Jin dan manusia

Hari itu ada kawan bagi satu minyak wangi.

Dia bagi pakai.

Lepas itu…

Dia kata…

“Abang test minyak wangi ni. Ada orang bagi. Dia kata dia baca ayat bagi ‘malaikat’ lindungi orang yang memakainya…”

 

Huh… apa lah dia ni. Ada pula dia bagi daku pakai minyak wangi pelik macam itu.

Lepas pakai… entah badan dah jadi penat dan lemah. LEtih dan, malas dan cepat mengantuk..… ni sah ada asbab daripada minyak wangi ni…

Jin banyak!

 

Dua hari badan tak berapa nak ok. Alhamdulillah… lepas buat dakwah dan taufik daripada Allah s.w.t, ada perubahan pada diriku. Alhamdulillah…

Terima kasih Allah s.w.t kerana melindungi hambaMu yang lemah ni.

 

…..

Jadi hari ini daku nak beritahu sikit hal jin dengan kes ‘kemasukan’ dengan manusia ini.

Semoga manusia hari ini yang selalu kena pukau dengan ada sekufu bersifat syaitan ini…. Ada yang beroleh kesedaran.

Insya-Allah.

 

Jin ini.. sebenarnya dia lagi lemah daripada manusia.

Jin tak boleh nak tahan kekuatan wahyu dan orang yang berpegang dengan wahyu.

Wahyu ini pula bukan sekadar bacaan. Wahyu ini bermaksud dia berpegang, mengamalkan serta berusaha menyampaikan kepada orang lain.

 

Maka, manusia yang berpegang dengan wahyu, beramal dengan wahyu dan menyampaikan wahyu sebenarnya dia memiliki pelindung terhadap bencana jin atau sihir ini.

 

Jika diselidiki…

Dalam laman ini, ramai yang mencari dan mengomen perihal ruqyah, jin, sihir, ayat pengasih dan sebagainya yang melibatkan makhluk halus ini.

Daku tak tahu kenapa… tetapi daku ingat orang nusantara ini memiliki kepercayaan kuat kepada kekuatan makhluk halus ini.

(Hal ini bukan bermakna orang benua lain dan jin di benua lain tidak memiliki kekuatan ini. Tetapi mungkin mereka tidak terlalu peduli dan suasana dan pembentukan masyarakat tidak sama seperti orang di Malaysia ini. Wallahua’lam).

 

Bab kes kemasukan pula…

Sebenarnya ada beberapa kaedah.

 

Pertama: melalui pengantara.

Pengantara di sini bermaksud jin dimasukkan ke dalam objek lain.

Contoh ke dalam air, makanan, minyak wangi dan lain-lain.

Jin boleh meresap dan sebati dengan objek ini sebab jin tiada jisim yang tepat. Maka, dia boleh berubah bentuk dan sifat mengikut keadaan.

Banyak kes yang orang buat macam ini.

 

Kedua: melalui tanam.

Maksudnya jin ini dimasukkan di satu tempat, kemudian dibaca mantera atau sihir.

Jin itu ditanam di satu tempat. Orang yang kena sihir tersebut akan terus menderita sehingga benda yang ditanam itu diangkat.

Atau jin itu mati atau terbakar dengan ruqyah yang dibaca oleh orang yang merawatnya.

Jin yang ditanam tidak boleh lari. Dia macam dipaksa-rela untuk pesakit sehingga antara empat keadaan.

Pertama: jin itu mati.

Kedua: pesakit itu mudarat sampai si orang yang bagi puas hati.

Ketiga: orang yang bagi ditangkap dan ditarik kembali sihir.

Keempat: perawat menemui dan memusnahkan benda yang ditanam tersebut.

 

Ketiga:

Jin yang masuk tiba-tiba.

Ia berlaku dengan dua keadaan.

Keadaan pertama sebab jin itu suka pada orang tersebut.

Keadaan kedua sebab jin itu tengah lalu tiba-tiba tersangkut masuk dalam badan orang tersebut.

 

Ini antara keadaan biasa yang berlaku.

Dan bayak kes yang berlaku dengan asbab jin ini. Sebab jin ini bagai penyampai penyakit rohani, sepertimana makanan menjadi sebab banyak penyakit jasmani (obesiti, diabetis, kanser, sakit perut dan lain-lain).

 

Jadi, berikut antara tanda dan penyakit yang disebabkan oleh jin:

  1. Malas.
  2. Suka tidur.
  3. Suka buat perkara jahat.
  4. Tidak mahu sembahyang.
  5. Berakhlak buruk.
  6. Hilang tumpuan.
  7. Suka buat perkara tidak senonoh.
  8. Mimpi buruk (kalau seseorang ada kekuatan rohani, ayat al-QUran akan terpampang bila jin datang bagi mimpi buruk. Menghadang jin daripada mengusainya ketika tidur. Jika tak ada kekuatan rohani, mimpi buruk ini akan menguasainya. Jin menguasainya ketika tidur. Hal ini menyebabkan keesokan pagi dia menjadi kacau jiwa dan lemah).
  9. Lain-lain lagi.

 

Perihal 1-8 untuk jin (atau syaitan) yang bertugas sebagai penghasut sahaja. Mungkin ada yang masuk, tetapi dia tidak menawan. Sekladar bagi hasutan kea rah kejahatan. Disebabkan orang tersebut tidak ada kekuatan rohani, walaupun jin hanya buat dorongan yang lemah, terus sahaja orang tersebut ikut.

Bagi yang kes ditawan:

  1. Histeria.
  2. Suka menyendiri.
  3. Perangai tak keruan.
  4. Meracau.
  5. Jiwa tak tenang.
  6. Terkenang seseorang, sesuatu.
  7. Buat perangai pelik (panjat pokok, berjalan sorang-sorang tengah malam, menangis tiba-tiba, dan lain-lain)

Ini antara orang yang jin telah masuk dan menawan. Pendek kata: orang yang masuk jin perangai berubah dari kebiasaan logic bagi orang yang biasa.

Berikut bagi kes kritikal:

  1. Jadi gila.
  2. Jadi tak siuman.
  3. Mati.

Kes kritikal berlaku sebab jin dah buat kerajaan dalam badan dan menawan si badan pesakit dan diperintah untuk musnahkan pesakit.

Jika tidak dirawat, maka pesakit boleh mati dengan asbab jin.

 

(Sebegitupun… semuanya bergantung kepada pesakit. Ada yang jin buat tindakan pertama sahaja (sekadar membisik atau mendorong), tetapi disebabkan si pesakit langsung tiada pelindung maka pesakit tersebut terus buat kerja bodoh tersebut sehingga dia sendiri yang memudaratkan badannya sendiri.

Misalnya, jin dorong dia hidu gam. Tetapi disebabkan dia sendiri tak pernah solat, mengaji Quran, amalkan Sunnah, dan lain-lain, maka dorongan jin itu diikut sahaja oleh nafsunya. Seterusnya, dia sendiri yang cari pasai terus hidu gam. Jin itu perhati sahaja kebodohan si manusia ini.)

 

Penyelesaian

Bagi kes didorong, atau dimasuk atau termasuk jin ke dalam badan, pelindung dan penyelesaian masalah ini tetap sama.

Iaitu al-Quran dan Sunnah.

 

Malah… al-Quran dan Sunnah ini bukannya hanya untuk penyakit rohani disebabkan jin. Tetapi juga untuk penyakit jasmani disebabkan oleh asbab jasmani  seperti disebabkan oleh makanan.

(sebebanrnya siapa yang ikut panduan al-Quran dan Sunnah, berjaya di dunia dan akhirat.)

 

Al-Quran

Ada beberapa ayat al-Quran yang khusus untuk memberi pelindung kepada pesakit.

Tetapi… yang paling ok,

Kena buat dua benda ini.

Pertama:

Membaca ayat khusus untuk pelindung daripada jin. Untuk perkara ini, sebaik-baiknya ada orang yang mempunyai kekuatan rohani (guru rohani atau perawat –muallij) untuk membantu pesakit membaca ayat khusus ini.

Hal ini disebabkan si pesakit mungkin tiada kekuatan rohani. Jadi, kalau dia baca pun tak boleh nak ubah keadaan.

Tetapi, jika pesakit mempunyai kekuatan rohani, dia boleh baca sendiri ayat-ayat ini. Tanda pesakit ada kekuatan rohani:

  1. Masih boleh solat tanpa disuruh.
  2. Boleh berzikir walaupun jadi malas atau lemah atau mengantuk.
  3. Masih kuat untuk ke masjid.
  4. Masih boleh buat kerja kebajikan demi agama (bukan untuk dipuji atau disanjung).

(JIka keempat-empat tanda ini tiada, maka si pesakit sebenarnya dari dulu tiada kekuatan rohani. Yang paling ketara… jika pesakit suka dan banyak buat akhlak buruk, itu lagi tiada kekuatan rohani. Better si perawat itu yang membacakan.)

 

Berkenaan ayat pelindung, daku dah bagi tahu dulu kat sini.

Rujuklah balik. Jangan malas.

 

Kedua: istiqamah terhadap ayat umum.

Maksudnya…. Bacalah selalu al-Quran! Ini tidak… bila sakit baru cari nak cari al-Quran.

Bila lah nak kekal sihat dan menjadi orang beriman.

 

Al-Quran ini mukjizat. Dia bukan buku. Al-Quran ini Allah s.w.t punya Kalam. Dia sendiri yang memelihara dan melindungiNya sehingga kiamat.

Jadi, bila Dia pelihara, maka Dia lagi suka nak pelihara orang-orang yang istiqamah membacaNya.

Bacalah selalu al-Quran. Jangan malas!

(Terlalu jahil manusia hari ini… banyak baca paper yang menambah yakin pada makhluk… facebook membina seronok kepada makhluk dan benda-benda perosak ini…. Sehingga apabila sakit bab jin ini… mereka yakin kepada perawat. Bukan yakin kepada al-Quran yang dibacakan. Huh… cari penyakit sendiri…. Macam tetap jamah makanan sampai berlebihan. Bila sakit baru cari ubat. Tetapi.. tetap tak berubah pada nafsu makan.

Bila lah manusia ini nak terus sihat?)

 

Sunnah Nabi s.a.w

Ehwal pelindung kedua ialah Sunnah Nabi s.a.w.

Manusia yang paling sempurna mengamalkan wahyu ialah Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, setiap Sunnah atau tata cara hidup nabi semuanya menjadi kejayaan dan diredhai Allah s.w.t. apabila telah diredhai Allah, maka Allah s.w.t suka melindungi hambaNya itu daripada perkara yang memudaratkannya.

Selain itu, keredhaan Allah s.w.t menandakan keingkaran syaitan laknatullah.

Oleh hal demikian, syaitan aka jin ini tak boleh duduk atau bersama orang yang mengamalkan Sunnah. Mereka tak boleh rapat dan memperdayakan orang yang mengamalkan Sunnah nabi s.a.w.

Sebab itu dalam banyak hadith nabi s.a.w memberi penegasan sehingga menyatakan sesuatu perbuatan itu bersifat dengan perbuatan syaitan. Sebab hidup dengan Sunnah ialah berlawanan hidup dengan syaitan.

Apabila telah jauh daripada perbuatan syaitan, maka terhindarlah mereka daripada menjadi hamba nafsu dan dimasuk jin ke dalam diri mereka.

(bunyi macam mudah beramal dengan Sunnah. Hakikatnya mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan. Sehingga jin tak akan mampu memperdayakan mereka yang mengamalkan Sunnah. Misalnya Nabi s.a.w menegah seseorang minum dengan tangan kiri. Hal ini kerana syaitan itu minum dengan tangan kiri. Oleh hal demikian, orang yang minum dengan tangan kiri mudah ditipu oleh syaitan dan tak ada pelindung jika syaitan nak hasut dan dorong dia buat kejahatan.)

 

Akhir kata:

Penyelesai kepada semua masalah umat ini sampai bila-bila,

Apabila mereka kembali

Kepada landasan al-Quran mengikut telunjuk dan amalan NAbi s.a.w, serta mengamalkan Sunnah NAbi s.a.w dalam kehidupan.

 

Wallahua’lam.

 

Beza malaikat dan jin:

Malaikat tidak perlu pengantara. Malaikat akan mendampingi dan melindungi seseorang apabila orang tersebut suka dan mengamalkan agamaNya yang sempurna, mengikut telunjuk dan teladan NAbi s.a.w dengan para sahabat.

Jin pula perlukan pengantara.

(BIla kawan ini cakap malaikat daripada minyak wangi…. Daku rasa dah dia ni menipu atau dia kena tipu atau daku terkena. Malaikat mana perlukan pengantara. Dia bukan berhajat kepada makhluk, macam jin.)

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: