Pasca Ramadhan

 

Mungkin bagus menulis berkaitan pasca atau selepas Ramadhan. Memandangkan bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan baru sahaja berakhir. Sepatutnya bahang perubahan antasa masa ini akan dirasai.

Tetapi… mungkin hanya kepada orang yang mempunyai keimanan dan beramal dalam bulan ini. Wallahua’lam.

Pasca Ramadhan,

Sebenarnya bulan yang kembali ditimpa ujian setelah diberikan keselamatan. Ketika dalam bulan Ramadhan, Allah s.w.t memelihara dan memulihara keadaan anak Adam yang telah melakukan pelbagai dosa, maksiat, kesalahan dan lain-lain lagi. Jadi, di bulan tersebut proses penyucian dan membersihkan diri anak Adam a.s dilakukan.

Namun, setiap anak cucu Adam a.s. ini perlu berusaha untuk mencapai kebersihan yang disarankan. Hal ini kerana mereka perlu berkerja untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak bekerja, bagaimana ingin diperoleh hasil yang dimaksudkan?

Jadi, anak Adam a.s ini perlu menjaga ibadah dan amalan kepada Allah s.w.t. Jika tidak, nescaya mereka tidak akanrasa berbeza sama ada sebelum, ketika atau selepas daripada bulan Ramadhan ini.

 

Pasca Ramadhan…

Sebegitupun, hakikatnya pasca Ramadhan yang dilalui ini mempunyai pelbagai maksud dan sarat dengan ujian.

Hal ini kerana tiada lagi protector atau pendinding sepertimana yang Allah s.w.t kurniakan di bulan Ramadhan.

Pendek kata,

Manusia ini kembali terdedah untuk melakukan kesilapan dan dosa sepertimana yang telah atau belum dilakukan sebelum ini.

 

…..

Ya beginilah sepatutunya yang berlaku.

Jika seseorang itu istiqamah untuk menjaga dan meningkatkan amalan ketika bulan Ramadhan, nescaya lepas Ramadhan dia mempunyai kekuatan untuk kekalkan amalan tersebut.

Malangnya, ramai orang yang tidak menghiraukan nilai dan niat ketika melakukan amalan. Yang diketahui, akan melakukan amalan ketika mempunyai kesempatan dan kelapangan. Nilai di sebalik amalan tidak diketahui dan niat mengapakah dilakukan pun tidak mencapai kehendak Allah s.w.t.

Disebabkan perkara ini, amaaln yang dilakukan hanya khusus di bulan Ramadhan. Tidak mampu diteruskan pada bulan seterusnya.

 

BAgaimana ingin nmeneruskan?

Untuk meneruskan pemulihan amalan sepertimana ketika telah dilakukan pada bulan Ramadhan, sebenarnya ia memakan usaha yang panjang.

Hal ini kerana usaha pasca Ramadhan merupakan suatu usaha yang berterusan. Bukan itu sahaja, perlu dipilih sama ada untuk berseronok atau bermujahadah.

Dan, sudah pasti sukar nak jumpa orang yang sanggup untuk bermujahadah. Hatta orang yagn ebrkerja susah payah dan penat lelah di tengah matahari yang teri, tidak sanggup untuk mujahadah menahan nafsu solat lima kali fardu walaupun lima minit, di bawah aircond dan kipas angina.

Inilah skala iman pada umat akhir zaman. Bukan mudah nak usaha dan ramai orang yang tersungkur daripada meneruskan usaha.

Semoga Allah s.w.t memelihara iman kita.

 

Semua pilihan Allah s.w.t kepada sesetengah manusia yang sanggup mujahadah memelihara agama di zaman mutakhir ini.

Wallahua’lam.

 

-Tak tahu nak menulis tentang apa…

-semalam…🙂🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: