perlu membentuk gaya hidupnya. Perlu dibuat pilihan. Jika nak hidup bergaya mewah dan keduniaan, maka itulah yang akan diperoleh. Tetapi tiada tempat istimewa selepas mereka meninggalkan dunia ini. Jika hidup bergaya akhirat, maka penampilannya perlu sederhana, tidak berlebihan, menarik sekadar dipandang mata (tak adalah orang kata ‘selekeh sangat’) dan berpendirian kepada akhirat dan menolak mengikut gaya keduniaan.

Hakikat : tidak akan tercapai hidup gaya akhirat jika masih memandang perubahan dan perhiasan duniawi. Tidak bergaya akhirat juga jika masih meyakini nilai harta pada wang kertas, menolak yakin rezeki daripadaNya,dan keluasan yang wujud pada khazanahNya.

——————

 

Hari ini daku ingat ingin menulis sedikit peringatan.

Hal ini kerana peringatan itu terlalu penting. Penting sangat kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Apatah lagi jika manusia itu mempunyai darjat tertentu di sisiNya.

 

Daku menyatakan peringatan ini agar membina satu matlamat. Iaitu , mencintai kehidupan selepas mati daripada kehidupan yang sementara ini. Bukan maksudku menyarankan atau meminta untuk menolak pada keinginan ketika hidup di dunia ini, tetapi menjadikan keinginan ketika di dunia sekadar keperluan dan untuk bersifat sementara. Tidak berlebihan sehingga menjadikannya seperti matlamat selama-lamanya.

Maka, dngan peringatan ini sebenarnya nak menyeru kepada letakkan matlamat di hati dan minda pada akhirat, iaitu kehidupan yang pasti wujud selepas hidup di dunia ini. Kehidupan sana sangat panjang tempoh masanya dan tidak ada akhirnya. Jika tak buat persiapan, cita-cita, keinginan dan matlamat sekarang untuk kehidupan di sana, bagaimana ada jaminan untuk hidup aman damai, bahagia dan berseronok di sana?

 

Jadi, hari ini penulisanku menekan nafsu sikit. Semua manusia ada hajat tertentu buat urusan hidup di muka bumi. Tetapi demi yang lebih kekal dan terbaik, maka hajat itu dikurangkan dan ditekan keinginannya. Disambung dengan doa moga hajat itu tercapai dan lebih kekal, seronok dan berterusan di akhirat sana.

(Ibarat kata, Jika tidak ditekan nafsu, siapakah yang ingin merancang dan matlamat hidup bahagia di akhirat sana? Malah, satu dusta jika dikata ingin bahagia dunia akhirat, jika tak pernah menekan nafsu, menyatakan keinginan dan melakukan amalan khusus demi kehidupan di sana.)

 

Kiamat: wajah sebelum akhirat

Akhirat itu tidak akan tiba jika tidak berlakunya kiamat.

Kiamat ini bukanlah perkara kecil. Tetapi perkara yang terlalu besar. Besar dan begitu dahsyatnya peristiwa ini sehingga seseorang yang mengasihi seseorang pun boleh terlupa keadaan kekasihnya itu. Satu kumpulan manusia yang berhimpun nak pergi bercanda boleh tinggalkan antara satu sama lain apabila peristiwa kiamat berlaku.

Terlalu dahsyatnya kegoncangan dan peristiwa yang berlaku pada hari kiamat tersebut.

 

Peristiwa kiamat ialah peringatan yang kekal daripada Allah s.w.t kepada manusia. Manusia diingatkan akan peristiwa kiamat agar mereka itu tidak ralik dan leka dengan senda gurau dan perhiasan duniawi. Begitu banyak tanda akan tibanya kiamat, dan terdapat pelbagai sabda Nabi s.a.w meyokong akan tanda-tanda kiamat tersebut.

(Untuk mengetahui tanda-tanda ini, boleh rujuk rujukan buku Islam dan lain-lain).

 

Boleh dikatakan, tanda-tanda kiamat kecil telahberlaku kesemunya. Kini, hanya menunggu masa untuk datangnya tanda-tanda besar, satu demi satu.

Di mana-mana sahaja telah melemparkan hujh, berita dan menulis akan perkara ini. Pelbagai media dan kertas yang menceritakan keadaan yang akan berlaku ini.

Namun, manusia masih ramai yang tidak sedar dan buat persiapan. Mereka terus merancang hidup bagai tak akan meninggalkan ia selama-lamanya.

 

Oleh hal demikian,

Persiapan dan peringatan ini daku kena usahakan. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diriku sendiri.

Pelbagai kesibukan, rancangan, situasi dan lain-lain, itu semua ialah telah wujud dalam takdir Ilahi. Tetapi yang masih tak tahu keadaannya ialah perkara di akhirat nanti.

MOga Allah s.w.t. sentiasa memelihara dan member taufik untuk menyedari dan melakukan perubahan.

 

Untuk semua

Wahai seorang bapa,

Peringatkanlah anak-anak kamu akan datangnya peristiwa kiamat. Peringatkanlah isteri-isteri kamu betapa dahsyatnya kedatangan kiamat.

Jangan terlalu menanam di jiwa dna minda mereka pada perkara keduniaan. Kelak, mereka lupa akan lupa siapakah pemilik sebenar diri mereka, dan kalian juga lupa hidup di dunia bukannya lama.

 

Wahai ibu,

Jangan terlalu mendidik anak mengejar hiburan dan rancangan televisyen. Itu semua senda gurau semata-mata. Tidak kekal. Tak akanlah sampai mati nak ketawa sahaja, tanpa berusaha ke atas tinggal dan makan minum?

Jangan terlalu mendesak seisi rumah menukar semua baru, tetapi aml dan ibadah masih keadaan sama atau takuk lama. Tidak pernah berubah.

Sedangkan nasi, lauk, pakaian dan perhiasan semuanya baru. Malangnya untuk hari yang pasti tiba tidak dibuat persiapan lagi pada diri sendiri dan anak-anak yang dulu dikandung badan.

 

Wahai anak-anak,

Baut apa terlalu ralik dengan benda yang tidak reality? Mengapa terlalu asyik mengejar kemewahan dan perhiasan makanan, minuman, permainan, dan hiburan TV?

Dulu, anak-anak diajar nilai masa depan. Kini, anak-anak diajar untuk tumpulkan minda dan keseronokan.

Dulu, anak-anak menjadi pembantu keluarga. Kini, anak-anak entah pergi ke mana.

Hormati ayah, ibu, dan jiran tetangga. Peliahra dan doa untuk mereka.

Rajin menelaah al-Quran dan hadith. BErkawan dengan teman yang baik, bukan mengikut tetapi membimbing mereka kea rah lebih baik.

 

Wahai tetangga,

Di mana suai kenal, salam mesra, temu ramah, dan kuih muih?

Kini, ramai yang memikirkan diri sendiri. Terlalu sukar untuk menziarahi, hantar di bulan raya Aidilfitri.

 

Umat ini kena banyak koreksi.

JIka tidak boleh mengubah manusia,

Ubahlah diri sendiri, orang terdekat, dan jiran tetangga.

 

Semoga dipelihara dan dirahmati Allah s.w.t, kepada diri dan lain-lain di sana.

 

Assalamualaikum w.b.t Diri.

Apa khabar? Semoga sentiasa sihat sejahtera dan ceria di sana.

 

Pertama sekali,

Daku nak mohon maaf untuk sebarang perkara yang diri ketahui ada kekuranganku pada diri selama ini. Mohon maaf sekali lagi atas kekurangan daku.

 

Kedua,

Daku mohon doa daripada diri.

Hal ini kerana beberapa perkara.

Perkara pertama, Allah s.w.t sentiasa meletakkan keadaan ujian kepadaku. Dengan ujian ini, Dia tahu daku perlu lalui dan mampu lalui.

Jadi, diri doakan daku diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian Ilahi.

 

Perkara kedua, mungkin ini perubahan tingkatan, usaha dan kefahaman seseroang yang berjalan sebagai pekerja Allah s.w.t.

Kini daku rasa banyak kerosakan umat melintas dan terbuka kepadaku. Kerosakan ini jika dilihat pada orang biasa macam tak ada apa-apa yang perlu dilakukan (sebab banayk kekotoran dan najis hinggap pada hati) tetapi, dari kaca mata seorang penyebar agama Allah s.w.t, ia adalah perlu dilakukan sesuatu tindakan.

Daku tak mahu kata apakah yang berkaitan dengan kerosakan umat. Biarlah daku sendiri yang lalui dan ketahui.

Hanya, doakan daku berada di jalan yang lurus. Bukan menuruti hawa nafsu dan andaian sendiri. Doakan daku ini dalam petunjuk dan kehendak Allah s.w.t. Jika Allah berkehendak untuk daku lakukan sesuatu, maka doakan daku dikurniakan kekuatan, taufik dan kemudahan menghadapinya, sementelah daku juga perlu menguruskan kehidupan sendiri di dunia ini.

(Hanya sebagai contoh. Di universiti ini sahaja, macam-macam dah berlaku yang luar daripada jangkaan dan pandangan agama. Difokuskan kepada tempat agama (masjid), dah macam-macam anasir pelik mula tersebar di sini. Tak membayangkan nilai ibadah walaupun itu sebenarnya tempat ibadah. Masyarakat Islam (pemuda dan pemudi), dah tak menentu nak atau tak nak buat perkara haram. Orang yang ada agama (para asatizah dan keluar dakwah), makin kering nak gerak sesuatu yang mendatangkan suasana iman. Tak boleh nak sampaikan. Daku sudah usaha menyampaikan perkara yang benar. Mereka dengar, tetapi tidak boleh melakukan apa-apa tindakan dan perubahan. Sedangkan generasi akan datang lagi makin mudarat sebab makin jauh daripada amalan dan penghayatan agama, jika generasi kini tak lakukan sesuatu tindakan.)

 

Perkara ketiga, berkaitan diri.

Doakan daku untuk berkaitan diri.

Bagiku, Allah banyak mengujiku disebabkan kewujudan diri dalam hidupku.

Kefahaman agama, tarbiyah, penyucian jiwa, dan lain-lain ada berkaitan diri pada diriku.

Malah, daku faham ini ialah tarbiyah Ilahi. Maksudnya, bukan semua yang daku bayangkan atau terlintas berkaitan diri sebenarnya memang daripada diri. Itu semua adalah tarbiyah dan tazkiyah daripada Allah, tetapi dengan kaedah dinisbatkan kepada seseorang hambaNya di muka bumi ini.

Jadi,

Doakan daku mampu menghadapi ujian yang berkaitan diri. Bayangan Allah s.w.t kepadaku dengan asbab diri ada banyak perkara. Apa-apa pun, itu semua ujian daripadaNya.

(Daku tak mahu bagitahu perkara apa. Ia berkaitan antaraku dengan Dia. Tiada kaitan dengan diri secara langsung.)

 

Akhir sekali,

Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara diri. Dipermudahkan urusan hidup diri, kesihatan, diberi kelapangan, dipermudahkan urusan, dan menjadi hamba yang sentiasa beriman dan bertaqwa kepadaNya.

BEgitu juga yang lain. Menjadi pencetus, tonggak dan penggerak agamaNya yang haq da mulia.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: