Kesabaran itu pengorbanan.

Memang tidak dapat untuk dinafikan,

Sabar itu bukannya mudah. Sangat sukar dan payah untuk dihadapi.

Namun, demi kebaikan berterusan, maka sabar tetap kena diusahakan. Jika tidak, nescaya banyak kepincangan akan berlaku dan pelbagai perkara tidak diigini akan diperoleh.

Sedemikianpun dilihat orang yang sabar ini zahirnya seperti berada dalam kerugian, tetapi sebenarnya mereka sedang membina perkara yang menguntungkan.

Apakah untungnya?

Iaitu, Allah s.w.t bersama mereka. Allah s.w.t membantu mereka atas kesukaran yang mereka hadapi tersebut.

Mereka yang sabar juga menjadi orang yang tidak tergopoh gapah atas menilai dan memutuskan sesuatu perkara. Percakapan dan tindakan mereka tidak dilakukan sambil lewa. Difikirkan tujuan dan maksud untuk sesuatu perkara itu dilakukan atau diperkatakan.

Sekain itu, orang yang sabar juga memiliki akhlak yang mulia. Kini, akhlak mulia bukan mudah dibentuk dan berada dalam hati ummat. Jadi, untuk mendidik akhlak mulia memang Allah s.w.t akan uji yang pada tangga pertama, iaitu tangga kesabaran.

 

Oleh hal demikian,

Orang yang sabar sebenarnya dia bukanlah keseorangan. Dia bersama dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t sedang membantu Dia dalam tidak disedariNya.

Bagi orang yang dekat dengan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t sentiasa menghantar ujian yang tidak terlintas di bayangan dan perlu dilalui. Hal ini dilakukan agar orang tersebut berasa patah hati berharap pada mahkluk dan duniawi, dan berpaling untuk berhajat pada Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalahnya.

Apabila orang tersebut sudah tetap yakin untuk menyelesaikan masalahnya dariapda Allah, maka Allah s.w.t yang akan buat keputusan untuk menyelesaikan masalahnya, dengan cara yang Dia sukai.

Tiada orang mengetahui apakah tindakan Allah s.w.t, tetapi yang pasti tindakan Allah s.w.t itu amat baik. Cuma, hanya akan disedari pada kemudian hari.

 

Oleh itu,

Saabr itu memiliki Allah s.w.t.

Sabar itu tangga para orang soleh.

Sabar itu sifat para Nabi.

Sabar itu maqam para Wali.

Sabar itu pengorbanan yang dilalui oleh para sahabat R.anhum.

 

Orang yang bersabar,

Dia akan nampak tindakan Allah s.w.t. Dia akan mengesan yang Allah s.w.t bersama dengannya dan sedang membantunya.

Hanya, bantuan Allah s.w.t wujud dengan ujian yang ditimpakan. Dengan adanya ujian, barulah manusia itu hilang sifat keduniaan, hilang hajat kepada makhluk yang banyak, tetapi sebenarnya tidak mampu menenangkan perasaan dan gundah gulana yang berlaku pada diri orang yang bersabar.

 

Hayati kehidupan orang sakit. Harta beribu dan berjuta demi merawat kesakitan yang dialami. Dulu, harta itulah berkepuk simpan dalam bank bagai nak bawa dalam kubur. Rupanya, harta itu digunakan untuk menyara hidupnya ketika tidak mampu berdiri.

Wallahualam.

 

Semoga Allah sw.t. memlihara dan melindungi, memberi sifat sabar dalam mengharungi kehidupan ini.

Ada satu masa nanti

Manusia diberi dan dipisahkan

Pada dua pilihan

Sama ada untuk ehwal dunia

Atau akhirat

 

Jika dipilih dunia, maka penghulu dunia kelak akan tiba. Ahli dunia semua akan ikut dia, walau kata-katanya melambangkan “Tidak! Mana Ada!” Ketibaan penghulu dunia ini bagai sudah tidak lama.

Dan… apa-apa yang ditakuti oleh para anbiya’ akan tiba.

Iaitu penghulu kepada DUNIA.

 

Jika dipilih akhirat, maka…

Dia memang kena banyak sabar.

Sebab…. ketika itu….

Orang yang pilih akhirat memang teruk kena ujian. Ujian berganda. Jika dia tidak pernah bersabar ketika di dunia ini….

Nescaya dia tak mampu bertahan,

sebab

Apabila penghulu dunia itu datang,

Dan menawarkan pelbagai kesenangan, kemewahan dan lain-lain.

 

Apabila penghulu dunia datang,

Dia bagi syarat.

Syaratnya….

Kamu boleh buat apa-apa yang kamu suka,

Hanya…

Kamu kamu mesti ikut cakap saya dan ikut saya.

Orang dunia suka. Mereka kata “Nanti boleh berubah bila dah senang…”

Tetapi, mereka tertipu. Sebab…

Penghulu dunia sudah tawan hati mereka. Dan…

Mereka telah kufur kepada Allah dalam keadaan nyata.

 

Orang yang memilih akhirat ditekan.

Mereka terpaksa bersabar dengan suasana dan keadaan.

Ketika itu,

Harapan mereka hanyalah pada Allah s.w.t.

Mereka berharap “ya Allah… berikanlah kami rezeki…”

“Bantulah kami… kuatkanlah kaki kami….. jauhkanlah kami….Peliharalah iman kami….”

“Kami amat-amat perlukanMu, Wahai Allah…”

Tasbih itulah simbolih kepada pelbagai amalan

Amalan yang menarik bantuan dan khazanah Allah

Ketika itu

(Hari ini… makin nampak manusia meninggalkan perkara ini…)

 

Ada tempat diuji dengan peperangan…

Ada tempat diuji dengan kelaparan…

Ada tempat diuji dengan kesenangan….

Ada tempat diuji dengan pelbagai penderitaan….

Setiap tempat berbeza. Sehingga disatukan dalam satu agenda.

Dipecahkan kepada dua paksi

Berdasarkan agama.

 

Inilah mengapa setiap manusia beriman di akhir zaman,

Tarbiyah Allah terhadap sabar amat tinggi.

Masa itu akan tiba

Dan manusia yang tidak sabar akan jadi bilangan berjuta

Tetapi manusia yang memiliki sabar

Seperti kain putih yang dititik pada kain yang hitam sahaja.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: