Keburukan harta.

Biar terkejut sikit untuk hari ini. Tajuk dan inti kandungan penulisan ini menyentak jiwa para pembaca.

Mengapa kelak akan terasa tersentak?

Sebab kepentingan dan nilai harta memang telah tertanam dalam hati ramai manusia.

Sehingga terkejut dan tak boleh nak terima,

Orang boleh hidup tanpa harta.

(bukan tak usaha tak cari harta. Berusaha dan dapat harta, namun rezeki mereka setiap hari tidak datang daripada harta yang cari selama ini.)

Baik…

Sebelum daku ulas lebih lanjut,

Daku nak buka pemikiran dulu perkara yang lain.

Kenapa orang tidak tersentak bila berkata syurga dan neraka sebegini dan begini. Kenapa orang tidak tersentak bila berkata kebesaran Allah macam ini dan macam ini. Kenapa tak ada orang tersentak bila banyak janji Allah s.w.t dalam ibadah-ibadah ini.

Sebab….

Dalam hati mereka tidak ada nilai akan perkara-perkara ini. Bila tak ada nilai, macamana nak terima.

Benda yang tak wujud di hati, cakap pun tiada guna.

 

Tetapi….

Bila cakap tentang keburukan harta,

Ramai yang bakal tersentak dan tak boleh nak terima.

Sebab harta itu sangat wujud, bernilai dan  tinggi kedudukannya dalam hati setiap ummat!

(Inilah penjelasan yang lebih realiti bila al-Quran menyatakan…

Orang beriman akan tergetar (tersentak) hati mereka bila disebut akan nama Allah s.w.t…)

 

Keburukan pertama.

Harta akan bakal mengubah keyakinan anda pada Allah s.w.t.

Yakin tidak akan bertambah. Malah, pondasi atau kedudukan yakin kepada Allah dan agamaNya juga tidak ada kepastian. (Ada ke tidak yakin ini?)

Tetapi, yakin pada makhluk akan bertambah. Bertambah… sehingga semua perkara akan wujud pada makhluk daripada Allah s.w.t.

(Tak percaya yakin pada Allah tak pasti dan yakin pada makhluk bertambah?

Nanti kita uji. Sketsa akhir penulisan ini).

 

Keburukan kedua.

Hilang tangga tawakal.

Bila tiada tawakal,

Maka makin kurang berhajat (atau lebih teruk tak berhajat) pada Allah s.w.t.

Bila tak berhajat pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t lagilah tak berhajat nak bagi kepada makhlukNya jika dia meminta (sekali sekala).

Impaknya…

Kuranglah dia nak buat ibadah dan tumpuan pada ibadah. Lagi kurang nak zikir selepas solah… lagi payah nak memohon atau berdoa kepada Allah s.w.t.

 

Keburukan ketiga.

Mula pandai cakap putar belit fakta.

Oohh… ini ramai dah mula buat. (Daku cukup risau…. ya Allah …. peliharalah daku daripada jadi macam ini).

Jika dia orang bawahan kepada majikan… maka dia akan cakap benda yang menyenangkan hati majikannya sahaja. Benda yang tak betul tentang majikan tak akan diberitahu.

Jika dia penceramah, dia akan menyedapkan hati para pendengarnya sahaja. Fakta yang benar tak akan diberitahu.

Jika dia seorang peniaga, dia akan cakap tipu-tipu dan tambah-tambah, supaya pelanggan dengar rasa syok nak beli.

Inilah antara yang akan berlaku. Banyak lagi… tapi malas nak sembang perkara ini.

 

Keburukan keempat

Tak faham nilai akhirat.

Entah macaman nak bentuk pemikiran dan keingiann pada akhirat pun tidak tahu. Tak dapat nak letak bayangan.

Tak masuk dek hati. Tak dapat dibandingkan dengan kemewahan rumah, kereta, isteri, kedudukan dan lain-lain, yang diperoleh sekarang ini.

 

Keburukan kelima.

Pentingkan diri sendiri dan lupa kesusahan orang lain.

Bila cinta pada harta masuk, maka sebenarnya lagi lah susah nak uruskan kehidupan. Sanan sinio nak kena beli. Itu nak kena bayar dan lain-lain lagi.

Bila keadaan ini berlaku, maka makin banyaklah kepentingan peribadi daripada orang lain.

Hatta, jiran sebelah rumah pun tak berani nak jumpa dan bagi salam.

 

Keburukan keenam.

Hati jadi kotor dan susah nur iman nak masuk.

Tahu bukan harta itu mempunyai zat yang bersifat kotor?

Sebab itulah ada kepentingan harta untuk sucikan dengan cara zakat dan  kena bagi sedekah.

 

Mungkin Ahli fiqh KINI tentang zakat nak bahaskan tentang istilah kotor ini.

Tapi…

Memang sejak zaman sahabat sehingga orang kurun terawal Islam faham…

Harta itu memang ada zat yang bersifat kotor. Kena buang kotoran itu. Barulah harta yang dia ada sekarang jadi bersih.

 

Jika zat harta material itu ada kotor,

Apatah lagi ada kotoran zat harta itu pada sifat rohani.

Mengotorkan hati.  Bila kotor hati…

Susahlah iman nak masuk dan tanam pada hati.

 

Keburukan ketujuh.

Balasan neraka.

Dalam al-Quran dan hadith,

Diterangkan segolongan manusia, iaitu mereka yang mengumpul-ngumpul harta

Dicampakkan ke dalam neraka. Boleh buka dalam surah al-Humazah.

 

Sebab itu zaman awal Islam tiada istilah BANK. Tetapi baitulmal. Apa fungsi baitulmal?
Ringkas dan padat, kutip duit orang Islam untuk kegunaan pelbagai pihak lain. Bukan kembali kepada diri sendiri.

Tetapi bank… untuk kepentingan diri sendiri. kepentingan lain… utk pelaburan bank.

 

Keburukan kelapan.

Lupa nak fikir dan macamana nak kumpul harta untuk akhirat nanti.

Mungkin ada yang buat, tetapi tak istiqamah sepertimana mereka mengumpul harta demi keperluan dan kepentingan dunia.

Bagi ikut musim atau keadaan.

 

Keburukan kesembilan.

Banyak bangunan institusi agama besar-besar,

Tetapi makin sikit pula yang datang.

 

Sebab apa?

Sebab agama ini ada penjaga. Iaitu Allah s.w.t, para malaikat, rasul, anbiya’ dan orang-orang soleh.

Jika mereka ini tak suka pada harta,

Macamanalah roh atau semangat manusia selain daripada mereka ini nak datang.

 

Jika mereka suka pada usaha agama dengan cara yang mereka suka,

Pasti dan pasti ramai yang akan datang.

 

Keburukan kesepuluh.

Termasuk dalam tipu daya syaitan.

Ya… orang yang cinta kumpul harta sebenarnya sedang ditipu syaitan.

Tanda ditipu syaitan… hari-hari cakap, fikir dan buat usaha dunia. Tak kisah nilai agama. Takut miskin. Takut duit kurang. Takut peminta sedeqah. Takut nak dakwah kepada manusia.

Mula pakai kereta besar dan mewah… macam-macam perhiasan dunia dalam rumah…. anak-anak tak boleh nak ditegur dan dibimbing untuk berjalan dengan panduan agama… sibuk dengan tempat kerja daripada rumah tangga…

Tak terfikir bekalan yang MESTI BAWA BILA NAK MATI DAN DI AKHIRAT NANTI.

 

Keburukan kesebelas.

Antara modus peranti utama penghulu dunia yang bakal tiba.

Ya….

Ini hakikatnya.

Nanti…

Orang yang cinta harta….

Susah nak lepas ini….

Nauzubillah… moga Allah s.w.t pelihara kita.

 

Itu sahaja dulu. Daku tulis ringkas supaya orang fikir dan usaha nak buat.

 

Macamana nak buat (nak buang cinta pada harta aka penyakit WAHAN)?

Pertama: mesti bayar zakat. Zakat fitrah. Zakat pendapatan. Zakat emas. Zakat pertanian. Zakat lain-lain lagi.

 

Kedua: kena setiap hari tangan bersedekah. Perhatian: JANGAN SEDEKAH DI MASJID DAN SURAU YANG DAH MEWAH, JIKA ANDA NAK USAHA BUANG CINTA HARTA. Sedeqah kepada MANUSIA. Golongan yang memerlukan.

Bukan tak ada. Berlambak kat atas muka bumi ini.

Kalau tak jumpa. Berdoalah. Semua itu makhluk Allah. Dia akan bagi jumpa kalau kita sentiasa berkehendak kepada kebaikan.

Istiqamah untuk BAGI kepada mereka. BAGI dengan TANGAN DUIT TERSEBUT. BUKAN DENGAN KERTAS CEK ATAU BANK IN INTERNET. SEMUA MEDIUM DAN PENGANTARA AKAN MENGGAGALKAN USAHA HATI NAK BUANG CINTA HARTA.

 

Ketiga: sedekah pada nilai untuk diri sendiri makan setiap hari.

Di sini… siapa makan setiap hari RM1.00 shaja? RM1.00 sahaja tak lebih. Siapa ada?

Jawapannya… sudah pasti tiada.

Jadi, buat apa bagi benda yang tak berguna dan tiada fungsi?

 

Oleh itu,

Jika nak buang cinta harta, bagi lah pada nilai yang anda makan setiap hari.

Budget:RM15.00 – RM20.00 setiap hari makan. Jadi setiap hari sedeqah pada manusia dengan bilangan ini!

(ada yang tersentak? Jika tersentak nak sedeqah sebanyak kuantiti ini maka harta itu wujud dalam hati anda.)

 

Kesimpulan.

Khas kepada mereka yang ada nak usaha.

Mungkin kelak pertama kali berusaha harta anda terasa berkurang. Itu perkara biasa.

Tetapi… setelah lama (mungkin hanya dalam tempoh dua tiga bulan), anda akan terasa perbezaannya. Antaranya… terasa suka nak bagi sedekah dan yakin anda pada Allah yang bagi rezeki akan bertambah.

Berusahalah. Mujahadah atas jalan agama itu perkara biasa.

Sebab agama itu tinggi nilainya. Bila kedudukannya tinggi, kena lah susah payah untuk panjatnya.Barulah akan nampak nilai agama dan kepentingannya,

Di mana-mana. Sama ada dunia dan akhirat nanti.

 

Semoga Allah s.w.t memberikan taufik untuk berusaha.

Semoga Allah s.w.t pelihara, merahmati dan memberikan banyak bantuan kepada diri dan lain-lain. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: