Perjuangan pengislahan umat

Daku minta perlindungan banyak daripada masalah dan kenmunduran umat hari ini.
bukan untukku sahaja, juga untuk ibu bapaku, adik beradikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, dan kepada

Diri dan lain-lain.

Apabila Allah s.w.t membuka hijab kemunduran umat ini daripada pemikiran, hati dan nafsuku,

Rupanya banyak kerosakan dan pemesongan pada kehidupan beragama dalam jiwa umat hari ini.

Memang ramai yang tidak akan nampak, dan ramai lagi yang tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini (sebab hati itu kotor. Kotor dengan maksiat, dosa dan tidak jaga makan).

Ketika itulah, lahirnya seorang ulama’ yang hebat dan tersohor, iaitu Maulana Ilyas rah.

 

Beliau bukanlah dinilai orang yang hebat dengan ilmu atau banyak kitab.

Tetapi kehebatan beliau terserlah dengan pemikiran untuk umat ini berubah, umat ini kembali di atas jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Siang malam beliau berfikir, menangis dan berdoa untuk pengislahan umat ini. Namun, masih tidak ditemui jalan yang selesa dan sesuai untuk umat ini mampu berubah.

 

Akhirnya, Allah s.w.t memberi ilham kepada beliau. Iaitu Ilham,

Membuat kerja dakwah, sepertimana kerja dakwah para nabi. Hanya dengan kerja ini, umat ini akan nampak jalan perubahan. Ilham itu datang dan membentuk kaedah. Hanya kaedah ini hariini (khusus di Malaysia) sebenarnya telah ada yang berlari daripada kaedah terdahulu (sebab pelbagai halangan).

Beliau menceritakan perkara ini kepada para ulama dan orang soleh di tanah Makkah (ketika itu beliau di sana). Dan beliau berasa kuat kerana mereka berkata,

“Jangan takut. Ini pemberian Allah. Hanya kamu pengantara. Buat sahaja. Allah s.w.t ambil tanggungjawab ini daripada kamu.” (Macam itu lah lebih kurang bahasa kita.)

 

Akhirnya, gerakan ini terlaksana. Permulaannya,di sebuah tanah kampung yang kecil, Daerah Mewat di benua India.

Hari ini, walau manusia lahir dan mati, mereka kenal atau tidak kenal, suka atau tidak suka,

Usaha dan kaedah dakwah yang ditemui oleh Maulana Ilyas rah. terus bergerak di hadapan masyarakat. Bukan sahaja di benua India, malah di serata dunia.

Daripada gerakan ini, ramai manusia yang lahir untuk berkata dan berbicara tentang Allah, Rasulullah dan hari akhirat. Mengambil agama dalam kehidupan mereka, dan berani menginfakkan sebahagian harta, diri dan masa mereka untuk agamaNya.

Alhamdulillah….

 

Cabaran dakwah

Inilah rentetan ringkas sejarah dalam usaha dakwah. Pelbagai cabaran dan ujian yang diterima oleh seorang yang besar sebagai Daie Allah,

Dirasai dan diterima oleh beliau bagaikan fitrah dan lumrah.

Memang kerja dakwah ini terlalu mencabar. Jika tidak, tidaklah mereka itu mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t memilih dan menyampaikan wahyu kepada mereka, Malaikat menemani mereka, dan mereka tidak boleh buat sesuatu perkara yang lumrah sepertimana manusia yang biasa menunaikan ia.

Kehidupan Daie Allah itu ialah lumrah dengan ujian dan pengorbanan. Namun, pengorbanan dan ujian mereka, janganlah disangka dengan minda manusia hari ini. Ujian dan pengorbanan mereka tidaklah sampai mereka ini tak boleh bebas dan terkekang. Mereka bukan hidup macam jadi buruh kasar (pagi petang kerja, sampai hitam, tak boleh balik kampung, tak ada cuti, rehat sikit dan lain-lain) atau jadi macam banduan (duduk dalam penjara, tak ada kebebasan, dipaksa, kena pukul, dera dan lain-lain).(Sebenarnya, kerja dunia lagi teruk dan menyusahkan daripada kerja dakwah. Kerja dunia penuh derita, rasa tak ada jalan keluar. Tetapi kerja dakwah berbeza. Walaupun berderet ujian dan pengorbanan, mereka sentiasa lapang dan tenang. Cuma masalahnya ialah kuat ke nak tahan ujian –mental, rohani dan fizikal- berdepan dengan pelbagai suasana dan keadaan?)

 

Jadi, apabila daku terasa melihat banyak penyakit dan kemunduran umat (mungkin jauh lagi daripada penglihatan Daie besar akhir zaman itu), memang terasa umat ini sebenarnya tak tahu mana lah jalan nak bawa mereka. Sukar nak bebaskan mereka, sebab banyak godaan, halangan dan lain-lain (ya lah… dah dekat nak ‘tutup pintu dunia’…). Walaupun ramai yang datang, keluar jamaah, dan lain-lain, umat ini masih tidak dirasai olehku membawa impak perubahan dan kesan daripada keluar berhijrah di jalan Allah s.w.t.

(Godaan dan halangan itu ialah Handfone, internet, facebook (laman sosial), wanita (tak jaga mata), dan tak ada suasana dakwah dalam kalangan kami ketika keluar. Macamana nak hindari halangan ini? Sedangkan setiap orang pasti ada satu benda ini. Kalau benda ini memang guna untuk agama dan ingati mati tak mengapa, tetapi penuh dengan dunia. Sembang entah apa-apa. Tak meningkat iman dan amal. Lagi banyak fikir dunia, sedangkan ketika itu berada jalan hijrah. Jalan hijrah seseorang kepada agamaNya.)

Itu yang ketika keluar dan berada di jalan Allah s.w.t.

 

Ini yang berada di jalan Allah s.w.t,

Agaknya jika tiada suasana soleh,

Bagaimana mereka boleh berubah?

 

Fikir risau Daei…

Inilah yang dalam bayangan pemikiranku kini. Memang itulah bayangan pemikiran pada setiap Daei. Iaitu fikir untuk kebaikan orang lain.

Apabila fikir untuk orang lain, maka Allah s.w.t akan mengubah pemikiran dan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Kerana, Allah s.w.t suka manusia yang sentiasa menjaga hubungan  sesama manusia. Jadi, orang yang pertama boleh berubah ialah mereka yang sentiasa berusaha untuk kebaikan sesama manusia.

 

Melihat pada institusi keluarga, remaja, dewasa, mahasiswa dan lain-lain,

Memang banyak kerosakan dan kemunduran yang berlaku.

 

Di Malaysia sahaja,

Demand terhadap wang ringgit dan harta terlalu tinggi.

Jika barang luar negara dijual di negara kita mengikut kadar mereka, harganya lingkungan RM16.00. Tetapi apabila barang luar negar dijual di negara kita mengikut kadar orang Malaysia jual, harganya mencecah RM50.00.

Keyakinan pada harta ini makin bermasalah apabila mereka seronok masuk duit dalam bank. Bukannya guna sangat untuk keperluan harian, tetapi terlalu leka untuk mencari benda yang berlebihan, sedangkan barang yang nak beli itu di rumah masih boleh guna lagi.

Jika dihitung penjual yang jual barang terpakai boleh guna, boleh kata sama banyak dengan orang yang jual barang baru. Jika dinilai barang terpakai itu diberi kepada orang fakir miskin, hari ini mereka dah jadi orang kaya. Jika dinilai orang fakir miskin di Malaysia dengan fakir miskin di negara India dan Bangladesh, mereka sebenarnya dah jadi orang kaya (Orang miskin Malaysia dapat sumbangan zakat dan kebajikan. Paling kurang RM450. Tapi orang miskin di sana, satu hapa pun tak ada. Sebab itu orang di India dan Bangladesh kerja di Malaysia, mereka di sana dah ada kedai, ada rumah batu dan lain-lain.) (Tak pandai bersyukur lagi…. suka membazir….)

Jika dihitung harta seluruh penduduk dunia dengan orang yang tidak ada harta, semua orang dah boleh makan minum dengan baik. Masalahnya, setiap orang ada keinginan dan tamakkan harta benda melebihi keperluan yang perlu mereka isi.

 

Inilah sebahagian keadaan dan kerosakan umat ini. Belum beritahu bab ibadah lagi. Belum bercerita benda yang ghaib lagi.

 

Para sahabatku.

Oleh hal demikian, dengan keadaan memang nampak dengan terang dan jelas penyakit WAHAN (cinta dunia dan takut mati), daku terasa bagai daku duduk seorang diri. Duduk dalam lingkunganku sendiri, berjumpa mereka demi menyelamatkan diriku sendiri (sebab tak nampak orang yang akan bersama denganku).

Kini, daku menghitung dan muhasabah. Melihat dan merenung, mungkin ada orang yang sedang bersamaku, dan mereka begerak fikir risau, dan pemberian Allah s.w.t untuk menguatkan daku.

 

Dicongak-congak,

Ya ada.

 

Baik. Di sini daku senaraikan. Untuk diri sendiri.

Yang bersama, sedia membantu dan ikhlas untuk syarikat,

Ada tiga orang.

Mereka sentiasa beri masa, mesyuarat bersama, dan jalankan kerja yang ditugaskan kepada mereka.

 

Orang yang berusaha bersama denganku untuk dakwah,

Ada seorang.

Dia akan senang untuk pergi bersama denganku ke Markaz (pusat dakwah setempat setiap minggu), pergi keluar jamaah, dan fikir risau bersama.

 

Semua ada

Empat orang.

Empat orang ini ialah orang yang ikhlas dan istiqamah bersama denganku untuk agamaNya.

 

Manakala sahabat rohani,

Ada seorang.

Orang tersebut ialah diri atau kebaikan.

Orang yang daku tak pernah jumpa dengan realiti,

Tetapi sehingga kini bagaikan dekat, doakan, dan berada di hati (rohani).

 

Jadi, total sahabatku di alam realiti dan rohani,

Ada lima orang.

 

Dan, lima orang ini sudah memadai untukku sebenarnya. Sebab lima orang inilah yang daku pernah utarakan pada ketika dulu dalam perubahan umat ini, khususnya di tanah air,

Malaysia.

(Sila rujuk artikel itu di sini).

 

 

Terus berjuang!

Alhamdulillah… terima kasih wahai Allah.

Rupanya, Allah s.w.t telah memakbulkan doaku tanpa daku sedar. Disebabkan lagi ramai jumpa manusia daripada jumpa mereka, maka daku terlupa sebenarnya

Ada lima telah bersamaku selama ini.

 

Dengan muhasabah ini, daku kenal kekuatan dan pendorongku untuk teruskan perjuangan. Terus bergerak demi Allah dan sunnah Baginda s.a.w, merangka dan merencana untuk umat ini berubah berterusan,

Walau pada sedikit amalan.

Insya-Allah.

 

Doakan daku.

Semoga Allah s.w.t memberi banyak kebaikan, kerahmatan, kesihatan, dipermudahkan urusan buat diri dan lain-lain.

Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: