Keadaan ummat hari ini

Hari itu memang tak sempat nak menulis.

Daku berada di Kuala Lumpur. Mengumpul input kerohanian dalam diri sendiri di Centre of Da’wah,

Sri Petaling.

Jadi, daku memang tak sempat nak menulis. Agak kelam kabut pada waktu itu, jadi  tak terfikir nak merancang untuk menulis.

Apa-apapun, Alhamdulillah… hari ini ada sedikit kelapangan. Walaupun sebenarnya dalam keadaan sekarang ini, macam-macam tugas nak kena isi dan perlu dilakukan.

 

Teringin untuk mengingatkan manusia kepada usaha atas agama.

Hal ini kerana manusia rata-rata sudah tidak peduli dan sedar atas kepentingan mengusahakan agama. Perkara ini terbukti dengan keutuhan untuk setiap umat di mana-mana sahaja untuk mengusahakan atas ibadah yang terbaik (SOLAH). Nampaknya segelintir sahaja yang peduli. Bukan peduli untuk ke masjid, tetapi peduli betapa pentingnya melakukan solah dengan begitu khusyuk dan penyerahan diri kepada Allah. Ramai yang melakukan solah, tetapi ibadah itu dilakukan demi melunaskan tanggungjawab sebagai Islam.

Apabila diberitahu sekali, masih tidak dapat menerima hakikat yang daku sampaikan ini. Berpuluh-puluh kali disampaikan, juga tidak dapat menerima untuk melakukan keadaan ibadah yang khusu’ dan penyerahan diri kepada Allah.

Mengapakah perkara ini berlaku?

 

Sebab keyakinan kepada Allah s.w.t sebagai tuhan yang menciptakan dan menguruskan pelbagai aspek khususnya rezeki, telah diletakkan di tepi.

Lebih pentingkan perancangan diri sendiri, seterusnya membahagikan masa atas pencarian mata wang, menonton TV dan internet, menaip-naip di gadget dan mengusahakan atas pekerjaan terlalu banyak dan menompok di hati setiap umat ini.

Seperti merekalah yang merancang dan menentukan segala-galanya. Tuhan akan apabila mereka bertungkus lumus berusaha.

 

Benar… tuhan akan bagi apabila manusia bertungkus lumus berusaha. Hatta kepada orang kafir sekalipun tuhan akan bagi. Tetapi…. Usaha berpulun-pulun untuk kepentingan dunia ini sebenarnya nak bawa ke mana? Untuk kepentingan peribadi? Untuk kayakan pelaburan bank? Untuk bagi makan anak isteri?

Atau ingin dijadikan dana bagi membina bangunan dalam kubur?

 

Jika manusia itu berakal yang lebih sempurna, pasti mereka sedar akan nilai yang dikumpul tersebut hanyalah sementara. Mengumpul dengan berterusan ialah untuk manusia yang suka berangan-angan demi manfaat dunia.

Mungkin ada yang menunaikan ibadah dan lain-lain, tetapi masih gagal untuk membawa ibadah tersebut ke dalam hati. Nak rasa yang ibadah yang perlu ditunaikan itu lebih bernilai dan wajar bagai air menitis di atas batu yang keras.

Sukar menerima.

 

 

Mengapakah perkara ini berlaku?

Semua ini berlaku disebabkan banyak perkara. Namun daku hanya akan menyatakan akar kepada segala punca ini sahaja.

Pertama ialah suasana.

Suasana hari ini sebenarnya keadaan yang terbalik daripada kehidupan Nabi s.a.w dan para sahabat. Bukan kehidupan terbaik, tetapi terbalik. Jadi, nak cari orang yang soleh, berusaha menuruti kehidupan Sunnah, dan wara’ bukanlah perkara yang mudah. Berusaha untuk menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar lagilah payah.

Di mana-mana sahaja, golongan ini amat sukar dicari-cari.

Bilangan mereka jika ada, boleh dihitung menggunakan jari.

Jika mereka wujud sekalipun, mereka tidak akan nampak untuk menonjolkan muka kepada masyarakat ini. Lebih suka menyendiri. Tidak mahu menonjol kerana sudah pasti suasana di luar berlawanan dengan keyakinan dan amalan yang mereka lakukan itu.

 

Perkara kedua ialah IMAN.

Iman…

Ini lagi masalah.

Iman umat ini bukan lagi kurang atau bertambah, tetapi keluar masuk.

Bila beriman, terasa menjaga etika dan semangat dalam ibadah.Jika tiada iman, nak adab dan etika bersama atau sendiri payah. Nak menjaga ibadah lagi lah payah.

 

Iman menjadi tonggak perubahan kepada manusia. Jadi, manusia akan berubah dari segi amalan, pergaulan dan tatacara kehidupan apabila mereka ada iman.

Jadi, jika dilihat umat hari ini berpusu-pusu mengejar dunia daripada agama –terutama kepada generasi muda- sebenarnya itu hanyalah sandiwara manusia yang berkata-kata tentang agama.

Hal ini kerana… selemah-lemah iman,

Dia masih terasa ibadah itu penting untuk diusahakan. Perkara makruf itu perlu dilakukan. Tidak suka dengan keadaan umat yang tidak datang kepada ibadah.

 

Perkara ketiga ialah cinta dunia takut mati.

Maksudnya,

Tak pernah terfikir  bila dia mati. Apakah persiapan untuk mati. Apakah amalan untuk mati.

Yang ada, amal untuk dunia, persiapan untuk dunia dan fikir pelbagai isu dan perkara untuk kemajuan dunia.

Bila keadaan ini berlaku, walaupun seorang teman, jiran atau orang terdekat yang meninggal dunia,

Hari ini bersedih dan esok atau lusa (paling lewat minggu depan) suka berkumpul semangat untuk kemajuan dunia.

 

Inilah antara akar yang wujud pada hati dan keadaan umat hari ini. Ingin dikekang atau diselesaikan pelbagai isu umat ini menjadi amat sukar. Hatta, walaupun buat para golongan pendakwah sendiri.

Selagi tidak boleh mengekang nafsu perut, tidak boleh membuang harta dengan kaedah sedeqah dan korbankan mulut dan badan demi menyampaikan agama Allah s.w.t,

Selagi itulah umat ini (khususnya kepada golongan pendakwah sendiri) tidak akan berubah.

 

Berdoalah…

Hanya doa sahaja menjadi kekuatan dan ini memang kekuatan yang berkali ganda

Daripada otak dan tubuh badan yang ada diciptakan untuk manusia yang bersifat lemah.

 

Tidak pernah gagal manusia yang berusaha atas jalan agama.

Tetapi ramai yang gagal atau tidak dapat meneruskan usaha ini,

Sebab mereka usaha mengikut hawa nafsu sendiri, tiada niat untuk Allah dan amalkan Sunnah Nabi,

Dan tak mahu angkat tangan lagi untuk memohon kepada Allah.

 

Satu tanda,

Orang yang sudah malas angkat tangan meminta kepadaNYa ialah orang yang sombong.

Tanda yang lain,

Mereka telah putus harap kepada Allah, dan Allah telah putus harap nak beri kepada mereka untuk meneruskan usaha.

Wallahua’lam.

Ya Allah

Ampunkan daku jika daku banyak melakukan kesalahan

Dan salah dalam menyampaikan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: